Tuesday, May 22, 2012

Santai Riverside, Janda Baik

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah, selamat datang 1 Rejab. Semoga ibadah kita di bulan rejab ini diterima Allah dan di bulan2 yang seterusnya.  Tak lama lagi Ramadhan akan tiba, insyaAllah..tak sabar rasanya.

Kali ni nk berkongsi cerita tentang Santai Riverside, Janda Baik.  Semua org tau Janda Baik ni tempat utk mandi air terjun.  Walaupon dekat ngan KL, inilah first time aku sampai ke sana.hehe..

Santai Riverside ni terletak di bahagian atas air terjun.  Memang airnya bersih dan tak ramai orang.

Pemandangan dari jauh. 

Kat sini ada 3 gazebo sahaja.  Dlm gambar ni ada 2, sebelah menyebelah.


Ini gazebo kami. Jauh skit dari 2 gazebo tadi.  Kalau dtg ramai2 lebih sesuai amek 2 gazebo tadi. Pakej gazebo ni termasuk meja lipat, kerusi plastik, tikar dan tilam boleh lipat. Dan juga kanvas yg digantung tu. Pakej2 tu nnti bole tgk dlm gambar seterusnya.

 
Pemandangan dlm gazebo tu.  Ni MIL aku ngan kawan dia. Best, solat tepi sungai :)


Ni abang iparku. Dia lah yg arrange semua ni, sebab dia dah pernah pergi sebelum ni dgn kawan2 dia.  Makanan yang banyak tu adalah air tangan MIL ku yang mmg terbaeekkk.  Nasi lemak, nasi putih, ayam goreng berlada (signature dish MIL), sambal ikan bilis dan aksesori nasi lemak yg lain, nasi impit, rendang.  Aku? sandwich  ngan air oren je...bolee..hehe..

Ada juga disediakan tempat BBQ. Yg lain2 bawa sendiri ye.

Kalau nak bermalam di gazebo ni, bole bawa khemah sendiri.  Ni khemah jiran kitorang ari tu, sbg contoh.

Area ni sebelah gazebo jiran kitorang tu.  Tu dah setting nak buat unggun api. Yg ada tangga tu adalah tandas.  Bersih dan luas tandasnya serta sentiasa ada bekalan air bersih.

Ok la. Cukup aku cerita pasal kemudahan2 yg ada kat situ.  Sekarang layannzz gambar2 air terjun dan aksi2 kitorang ye.




Yg tgh drafting ni owner tempat ni, En Azhan. Peramah dan cepat mesra orangnya :)



Aaliyah and her new friend, Arif




Bahagian yg agak landai


Aktiviti membina fortress, hehe..

Ada tangga utk turun ke sungai

MIL pon tak boleh tahan tgk air sungai yg sejuk nyaman ni. Rugi mak tak mandi..hehe Sebelah mak tu Arif, abangnya Johan. Johan ni ngam betul dengan hubby, macam dah kenal lama.  

Sesi bergambar.  Sebenarnya, Johan dan Arif ni anak kepada kawan kami di UiTM dulu,Kak Siti Nur, yang duduk sebelah aku tu. Bole berjumpa kat air terjun ni. Dia lah jiran gazebo kitorang hari tu.  Kak Siti Nur sekeluarga mmg camping kat situ, 3 hari 2 malam. Nice to meet u again, Kak Siti.  U are still the same! maintain u!

Hehe..Aaliyah dan Johan dah mcm adik beradik je

Aaliyah dan Angah

Pinjam spec Angah

Bergambar sebelum balik


 Ini lah pakej2 yg disediakan di Santai Riverside. 



Sori ye leaflet ni dah lipat2. Kalau berminat bole hubungi En Azhan 012-9213009, 019-9660196

Memang seronok sangat mandi2 dan bersantai di sini, sesuai dengan namanya.  Tenang, nyaman, relaks.  Yg best sekali, air terjunnya yg teratas, sebab tu bersih. Orang pon tak ramai. Dapat pulak berjumpa dgn kawan se UiTM.  Dah lama aku tak mandi air terjun. Masa sekolah dulu abah selalu bwk kami mandi di Hutan Lipur Lentang.  Bila dtg ke Janda Baik ni terkenang memori silam.  Seronok..:)

Santai Riverside..definitely we'll come again!!

Monday, May 14, 2012

Thistle, Port Dickson

Assalamualaikum semua,

Jumpa lagi kita di entry ini.  Semoga kita semua diberkati Allah dalam urusan seharian.

Ok, kali ini aku nk berkongsi percutian ringkas kami, short getaway.  Mcm biasa yg arrange semua ni ialah en suami tercinta. Mmg mcm tu, tau2 je dia whatsapp, bgtau dia dah booking sekian2 tempat, pergi ari apa balik ari apa. So I pulak mcm biasa, follow jerr!!! hahahaha...

