Wednesday, June 6, 2012

KL-Kuala Kangsar-Ipoh-KL

Assalamualaikum semua,

Lama betul tak update. Sibuk...buat coklat, cupcakes. Alhamdulillah, rezeki dari Allah Taala.

Kali ni nak berkongsi cerita tentang majlis perkahwinan sepupuku di Kuala Kangsar dan Ipoh. Biasa la, sambil menyelam minum air.  Kami sekeluarga mengambil kesempatan ini untuk berjalan2 sekitar Kuala Kangsar.  Aku pon pertama kali menjejakkan kaki ke Bandar Diraja ini. Hehe..sian kan.

Babak 1 - 1 June 2012 - Masjid Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar

Perjalanan kami bermula dari pukul 5.30 pagi hari Jumaat 1 June 2012, sebab majlis akad nikah bermula jam 9.30 pagi.  Punya lah awal ko nikah Iwan ooii...hehehe..takpe lah..bukan selalu.  Yang turut serta mak mertua, ibu saudara (mek tek), kami tiga beranak, parents, famili abang dan famili Jayjay. Dan juga beberapa orang dari pihak mak long.  Kami selamat sampai di Masjid Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar lebih kurang jam 9.00pagi.  Just nice, dapat rehat2 kejap sebelum akad nikah bermula.

Bakal pengantin..tgh saspen 


mas kahwin dan cincin

abang ku




aii...gelak nampak..hehe


ni la pengantin perempuan...cantik kan?




Alhamdulillah..dengan sekali lafaz mereka selamat di ijabkabulkan sebagai suami isteri yang sah. Semoga kekal ke akhir hayat. Lepas ni dah takde kenduri kat umah pak long, tunggu berita dapat cucu le lepas ni ye..hehe..

Babak 2 - 1 June 2012 - Resort Sungai Perak

Lepas selesai akad nikah seperti biasa bertandang ke rumah pengantin perempuan untuk jamuan makan tengah hari. Kemudian barulah kami semua kecuali famili abang check in di Resort Sungai Perak. Tak jauh dari rumah pengantin perempuan, Huda namanya.  Resort ni terletak betul2 di tepi Sungai Perak dan berhampiran Jambatan Sultan Abdul Halim. Senang je nak cari.


Sebelum apa2 aku snap gambar bilik dulu takut lupa..hehe..ni bilik deluxe, queen size bed.  Besar gak bilik ni, selesa.
Resort ni 2 tingkat je. Bilik ni tingkat atas, river view. Pintu tu bukan pintu masuk, bilik ni connecting room bole ziarah jiran sebelah menyebelah..hehe. Tapi jgn takut, pintu tu 2 lapis, boleh kunci dr dlm bilik masing2.


Macam biasa, dilengkapi TV ada Astro, aircond, mini bar dan kettle serta compliment drinks mcm instant coffee, sugar and creamer.

Bilik air, bersih, cantik dan ada disediakan tuala serta syampu.


Pemandangan dari dlm bilik.  Itulah Sungai Perak, dan Jambatan Sultan Abdul Halim. Cantik view ni, landskap kat belakang resort ni pon bersih dah terjaga.



Pemandangan dari balkoni di tepi sungai. Abaikan aksi anak aku ni ye..hehe


 
Pemandangan dari taman


 Antara lanskap yg menarik kat taman ni

Sampai di resort ni semua mengambil kesempatan untuk berehat, solat dan tidur sebelum aktiviti seterusnya.  


Eh? dah sampai mana plak ni? Haaa...tempat ni adalah medan selera yg femes kat Kuala Kangsar ni, terletak di tepi Sungai Perak. Apa yg femes kat sini?


Laksa!! Sebagai peminat laksa, mmg menjadi kemestian utk menerai. Hmmm...secara jujurnya, laksa kt KL lebih sedap, sebab kuahnya agak cair dan tidak terasa ikannya dan juga rasa masam yg biasa kita rasa kalau makan laksa.  Cuma mee laksa tu yg ada rasa lain skit, lebih lemak.

