Tuesday, May 8, 2012

Aroma Ikan Bakar

Assalamualaikum semua,

Harap semuanya sihat, ceria dan bersemangat utk menjalankan tanggungjawab masing2 kerana Allah Taala.

Lama bebenor dah teman idok update blog teman ni.  Sibuk pulak skrg ni, dgn bisnes kek yang kembali aktif.  Alhamdulillah syukur dgn rezeki Allah ini.  Blog utk kek ni ada tapi aku lom buat apa2 lagi kt dalam tu.  Kalau nak tgk dalam Facebook ini link nya Cuppilicious Delights

Cerita kek ni tunggu ye, bila aku dah letak gambar dlm blog tu.  Entry kali ni sebenarnya dah lama dah kejadiannya. Baru ari ni le dpt update kat sini.  Kalau tgk tajuk entry pon dah tau kan, konpem acara makan2. Hehe..

Restoran Aroma Ikan Bakar, Kuala Selangor. Itulah nama destinasi kami sekeluarga ketika itu.  Mmg dah lama teringin nk makan kat sana, tambah pulak Alin dah try mkn kat sana.  Maklumlah, dah jadi org Kuala, mesti tau mana tmpt makan seafood yg best kan.  Kami pergi ke sana lepas maghrib di rumah Alin. Sampai je sana, tu diaa...kereta penuh giler! Satu petanda baik, maknanya mmg sedap la foods dia.  Alhamdulillah, we manage to get the parking space.


Punya la besar restoran ni. Rasanya dlm setengah ekar kot, tah le. Hehe..sebab mmg luas!! Gambar kat atas ni adalah salah satu drpd ruang makan kat restoran ni.  Yang ni style duduk bersila, setiap tempat asing2, tak campur dgn keluarga lain.  Jadi amat sesuai untuk mkan ramai, kalau bwk anak pon sesuai duduk sini sbb tak ganggu org. Cuma tempat ni terhad, jadi kena booking dulu dan tmbah RM10. Cantik, dengan hiasan anyaman buluh. Sorry ye, gambar tak cantik sbab handphone teman ni xde flash.

Close up skit ruang makan yg cantik ni. Tak boleh dekat2 sgt amek gambar, org tgh makan.hehe..



Yang ini ruang makan lain. Lebih open dan terang.  Kami makan di ruang ini sebab tempat yg cantik tu dah penuh.  huhu..tapi takpe. Yg penting dpt berkumpul bersama keluarga tercinta dan makan yg sedap2!


Makanan pada malam kejadian.Hehe..banyak kan.  Aku pon snap satu gambar ni je sbb dah tak sabar nk mentekedarah!! hahaha! Antara mangsa2 mlm tu, ikan siakap 3 rasa, terubuk bakar, kerapu stim halia, lala goreng pedas, ketam (masak apa tak tau, tapi sedap), kailan goreng, udang goreng tepung, sotong tak ingat masak apa, nasi putih dan orange jus beberapa jag. 



Tu dia...abis licin okehh... mmg betul, sangat sedap foods kat sini. Fresh dan banyak pilihan seafoods.  Aku tak amek gambar seafoods yg mentah sbb ramai giler org.

Kesimpulannya, makan kat sini mmg sedap, murah dan segar.  Di tambah pula dengan lokasi di tepi laut, angin laut menyapa ketika sedang menikmati hidangan..perghhhh.. best uollss!! Aku memang rekomen korang pegi sini.  Tanya je org Kuala Selangor, mesti tau tempat ni.


Posing lepas kekenyangan. Manis je senyum semua kan..haha..No calories counting ye, tu yg happy je.


Gambar ni ada adik iparku, yg atas takde sebb dia amek gambar. Abang aku sekeluarga pon takde masa ni, sebab dia ada hal lain.  Takpe la..ada alasan nk pegi lagi kan.Hehe..

Aaliyah, Mama Ein dan Umar


Pemandangan di depan restoran.  Tak nampak nama restoran, terang sgt

Ada gerai2 menjual permainan kanak2 kat luar restoran ni.  

Sangat seronok dan kenyang mlm tu.  Harap ada trip seterusnya ke sini lagi. Terima kasih kerana membaca entry ini dan jumpa lagi!

No comments:

Post a Comment