PD je, dekat sangat, tak perlu nk apply cuti.  Pergi hari Sabtu balik hari Ahad. Macam yg aku pernah cerita dulu, PD ni mmg menjadi pilihan kami utk pergi bercuti dan bersantai sebab faktor jarak.  Antara hotel yg pernah kami pergi kt PD ialah Tiara Beach Resort, Avillion Admiral Cove, Ilham Resort dan yg terbaru yg ni lah..Thistle. Yg sempat aku buat entry cuma Avillion Admiral Cove sebab masa tu dah start blogging balik.hehe..


Ini lobby area. Besar kan?



Yg ni counter area. Ada dua bahagian, satu lagi sebelah kiri, sama je design, tak payah la aku letak gak.hehe


Ini cafe dekat lobby area. Ada ice-creams, cakes and some pastries and of coz coffee.  Tapi reganya..paham2 je la ye.  Aku terpaksa la beli gak satu Baskin Robbins yg kemetot, RM13.45 satu, dah campur tax tah apa2. Sebab? Aaliyah dah merengek..dia tau eskrem tu lg sedap dr yg biasa dia makan. Hmmm...nasib baik la ank baru sorang, gagahkan jua la..ada satu brader tu beli smp 4 bekas kemetot tu sbb anak dia 4 org..adoiii...RM50++ tu..eskrem sahaja..hmmm..tu la dia, demi anak kan..


Antara deko yg menarik di depan pintu masuk ke Thistle.


Close up..


Ok. Dah check ini masuk bilik..yezzaaa..Ni dlm bilik air.


Tempat shower


Toiletries Thistle. Ada toothbrush ngan ubat gigi lagi. Kalau korang terlupa bwk, dont worry, tak payah risau.


Balkoni. Bilik ni mengadap taman.


Taman kat belakang bilik kitorang. Tak pegi pon, tgk dr balkoni je.

Mesti korang heran..takde gambar dlm bilik kan? Ye..sebabnya yg ambik gambar2 tadi ialah en suami, dia lupa nk snap gambar bilik, katil. Jadi aku mintak maaf la ye, sebab tak complete entry aku ni. Padahal gambar bilik la yg penting,kan? Tapi korang still bole tgk kat website Thistle. Google je..ada punya.hehe..
Nama bilik kitorang, standard twin deluxe. Ada dua single bed.

Dah selesai amek gambar, kitorang rehat dulu. Nak gi swimming pool pon matahari tgh bersinar dgn garangnya masa tu. Jadi tidurkan Aaliyah dulu, kitorang pon tidur gak la. Dlm kul 5.30ptg baru la gi pool.



Yang ini pool budak2. Ada slide. Tapi Aaliyah ni takut nk naik sorang2, sekali je dia naik pastu dia tersedak air, terus takmo naik dah..huuu..sebab dia tak pandai swim, tu yg susah skit. So, kitorang dah decide nak amek swimming class utk family, sbb kau dan en suami pon tak pandai swim. Mcm mana kitorang nk ajar anak pulak kan? Best gak cadangan en suami tu, good exercise dan boleh jadi aktiviti keluarga.  Kalau korang tau tempat yg ada buat kelas belajar berenang utk keluarga, bgtau ye. Tinggalkan kat ruang komen kat bawah ni je.TQ in advance!



Hotel ni ada two sides of swimming pool. Yang ini satu lagi, utk kids jugak. Ada dua slides, air pancut kat atas, yg dekat cendawan kuning tu dan airnye cetek sedikit daripada pool yg mula2 tadi.  Pool utk dewasa pon ada kedalaman yg berbeza, 1.5m, 1.8m dan 2.5m. Kan best kalau pandai berenang, bole swim kat kolam2 tu, takde la dok main kat kid's pool je. Huuu..




Tak tau nak panggil apa area ni..belakang tu laut. Mungkin pihak hotel buat ala2 taman mcm ni supaya bila guest pegi mandi laut takde basah2 jalan, kalau buat pakai tiles atau batu.  Tah le, aku main agak je. Tapi masuk akal kan? hehe..


Lepas mandi swimming pool, posing dulu sblm pegi tepi laut.


Pemandangan tepi laut.  Bersih dan tak ramai orang. Ada banana boat dan jet ski. Teringat aku masa pergi Pulau Dayang Bunting, Langkawi dgn kawan2 dulu, best giler main banana boat ni! Pergi ngan family ni tak sesuai la nk main banana boat ni kan..kalau anak2 dah besar, mungkin bole la..tapi by the time diorang dah besar, akak pulak dah tak brape muda! hehe..kalau ada peluang, nak jugak gi cuti ngan girlfriends je. Just a few days away from husband and kids.  Boleh buat aktiviti yg giler2 skit! hehehe..tapi tak tau la bile bole buat mcm tu. As for now, i'm enjoying holidays with my beloved family. Alhamdulillah :)


Saje je snap gambar ni, sebab bekas ketam berjalan menghasilkan corak yg menarik, pada aku.

Suka gambar ni :)




Ada beberapa buaian kat bawah pokok yg disediakan oleh pihak hotel.  Bole la main buai, sambil menikmati angin laut dan pemandangan yg indah.