Air jagung!! Air jagung ni spesel, ala2 ice blended.  Menggunakan jagung manis segar, susu cair dan susu pekat, kordial jagung dan sedikit ar gula, maka terhasil lah air jagung yg mantoppp ni. Sebenarnya cendol dan laksa adalah pilihan utama di sini, tapi aku x baper gemor cendol di sini sbb agak kurang kick rasanya. Selain itu, ada gerai yg jual makanan ala carte seperti nasi goreng dan sebagainya, pasembor dan mee kari.




Semasa keluar dari medan selera tu, terdengar suara memanggil....' bole rasa bole rasa bole rasa!!..' Amenda la yg bole rasa tu kan, saspen jek. Rupanya gerai jual rojak buah. Bole rasa dulu sblm beli.Hehehe. Bila dah rasa, terpulang lah suka atau tidak. Kalau suka, bole beli kalu tak suka ucapkan saja terima kasih. Tapi, kalau rasa, mesti beli punya, sebab mmg sedap!! Kuah rojak tu dibuat sendiri oleh tuannya, pakcik yg pakai baju merah tu. Harga RM3 sebungkus. Ok la kan? Nak beli kuah saja pon boleh.


Ada Facebook okehhh...jual rojak pon dah online sekarang tau..hehe.. bole cari kat Facebook, rojakmengancam.com. Pakcik tu kata ada juga org yg menempah rojak ni masa kenduri kawen, utk makanan sampingan.  Kalau berminat, bole hubungi beliau.

Berhampiran medan selera ni juga ada tempat menjual barangan kraftangan seperti bakul, beg tangan, dan perhiasan rumah berasaskan anyaman.  Tapi biasanya pelawat ke sini suka cari parang dan pisau sebab dikatakan buatan di sini berkualiti dan harga yg berpatutan. Abah pon borong banyak parang, geng2 surau nya kirim. Ye la, geng surau semuanya duduk di kampung, ada kebun jadi bergunalah parang tu utk kerja2 menebas dan sebagainya.  Aku pulak kongsi beli bakul empat segi dgn mak. Bagus buatannya, kukuh dan murah. Boleh tawar-menawar. Satu lagi, kalau nak cari acuan kuih sepit, rempeyek, pai tee, loyang kuih cara, baulu dan acuan tembaga utk biskut dan tart nyonya bole cari di sini.  Acuan dari tembaga mmg elok utk buat biskut raya berbanding acuan plastik dan stainless steel. Aku tak beli kerna ongkosnya enggak cukup buk...hehheee

Babak 3 -  2 Jun 2012- Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar

Keesokan paginya lepas sarapan di resort, kami semua kecuali en suami dan abah pergi melawat Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar.  Husband ngan abah tak ikut sbb ada kerja nak di email. Hmm..tu la dia gayanya kalau bisnes sendiri ni. Tak kira masa dan tempat.  Masjid ni dekat je dr resort, 10 min je dah sampai. Lagi satu, landmark yg paling senang kat sini adalah Jam Besar di round-a-about di tengah2 Bandar Diraja ni. Kalau agak2 tak ingat jalan pegi balik ke arah Jam Besar ni, mesti bole jumpa balik.





Pemandangan di kawasan tepi masjid.  Di sebelah pagar tu sebenarnya adalah makam Diraja, tak leh amek gambar kat situ. Jadi aku amek le angle dr dalam kawasan masjid saja.


Pintu masuk masjid. Lawa kan lampu ni?

Pemandangan dalam masjid. Ini adalah ruang solat utama.

