Monday, April 2, 2012

Wondermilk

Assalamualaikum semua,

Lama dah tak jenguk blog ni. Agak bz di hujung minggu, menyiapkan tempahan muffin dan muffin utk di hantar ke kedai2 makan. Baru saja bermula, mudah-mudahan pelanggan sukakan muffin tu dan semoga rezeki berpanjangan. 

Saja je aku letak entry ni, utk mengabadikan kenangan bersama keluarga.  Hari tu hari Sabtu, aku pulang ke Paya Jaras kampung parents.  Adikku Alin yg mencadangkan utk pegi mkn di Wondermilk, Citta Mall. "....sedap sandwich kat situ.." racun Alin.  Hehe..Sebelum ni, Wondermilk berada di Damansara Uptown dan sekarang ada branch baru di Citta Mall, Ara Damansara.  Aku pon mmg tak pernah pegi ke Citta Mall, hanya sekadar dengar nama saja.  Jadi, terujalah teman ni nak pegi.

Jadi, berangkatlah kami ke sana. Kira girls day out la, takde partner masing2. Hehe..Aku, Alin, Mak dan Aaliyah.  Rombongan Kak Kiah ni diketuai oleh Alin sebab dia yg tahu jalan ke sana.  Memang jajahan dia la area sana.Hahaha...Sampai je terus ke Wondermilk. Terus terliur bila tgk pelbagai cupcakes yg mmg nmpk 'tempting' sgt2. Pastu tgk pulak menu yg ada..ada sanwich, pasta dan beberapa menu yg berbentuk snack, tak berat (aku lupa nama menu tu..hehe). Jadi aku dan Alin order Mr Beefsteak Sandiwch dan Mak order Tuna Sandwich.

Mr Beefsteak Sandwich..sedap..dengan Potato Salad..pon sedap

Tuna Sandwich..ada dua keping, satu kat tangan Mak..hehe

Dihidangkan dalam kotak kertas. Cantik kan?


Tu menu sandwich. Sekarang masa utk pencuci mulut. Poyo je kan...cam omputih. Hehe..

Dari kiri atas : Coffee, Red Velvet, Coconut Lime (Alin's fav) dan Royal Vanilla. Yang Coffee tu dah dicuit sikit oleh Aaliyah. Tu yg nmpk mcm topping tak siap je..hehe

Sandwich tu mmg sedap dan mengenyangkan. Harga pon ok, lingkungan RM12.90-RM14.90. Cupcakes pulak RM4.50 per pc dan 4pcs mcm kat atas ni RM17.00. Those sandwiches was a treat from my sis and the cupcakes was on me.Hehe..  Cupcakes tak besar, saiz S. Tapi ok, sebab kita dpt rasa banyak jenis cupcakes yg ada kat situ dan tidak terlalu kenyang. Macam2 lagi cupcakes yg ada kat Wondermilk ni, tp aku tak amek gambar sebab takut pekerja kat situ tak bagi. Tak tanya pon, tp firasatku berkata begitu.Chewah..takut nk tnya sebenarnya hahaha...

Kaunter. Sorry gambar blur

Posing sementara menunggu order sampai. Yg tin No.5 tu tin susu, dibuat sbg nombor utk order yg belum sampai.


Antara deco yg ada dlm kedai Wondermilk


Happy sebab dah dapat cupcakes!!


Sudut hijau di dalam kafe. Tak pasti sama ada dijual atau utk hiasan sahaja




Posing lagi sebelum balik
Itu sahajalah aktivit yg dpt kami lakukan bersama, sebab lepas tu Alin terus jumpa husband dia kat Sri Gombak dan berangkat ke Temerloh,Pahang. Balik kampung daa... aku dan Mak pon terus je balik ke Paya Jaras, sebab rasa mcm malas pulak nk merayap sebab mata dah mengantuk. Hari Ahad pulak aku kena balik cepat sbb nak menyiapkan muffins. Hopefully,  we can spend more time like we used to have before. Rinduuuu sgt.....sejak Alin dah kawen ni, susah gak la nk jumpa dia selalu. Tambah2 dia dah pindah ke Kuala Selangor, lagi la payah..huuu..

Terima kasih sudi membaca coretanku ini, semoga berjumpa lagi di lain entry. Take care semua!!