Ada pulak orang jual aiskrim lalu masa tu, apa lagi, makan eskrem la kitorang. Best, walaupun eskrem murah, sebab mkn tepi laut. Aaliyah mmg suka posing, so layan je la ye..hehe..tapi tak murah tau, eskrem yg mcm aaliyah makan tu RM2 satu ye..kat Gombak baru RM1 satu. Rupanye, yg jual tu dtg drpd Ampang, weekend dia dtg PD jual aiskrim. Indian man.  Dia dtg bwk motor, wife dia ngan anak2 dgn kereta.  Pandai jugak dia, jual kat Thistle punya beach.Hehe..itu la dia, nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Sebenarnya macam2 cara utk kita cari rezeki. Terpulang pada diri sendiri utk melakukannya.

Lepas dah main swimming pool, makan eskrem, jalan2 tepi pantai, kitorang pon balik ke bilik. Mandi2, solat dan berehat sekejap sblm aktiviti seterusnya.

Lepas solat, kitorang pegi cari makan.  Mula2 nak pergi mkn ala2 thai je kat Teluk Kemang, banyak gerai yg bukak waktu mlm di PD ni.  Kalau siang2 mmg takde. Ada pon sikit je yg bukak.  Jadi ada baiknya korang lunch dulu dlm perjalanan ke PD sbb takde tempat utk lunch kat sana.  Mlm no problem. Ada ala Thai dan medan ikan bakar.

Ok, berbalik citer asal ye. Masa nk pegi Teluk Kemang tu, nmpk ada sign board 'Medan Ikan Bakar MPPD 10km'.  Maknanya lepas Teluk Kemang, menghala ke PD Waterfront.  Hmm..jom lah! Saja nk mencuba, best atau tak.

Drpd Teluk Kemang ke Medan Ikan Bakar tu lebih kurang 30min perjalanan.  Kedudukannya tepi laut, dan ada yg dibina sehingga ke pesisir pantai. Kira ala2 terapung jugak la. Tapi kan, sorry byk2..takde gambar kat situ sbb bateri HP dah kong. Huuu..aku cerita tanpa gambar la ye..at least aku share info. Nama restoran tu D'Terapung Medan Ikan Bakar MPPD.

Komen?

1. Tempat bersih, luas
2. Servis-slow..pelayan ramai tapi lambat jugak dpt makan. Kitorang tggu dlm 30min jugak, baru makanan sampai
3. Makanan - biasa je, takde yg special pon. Seafoods tak byk pilihan, agak mengecewakan. Masa tu cuma ada jenahak, udang dan sotong. Siakap kerapu sume takde, dah abis kata pelayan tu.
4. Harga - Mahal giler!!!! Ikan jenahak bakar RM 60, udang sedang 5 ekor RM36, sotong besar (xde la terlalu besar) 2 ekor RM36, nasi putih RM1.50, kailan ikan masin RM6 sepiring kecil, dan air fresh orange satu jug RM13.  Semua sekali RM155.50..utk 2 orang makan! Aaliyah makan nasi je banyak..ngan minum air. Jadi, kalau dtg PD ramai2, tak payah le pegi situ. Mmg korang akan terduduk bila nak bayar nanti!!

Jadi, nasihat aku, tak yah le gi mkn kat situ. Betul..sebab byk tempat lain lagi yg ada ikan bakar yg fresh,sedap dan murah. Sebagai contoh, Sg Duyung kat Melaka dan Kuala Selangor.  Kat PD, sebenarnya bukan tempat yg sesuai utk mkn ikan bakar. Sebab pilihan tak banyak, ada pon mahal sgt2!! First and the last la kitorang mkn kat situ.

Abis aktiviti mlm tu. Esoknya, lepas breakfast di hotel tu, biasa la..Aaliyah nk mandi kat pool lagi..So, mandi2 lagi la kat situ. Daddy dia yg melayan mandi, aku malas..basah2. Lagipon, org lelaki senang, xde apa yg nak dijaga sangat. Faham kan..hee..

Kitoang mintak late check out pukul 1.00pm. Jadi bole la rileks kejap lepas mandi2 kat pool, kemas2 barang sblm balik.


Sementara tggu hubby check out, aku pon snap gambar ni dari lobby. Saje je..cantik skit view ni.

Komen tentang Thistle,PD?

1. Bilik - Selesa, view cantik, bilik air cantik. TV ada Astro, WiFi pon ada tp kalah siput.
2. Servis - ok
3. Breakfast - Boleh tahan. Ada salad, menu masakan Melayu, pastries dan menu yg biasa ada di hotel2 sbg breakfast buffet.
4. Swimming pool- Cantik dan bersih

Oh ye, kat situ ada beberapa facilities lain seperti


Spa utk berehat dan bersantai. Spa ni terletak kat luar bangunan hotel, dekat dgn parking dan tennis court.


Ini tennis court kat hotel ni. Sape yg suka main tenis bole bawak raket tennis ke sini.

Sekian, percutian ringkas kami sekeluarga.  Harap bole dijadikan rujukan pada sesiapa yg nak cuti2 kat PD, tgh cari hotel yg sesuai.  Kalau ada rezeki, kami dtg lagi ke PD, dan mungkin pilih hotel yg lain pulak. InsyaAllah.

Jumpa lagi dan terima kasih sebab sudi baca :)