Ruang solat muslimah dipisahkan oleh panel kayu yg berukir indah

Permaidani yg indah dan lembut

Hiasan dalaman masjid. Ini adalah kubah masjid

Lampu gantung di tgh2 ruang solat

Kawasan dlm masjid.  Menurut Tok Siak masjid ni, asalnya masjid ini hanya setakat pintu gerbang itu sahaja.  kawasan luar ini ditambah kemudian.  Sebab itulah kalau diperhatikan tiang marmar berwarna merah itu mempunyai corak yg berlainan.

Ini tiang yg asal. Marmar ini diimport, dari mana aku lupa nk tnya pada tok siak tu.

Ini tiang marmar yg baru. Lain kan? Batu marmar ini juga diimport.  Kalau dilihat sekali imbas mmg tak nmpk beza, sbb warnanya yg hampir sama. Aku pon tak perasan, sehinggalah tok siak tu memberitahu kami.


Tiang utk ke bhgn atas masjid. Menurut tok siak, takde apa2 di atas, cuma tempat menyimpan barang2 masjid.  


Setelah selesai melawat Masjid ni, kami ke Galeri Sultan Azlan Shah pulak

Babak 4 - 2 Jun 2012 - Galeri Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar

Galeri ni terletak tak jauh dari Masjid Ubudiah. Kita mmg akan melalui Galeri ini dahulu jika hendak pergi ke Masjid tadi.  Cuma galeri ini hanya dibuka pada pukul 10 pagi, sebab itulah kami ke Masjid dahulu.


Ni sebenarnya pintu belakang galeri ni. Ada air pancut labu sayong yang memisahkan galeri ni dgn Galeri Kereta.


Galeri Kereta. Dalam ni ada koleksi kereta2 Sultan Azlan Shah tapi x boleh amek gambar dalam galeri ni.


Masa amek gambar ni tak tau tak boleh amek gambar.Hehehe..

Babak 5 - 2 Jun 2012 - Ipoh 

Dah abis melawat tempat2 ni, kami balik semula ke resort utk siap2 check out dan terus ke majlis bersanding di rumah Huda pulak. 

Budak2 ni pantang nmpk pelamin mesti nak posing

Loving couple..pantang nmpk camera!
Ni pon loving couple jugak..Pak Long dan Mak Long



Habis majlis di rumah Huda, cadangnya nak terus ke Ipoh, homestay yg telah disewa oleh Pak Long utk kami sebab esoknya adalah majlis bersanding di rumah Pak Long pula. Abah pulak ajak ke Bukit Larut atau Maxwell Hill.  Masa tu dah hampir pukul 3petang. Hmm..bole juga. Semua pon setuju. Tapi akhirnya pulang kehampaan sebab tiket utk naik cable car dah habis.  Lagipon utk naik cable car ni ada jadualnya dan ianya berakhir pada pukul 4 petang. Patut la..kami sampai pon dah dekat pukul 5 petang.

Dipendekkan cerita, kami sampai di Ipoh jam 6.30 petang. Masa tu la baru terasa penat yg amat sangat!!

Babak 6 - 3 Jun 2012 - Kg Tersusun Tasek, Ipoh

Inilah babak terakhir perjalanan kami.  Tugasku adalah utk memantau flower girls dan flower boys, sebab Aaliyah adalah salah sorang flower girl hari tu. Senang jek..tapi disebabkan cuaca yg panas dan baju glamer, peluh memercik2!!hahaha..


























Sekian lah perjalanan kami. Lepas kenduri, balik ke homestay, berehat, solat, mandi dan kemas beg, semua keluarga pon balik lah ke KL.

Amacam, panjang kan? Inilah entry aku yg paling panjang rasanya..hahaha..penat memang penat tapi seronok dpt meraikan pengantin baru dan bertambah ahli keluarga kami. Alhamdulillah..welkam to the family, Huda!!

Kepada pengantin baru, tahniah dan didoakan agar kalian bahagia selalu.

Terima kasih banyak2 sebab sudi baca sampai abis entry ni.  Jumpa lagi di entry yg lain, adioss!!!!