Tuesday, May 22, 2012

Santai Riverside, Janda Baik

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah, selamat datang 1 Rejab. Semoga ibadah kita di bulan rejab ini diterima Allah dan di bulan2 yang seterusnya.  Tak lama lagi Ramadhan akan tiba, insyaAllah..tak sabar rasanya.

Kali ni nk berkongsi cerita tentang Santai Riverside, Janda Baik.  Semua org tau Janda Baik ni tempat utk mandi air terjun.  Walaupon dekat ngan KL, inilah first time aku sampai ke sana.hehe..

Santai Riverside ni terletak di bahagian atas air terjun.  Memang airnya bersih dan tak ramai orang.

Pemandangan dari jauh. 

Kat sini ada 3 gazebo sahaja.  Dlm gambar ni ada 2, sebelah menyebelah.


Ini gazebo kami. Jauh skit dari 2 gazebo tadi.  Kalau dtg ramai2 lebih sesuai amek 2 gazebo tadi. Pakej gazebo ni termasuk meja lipat, kerusi plastik, tikar dan tilam boleh lipat. Dan juga kanvas yg digantung tu. Pakej2 tu nnti bole tgk dlm gambar seterusnya.

 
Pemandangan dlm gazebo tu.  Ni MIL aku ngan kawan dia. Best, solat tepi sungai :)


Ni abang iparku. Dia lah yg arrange semua ni, sebab dia dah pernah pergi sebelum ni dgn kawan2 dia.  Makanan yang banyak tu adalah air tangan MIL ku yang mmg terbaeekkk.  Nasi lemak, nasi putih, ayam goreng berlada (signature dish MIL), sambal ikan bilis dan aksesori nasi lemak yg lain, nasi impit, rendang.  Aku? sandwich  ngan air oren je...bolee..hehe..

Ada juga disediakan tempat BBQ. Yg lain2 bawa sendiri ye.

Kalau nak bermalam di gazebo ni, bole bawa khemah sendiri.  Ni khemah jiran kitorang ari tu, sbg contoh.

Area ni sebelah gazebo jiran kitorang tu.  Tu dah setting nak buat unggun api. Yg ada tangga tu adalah tandas.  Bersih dan luas tandasnya serta sentiasa ada bekalan air bersih.

Ok la. Cukup aku cerita pasal kemudahan2 yg ada kat situ.  Sekarang layannzz gambar2 air terjun dan aksi2 kitorang ye.




Yg tgh drafting ni owner tempat ni, En Azhan. Peramah dan cepat mesra orangnya :)



Aaliyah and her new friend, Arif




Bahagian yg agak landai


Aktiviti membina fortress, hehe..

Ada tangga utk turun ke sungai

MIL pon tak boleh tahan tgk air sungai yg sejuk nyaman ni. Rugi mak tak mandi..hehe Sebelah mak tu Arif, abangnya Johan. Johan ni ngam betul dengan hubby, macam dah kenal lama.  

Sesi bergambar.  Sebenarnya, Johan dan Arif ni anak kepada kawan kami di UiTM dulu,Kak Siti Nur, yang duduk sebelah aku tu. Bole berjumpa kat air terjun ni. Dia lah jiran gazebo kitorang hari tu.  Kak Siti Nur sekeluarga mmg camping kat situ, 3 hari 2 malam. Nice to meet u again, Kak Siti.  U are still the same! maintain u!

Hehe..Aaliyah dan Johan dah mcm adik beradik je

Aaliyah dan Angah

Pinjam spec Angah

Bergambar sebelum balik


 Ini lah pakej2 yg disediakan di Santai Riverside. 



Sori ye leaflet ni dah lipat2. Kalau berminat bole hubungi En Azhan 012-9213009, 019-9660196

Memang seronok sangat mandi2 dan bersantai di sini, sesuai dengan namanya.  Tenang, nyaman, relaks.  Yg best sekali, air terjunnya yg teratas, sebab tu bersih. Orang pon tak ramai. Dapat pulak berjumpa dgn kawan se UiTM.  Dah lama aku tak mandi air terjun. Masa sekolah dulu abah selalu bwk kami mandi di Hutan Lipur Lentang.  Bila dtg ke Janda Baik ni terkenang memori silam.  Seronok..:)

Santai Riverside..definitely we'll come again!!

No comments:

Post a Comment