Monday, September 24, 2012

Cookies Kuala Selangor dan Pasar Pasir Penambang

Assalamualaikum..

Jumpa lagi kita.  Entry kali ni aktiviti yg tak dirancang sebenarnya.

Hari Sabtu lepas aku menghadiri majlis perkahwinan sepupu suamiku, Deq Nor di Taman Amaniah, Bt Caves.  Dekat sgt dah dgn rumah, mestilah pergi. Lagipun minggu lepas kami tak dpt hadir majlisnya di Jerantut, Pahang.  Bt Caves tu pihak sebelah lelaki.

Sebenarnya bukan nak cerita pasal wedding ni sgt.

Hati aku mcm tak senang je, sebab mengenangkan adik aku Alin tgh sibuk menyiapkan cookies utk tempahan door gift.  Kesian...sbb customer tu nk cepat, 28hb September ni kena deliver.  Bukan sikit, banyak ooo...4200 pcs!  Setiap bekas ada 6pcs of cookies, jadi akan ada 700 bekas yg siap dihias dengan riben nanti.  Sebelum ni dia ada nk sub job tu kat kat aku separuh, maknanya aku buat 2100pcs cookies. Dan dia akan bayar aku per pc.  Tapi aku terpaksa tolak atas faktor2 kos dan masa.  Bukan tak mau tolong...tapi aku kena tengok benda ni dari sudut bisnes.  Sebab ianya melibatkan kos.  Jadi, aku tolak cara baik.

Tapi...aku pulak yg rasa bersalah sendiri lepas tu.  Aku pon call mak...citer la pasal cookies tu. Sembang punya sembang, mak aku ckp kalau ada masa hari sabtu ni, kita pergilah ke Kuala Selangor, tolong dia apa yg mampu.  Sebab mak aku pon ada wedding di Kajang hari sabtu.

Ok.  Dah ok sikit rasa.

Hari Sabtu tu, kami sampai rumah lepas gi wedding tu dlm kul 3.30pm. Sambil2 berehat tu, dua pupu aku Kak Wati whatsapp aku.

'Nak oder fruit tarts 100pcs. Hari Selasa. Masa up to u.'

Alamak. Camne? Tarts tu kena buat shells dulu. Alin camne pulak? Aku call Alin, ckp aku tak dpt dtg, ada oder.  Suara dia pon dh lain skit...ala2 mendung je suaranya.  Adessss...camne ye....

Pikir punya pikir, ok..aku gi ptg ni esok tghari aku balik. malam esok aku buat tart shell tu.

Call mak, arrange terus balik Call Alin bgtau aku dtg.  Wahh terus ceria suara dia..hahaha... Kemas2 baju lebih kurang, terus chowwww...amek mak aku kat Paya Jaras dan terus pegi Kuala Selangor.

Bertolak 6.30pm dn sampai 7.00 malam. Sampai je Alin ajak gi pasar mlm, beli makanan sikit dan balik.  Mandi2 makan2 dan solat. Terus start bancuh doh.  Sebenarnya Angah sepupu suami Alin ada dtg utk tolong.  Jadi aku dan mak dtg tu sebagai sokongan moral la kat Alin, sebab aku tak dpt amek oder tu secara sub.  Kesian..tu la sorang adik pompuan aku. Yang bongsu pulak tu...hmmmm

Kami buat bertiga. Aku, Alin, Angah. Mak tolong potong riben. Nak tolong packing tak boleh sebb bekas belum sampai.  Buat la kami bertiga sampai kul 10.30mlm.  Aku tnya nak buat lagi tak, diorang dh tak larat sebab drpd siang tadi diorang dh pulun buat.  Ok..so kita tidurrrrr...esok sambung.

Esok pagi, kami pergi sarapan di pekan Kuala Selangor. Lepas tu kami pergi ke Pasar Pasir Penambang. Port utk cari ikan fresh. Mak aku yg nak ke sana. Siap bawak bekas polisterin tu.





Memang fresh!! Harga pon berpatutan. Mak aku memborong dengan rakusnya.Hehe..stok utk sebulan pon boleh kot. Aku beli jenahak je. Sebab tu ikan yg laki aku suka. Beli byk2 pon takut lama nak abis. Dh lama2 tak sedap dah.

