Jumpa lagi kita. Entry kali ni aktiviti yg tak dirancang sebenarnya.
Hari Sabtu lepas aku menghadiri majlis perkahwinan sepupu suamiku, Deq Nor di Taman Amaniah, Bt Caves. Dekat sgt dah dgn rumah, mestilah pergi. Lagipun minggu lepas kami tak dpt hadir majlisnya di Jerantut, Pahang. Bt Caves tu pihak sebelah lelaki.
Sebenarnya bukan nak cerita pasal wedding ni sgt.
Hati aku mcm tak senang je, sebab mengenangkan adik aku Alin tgh sibuk menyiapkan cookies utk tempahan door gift. Kesian...sbb customer tu nk cepat, 28hb September ni kena deliver. Bukan sikit, banyak ooo...4200 pcs! Setiap bekas ada 6pcs of cookies, jadi akan ada 700 bekas yg siap dihias dengan riben nanti. Sebelum ni dia ada nk sub job tu kat kat aku separuh, maknanya aku buat 2100pcs cookies. Dan dia akan bayar aku per pc. Tapi aku terpaksa tolak atas faktor2 kos dan masa. Bukan tak mau tolong...tapi aku kena tengok benda ni dari sudut bisnes. Sebab ianya melibatkan kos. Jadi, aku tolak cara baik.
Tapi...aku pulak yg rasa bersalah sendiri lepas tu. Aku pon call mak...citer la pasal cookies tu. Sembang punya sembang, mak aku ckp kalau ada masa hari sabtu ni, kita pergilah ke Kuala Selangor, tolong dia apa yg mampu. Sebab mak aku pon ada wedding di Kajang hari sabtu.
Ok. Dah ok sikit rasa.
Hari Sabtu tu, kami sampai rumah lepas gi wedding tu dlm kul 3.30pm. Sambil2 berehat tu, dua pupu aku Kak Wati whatsapp aku.
'Nak oder fruit tarts 100pcs. Hari Selasa. Masa up to u.'
Alamak. Camne? Tarts tu kena buat shells dulu. Alin camne pulak? Aku call Alin, ckp aku tak dpt dtg, ada oder. Suara dia pon dh lain skit...ala2 mendung je suaranya. Adessss...camne ye....
Pikir punya pikir, ok..aku gi ptg ni esok tghari aku balik. malam esok aku buat tart shell tu.
Call mak, arrange terus balik Call Alin bgtau aku dtg. Wahh terus ceria suara dia..hahaha... Kemas2 baju lebih kurang, terus chowwww...amek mak aku kat Paya Jaras dan terus pegi Kuala Selangor.
Bertolak 6.30pm dn sampai 7.00 malam. Sampai je Alin ajak gi pasar mlm, beli makanan sikit dan balik. Mandi2 makan2 dan solat. Terus start bancuh doh. Sebenarnya Angah sepupu suami Alin ada dtg utk tolong. Jadi aku dan mak dtg tu sebagai sokongan moral la kat Alin, sebab aku tak dpt amek oder tu secara sub. Kesian..tu la sorang adik pompuan aku. Yang bongsu pulak tu...hmmmm
Kami buat bertiga. Aku, Alin, Angah. Mak tolong potong riben. Nak tolong packing tak boleh sebb bekas belum sampai. Buat la kami bertiga sampai kul 10.30mlm. Aku tnya nak buat lagi tak, diorang dh tak larat sebab drpd siang tadi diorang dh pulun buat. Ok..so kita tidurrrrr...esok sambung.
Esok pagi, kami pergi sarapan di pekan Kuala Selangor. Lepas tu kami pergi ke Pasar Pasir Penambang. Port utk cari ikan fresh. Mak aku yg nak ke sana. Siap bawak bekas polisterin tu.
Memang fresh!! Harga pon berpatutan. Mak aku memborong dengan rakusnya.Hehe..stok utk sebulan pon boleh kot. Aku beli jenahak je. Sebab tu ikan yg laki aku suka. Beli byk2 pon takut lama nak abis. Dh lama2 tak sedap dah.
Nampak tu mak aku tgh rambang mata membeli ikan..hehe |
Ikan merah. Segar! |
kerang-kerangan. Tak tau nama apa |
Kerang bulu. Besar tapi manis isinya |
Mentarang. Masak rebus pon sedap, kata cina tu la. Kalau bakar bbq pon bole |
Legaaa skit rasanya, dpt datang dan tolong dia, walaupon tak banyak. At least, aku cuba kan. Dia kata ada lagi oder Oktober dan Disember ni. Mungkin dia nak sub kat aku. Tapi belum sure lagi.
Aku harap dia dapat siapkan oder ni dengan jayanya.
No comments:
Post a Comment