Monday, June 13, 2011

AF 9 - Akademi Fantasia Terakhir

Assalamualaikum..

Gloomy Monday..kat opis ari ni ramai yg x dtg..E/L la, MC la, O/L la..haiii mcm2..sunyi je opis ari ni..bertambah gloomy la hari isnin ini...hmmm

Semlm berakhir sudah konsert terakhir AF9 dengan juaranya Hazama..well, he's a clear winner..dia dikira sgt bertuah kerana diberi peluang kedua dlm akademi. rasanya dia sorang jek yg masuk af balik,kan. walaupon ramai yg kata itu tidak adil, tp bagiku siapa yg cepat merebut peluang maka dialah yg akan mendapat habuannya. ternyata Hazama tidak mengecewakan dlm konsert akhir smlm. Hazama masuk kembali dlm AF dengan semangat, matlamat dan pengalaman dlm bidang seni. mungkin tuah Hazama sebagai juara terakhir AF9. Finalis yg lain x kurang hebatnya juga; fina, lena dan azri. lagu fina best!

Semoga Hazama berjaya dlm bidang seni, jgn suam2 kuku je, gunakan kesempatan ini utk betul2 sukses! bukan sume org dpt peluang camni,bro! Utk finalis lain, teruskan usaha. AF ni sebagai batu loncatan utk korang dlm bidang seni.

Semalam juga menyaksikan para pengacara AF dulu spt AC, Jimmy dan Sarimah berkumpul bersama Pak Nil utk sama2 mengacarakan konsert terakhir. Tidak dinafikan AF dan Aznil terlalu sinonim. Pak Nil yang memulakannya, jadi apa salahnya beliau yang mengakhirkannya..

Cuma, aku agak kecewa dgn musim AF yg akhir ni. Pelajar2 yg x berapa menonjol, main2, dan persembahan mingguan yg mendatar je. boring dowh! aku maleh nak layan diari dah, bosan. x tau la camne talent scout wat keje. pastu ramai yg famili masing2 yg mmg ada atau penah aktif dlm industri ni. agaknye main tanya2 je sapa yg nak masuk af ni kot..entah la ye..so bila Hazama masuk balik, obviously dia la yg akan menang, no doubt about it..hehe

ok la..apa2 pon af dah pon habesss..skrg layan maharaja lawak la plak..lagi best!

Entri sulung-salam perkenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua

Ini merupakan entri sulung utk blog yang x seberapa ini..masih baru, masih kosong, masih blurr sebenarnye..hehe..sudah lama ada hajat utk berblog, sejak suka bloghop, singgah di dapur2 yang pelbagai citarasa, warna, identiti dan mencerminkan peribadi milik blogger yg tersendiri..dan hari ini lahirlah entri ini sebagai pembuka kata untuk memeriahkan dunia blog yg happening!