Nampak tu mak aku tgh rambang mata membeli ikan..hehe
Ikan merah. Segar!

kerang-kerangan. Tak tau nama apa


Kerang bulu. Besar tapi manis isinya
Mentarang. Masak rebus pon sedap, kata cina tu la. Kalau bakar bbq pon bole
Ok. Dah siap beli ikan, balik ke rumah Alin dan mula membancuh doh. Bancuh banyak, jadi Alin dan Angah boleh terus sambung buat je sebab tghari kitorang dah balik.

Legaaa skit rasanya, dpt datang dan tolong dia, walaupon tak banyak. At least, aku cuba kan.  Dia kata ada lagi oder Oktober dan Disember ni. Mungkin dia nak sub kat aku. Tapi belum sure lagi.

Aku harap dia dapat siapkan oder ni dengan jayanya.

Friday, September 21, 2012

Penang Trip

Assalamualaikum..

Syawal pon dah melabuhkan tirainya. Entry di bulan Syawal pon takde. Bz la...bukan bz memenuhi undangan open house tapi bz yang ....tah apa2..hehe

Ok. Kali ni aku nak share percutian ke Penang baru2 ni. Dah seminggu dah..baru le ada mood nak update kat sini.

Kami bertolak pagi Jumaat dan sampai di hotel lebih kurang pukul 1.00 tghari.  Alhamdulillah, perjalanan berjalan lancar dan cuaca pun menyebelahi kami.  Dgn bantuan GPS, kami tak susah mencari jalan utk ke hotel.

Sampai je, husband uruskan check in. Sambil2 tggu tu, nampak ada sekumpulan staff Hard Rock Hotel sedang menari Oppa Gangnam Style di stage di swimming pool.  Terus capai handphone, nak rakam video. Tapi..alamakkk....bateri dh nyawa2 ikan la plak! Husband punya pon sama! Sayang betul! Staff2 situ menari dan diikuti oleh guest hotel tu. Hehee...mmg best tgk! Kalau aku ni free hair, mau rasanya aku dance jugak!hahaha!! tapi akak segan la kan...elok2 pakai tudung, sekali oppa plak kat situ..oh tidak!tak dpt akak bayangkan!

Pemandangan di luar Hard Rock Hotel. Micheal Jackson menyambut kedatangan anda :)
 Jom layan gambar2 kat lobby pulak


Dah selesai, masa yg ditunggu2...masuk bilik hotel..

Cantik kan?  Extra bed pon special siap ada belon lagi
toiletries from Body Shop tau. Mmg kena rembat la!
Ok, kita tengok toilet skit...
Cantik dan bersih
Kalau perasan dalam gambar pertama tu, bole nmpk bilik air dari luar.  First impression, mmg kinky sgt!!hahaha!! Kalau omputeh selamba je kot, akak takde la! Ku tutup rapat2 dinding itu!

Bagi can la ye budak ni nk posing.. :p
Birthday cake from HRH! Thank u so much, we love the cake so much! Birthday girl makan sesuap dua je, yg lain mak bapak dia yg abiskan!

Dah 5 tahun budak dlm gambar ni...haishhhh...reality bites...

Ok. dah posing, dh mkn kek, apalagi...tidurrrrr.....

Bangun2 dah dekat kul 5pm.  Apa tunggu lagi, jom gi swimming pool pulak!

Pemandangan dari balcony bilik dan di swimming pool
Swimming pool berpasir.  Smart solution jugak ni, sbb guest balik dari pantai bole terus je masuk ke pool ni.  Senang maintain :)
Hubby melayan anak main swimming pool. Akak amek gambar je..hehe
Aaliyah dan kawan baru, adik Elsa. Rasa mcm kat tepi pantai je boleh main buat sand castle kat tepi pool tu.  Tak risau sebab dlm pool tu pon ada pasir jugak di dasarnya. Tapi pool utk dewasa takde pasir, cuma utk kanak2 je
Aaliyah dan Elsa baru je berkawan, masa last day di Hard Rock.  Gambar2 kat atas ni aku combine je dari hari pertama smp last day.


 Spa di Hard Rock Hotel. Terletak di sebelah kawasan swimming pool

Apa lagi ada di sekitar kawasan pool ni? Macam2 sebenarnye, ada kids centre, cafe dan pondok kecik cam kat atas ni utk lepak2 minum.  Yg dua gambar kat atas tu Pizzeria, cafe kat situ.  Tak sempat nk gi mkn kt sana, dgr citer sedap foods kat situ. Pondok ni jual arak, non-muslim bole la gi.

Dah puas mandi, kami bercadang nak pergi ke Night Market yg terletak di sepanjang jalan Batu Feringghi. Night Market ni bermula dari Rasa Sayang Hotel smpai la ke Hard Rock Hotel.  Kalau jalan kaki memang penat la.

Tapi sebelum tu kita makannn dulu...

Pemandangan dalam Hard Rock Cafe.  Bermula tengah malam, cafe ni akan bertukar wajah menjadi ala2 disko. Ada live band jugak
Tu dia makan tak ingat dunia!!
Burpp!! Alhamdulillah. Sekarang dah bole gi jalan2 kat Night Market.

Hujan renyai. Takpe...payung ada..hehe

Antara barangan yg dijual di Night Market. Handbag tu bukan Ori ye :)
Aaliyah and her paper doll. Lama tak pernah nampak dah mainan ni. Masa aku kecik dulu, paper doll ni lah pujaan hati ku. Aku pon belikan utk dia, murah je RM3.00 je. Dia pon teruja je boleh pakaikan baju main sangkut2 je..hehe
Antara barang yg menarik perhatian aku. Sape yg collect lighter ni bole dtg ke Night Market ni. Mcm2 design ada
Panjang giler Night Market ni.  Cheq tak larat laa dh jalan sampai abiss..nak tercabut lutut cheq ni!! Aaliyah pon dah merengek nk tido. Ok la jom kita balik...

Pagi esok, part kegemaran aku kalau tido di hotel...breakfast!

Pemandangan di ruang makan
 Foods for breakfast in HRH was nice. Ada masakan Melayu dan juga barat.  Roti canai pon ada tau.  But, I still loveee breakfast in Porto Malai, Langkawi.  The foods was amazing.  Tak tau la sekarang mcm mana. Because that was about 5-6 years back. Rindu kat Langkawi :)

Lepas makan, jom pi Bukit Bendera pulokk!!

Ramai jugak yg nak naik
Aku ingatkan bole la amek gambar dari dlm tren ni masa naik ke atas.  Rupanya tren baru ni laju gilerr okehh!! ala2 naik LRT pon ada. Dan kalau nak tahu, ada penempatan di sepanjang Bukit Bendera ni, memang dah beberapa generasi tinggal kat situ.  Tren ni pon sudah menjadi pengangkutan utama mereka yg tggl di situ untuk turun ke bawah dan pergi ke sekolah, ke pejabat dan ke bandar. Terdapat beberapa stesen di mana tren akan berhenti utk menurun dan mengambil penumpang. Penduduk di situ juga membeli pas bulanan utk turun naik tren setiap hari. Macam kita di KL juga, pas bulanan LRT. Menarik kan? Tak dapt aku bayangkan kalau aku duduk situ. Tapi, alah bisa tegal biasa..



  Eh? Ada buggy la. Satu buggy ni RM30. Bole muat 7 org (kalau yg kiut2 je kot) Abg buggy ni akan bawak kita pusing Bukit Bendera.  Nak jalan kaki bole, tapi larat ke..?? Kalau larat dipersilakan. No harm done.
Best naik buggy ni.  Abg buggy ni pon akan bercerita serba sedikit sejarah Bukit Bendera ni tanpa diminta.  Memang peramah org Penang ni.  Dan abg buggy ni pon antara generasi yg pernah menetap di lereng Bukit Bendera sewaktu kanak2 dulu.

Pusing lah kami di Bukit Bendera ni.  RM30 utk setengah jam perjalanan dan penerangan sejarah oleh abg buggy.  Berbaloi :)

 Layan gambar ye..


  Penat jalan2, kami singgah minum di cafe David Brown.  Abg buggy tu ckp kopi sini sedap.  Tu yg nak try tu.  Aaliyah makan brownies. Sedap jugak.
Dan benarlah kata abg buggy tu, kopi nye sgt sedap. Aku oder cappucino dan hubby caffe latte.  Dua2 sedap. Kalau korang gi Bukit Bendera, singgahlah minum kat sini. Memang mengasyikkan, sambil menghirup kopi yg enak tu dan menikmati pemandangan yg indah.

Jangan abaikan aksi poyo kitorang ni, kerana ianya bersebab..hehe..nampak tak kabus tebal tu? Kabus tu dtg dari bawah naik ke atas bukit dan lalu  di cafe tempat kami minum. Alhamdulillah, rezeki kami dpt merasa suasana tu. Menurut staff kat situ, kabus tu dtg tak kira waktu. Ada ketika Bukit Bendera hujan sepanjang hari.
Bergambar di replika coach lama dan The Owl Museum. Kami tak masuk muzium tu sebab rasanya takde apa yg menarik.




Kena cepat2 naik tren turun ke bawah sebab hujan dah mulai turun. Alhamdulillah, timing was perfect.

Turun dari Bukit Bendera, perut pon sudah main lagu boria. Mai pekena nasi kandaq!!

Nasi Kandar Hameediyah.  Kami makan penuh berselera di waktu hujan lebat, sampai lupa nak ambik gambar.

Seterusnya, kami pulang ke hotel sebentar bagi melepaskan lelah.  Hajat nak berjalan ke Little India, Chowrasta. Tapi hujan lebat. Jawapan yg paling tepat, tidurrr...

Hujan dah berhenti. Jom sambung jalan.

Masjid Kapitan Keling ni terletak di Georgetown. Merupakan salah satu masjid tertua di sini dan dibina oleh sekumpulan askar dari East India Company.  

Nasi Kandar Beratur yg femes tu terletak betul2 bersebelahan Masjid Kapitan Keling ni.  Tapi ianya hanya dibuka pada waktu malam sahaja, bermula pukul 10.00 malam. Yang ada meja dlm gambar ni peniaga di lorong tepi tu. Ok, tunggu malam ni.

 Gambar yg telah diedit guna Photo Editor. Buat online je

Malam tu kami makan nasi kandar beratur di bilik hotel je sebab Aaliyah dh tidur awal. Puas kejutkan, tapi tak bole bangun. Huuu..penat sgt la tu. Sebab balik hotel terus main swimming pool lagi.  Jadi, hubby yg baik hati pon gi beratur panjang utk tapau nasi kandar beratur.

tu diaaaa....memang beratur!!!!

uihhhh besaq sungguh bungkus tu noooo....
Tu diaaaa....hameekk kau...ayam besar, telur, sotong, telur ikan, sayur kobis ngan cili hijau sebiji kt dalam nasi tu.  Sambil makan gigit cili hijau tu....uihhh x tau cheq nak habaq lagu mana dah...sedap sungguh laaa....punya la lapaq, cheq buleh habih semua ni tau dak..ye la ada dekat 1 1/2 jam tunggu hubby gi beli.  Sian dia...kena beratur panjang. Tapi berbaloi sungguh la cheq oiii!!!

Hari Ketiga

Eh!? dah hari Ahad dah? waaaa!!! cheq x mo balik kl!

Tapi apakan daya, kena balik juga. KL tu tempat rumah kita. Takpe, Penang tak lari kemana pon..hehe

Ok. Lepas checkout dan sesi bergambar di depan hotel tu (gambar2 aku letak semua kat atas), cari pasembor pulak. Call orang Penang, Fird mana pasembor terbaekk. Dia ckp kat Padang Broom. Kami pon GPS Padang Broom. Cari punya cari, jumpa. Alhamdulillah...




Area ni macam food court gak la. Sebaris di sebelah kiri pon ada gerai juga tapi gerai cina. Yang sebelah kanan ni gerai melayu.  Waktu ni belum banyak yg bukak, tempat ni happening dari petang dlm kul 5 petang sampai malam.  Mujur gerai pasembor ni dah bukak masa kami sampai. Alhamdulillah, rezeki :) Kalau tak kempunan juga nk mkn pasembor penang ni.



 Tengok tuu...pilihan kuih pasembor pon banyak lagi. Gerai baru bukak, mgkn kami antara yg awal petang tu.  Cucur udang tu menggoda sungguh!! Udang pon banyak, nampak seksi je! hahaha!


Walahhhh!!! Memang sedap!!! Tak tau nk cakap dah....speechless..

Dah isi perut, sekarang isi perut kereta pulak. Senang, nnti dia lapar tgh2 highway lagi susah. hehe..


Sebenarnya banyak lagi tempat yg kami tak pergi masa tu. Balik Pulau, Bayan Lepas, Little India, dan banyak lagi. Memang tak cukup 3 hari 2 malam di sana. InsyaAllah, kami akan datang lagi.

Orang Penang memang peramah. Melayu, Cina, India sama je. Ramah. Makanan pon memang lazat.  Rindu nasi kandar :)

Selamat jalan Pulau Pinang, Bandar Warisan UNESCO ini. Ada rezeki kita jumpa lagi ye.