Monday, October 1, 2012

Jumaat, Sabtu, Ahad

Petang Jumaat

Halie ajak jumpa. Saje katanya. Tanya aku, apa yg best dekat Prima Sri Gombak?

Macam2 ada. Papparich, Old Town, Sate, Ayam Penyet, Beriani...ishh mcm2 lagi

Iceroom pon ada.

Hmmm beriani tu cam menarik. Ok jumpa kat JM Bariani.

Ok je...

Hali Zakiah, pengantin baru ni..hehehe
Nasi bariani daging. memang my fav kalau makan di sini. Dagingnya lembut sangat
Sorang lagi ahli petang tu adalah Kak Nik. Sori la Kak Nik lupa nk amek gambau u. Hehe...

Tak payah aku nk cerita sgt bagaimana sedapnye nasi bariani ni. Rasanya ramai dh penah makan kan. Pada siapa yg belom cuba, silakan. InsyaAllah sedap :)

Sabtu pagi.  

Bermalas2an. Breakfast pon tak buat. Hubby kata dia pegi tapau tosai.

Basuh kain, kemas rumah. Sedar2 dh tengahari. Hubby call. Jumpa kat Ayam Penyet AP. Hmmm...

Lepak2, lepas maghrib pegi makan bersama ibu mertua di Manhattan Fish Market di Pavillion.

Manhattan Fish Market

Fish n Chip. Sedap dan sangat kenyang. Dihidang bersama salad dan kentang goreng. Fish fillet tu ada dua keping yg besar. Ini dipesan oleh hubby dan ibu mertuaku
ini milikku. Grilled dory and rice. Atasnya disiram dgn sos yg enak dan dihidang bersama sayur2an. Sedap :)
Rasa2 siapa punya ni? Yaa betull...Aaliyah punya.  Brownies and icecream. Not bad
Aku lupa nama drink ni. Tapi ianya sgt sedap!! Rasa seakan2 snickers pon ada!
 Ahad

Pagi bersarapan bersama ibu mertua, abang ipar dan sepupu di rumah mertuaku. Nasi dagang dan nasi kerabu yg sgt sedap. Beli di Taman Samudera.

Hubby suruh call mak aku, ckp jangan masak. Kita lunch sama2 di The Curve.

Bubba Gump Shrimp Co.

Cajun Chicken. Dihidang bersama sayur dan mashed potato. Di pesan oleh hubby. Sedap, rasa rempahnya yg agak mild

Bourbon Catch of the Day. I punya la..Catch of the Day ialah ikan talapia. Dihidang bersama udang, dan mash potato. Yg panjang2 tu ialah kentang yg dihiris nipis memanjang camtu dan digoreng. Pada aku inilah main course yg paling sedap selama kitorang makan di Bubba Gump ni. Kalau dtg lagi akan ku order yg ini juga

Haaa....ini memang SEDAPPP!! Lupa namanya. Nampak simple but the soup is the star of this dish. Seakan sup tomato yg ringan dimasak bersama udang. banyak tau udang dlm sup tu.   Dimakan dengan baguette dan nasi.  Aku prefer dimakan dgn baguette tu. Akan dtg aku nk makan jugak yg ni! Mak aku pon boleh habiskan tau semua ni!!
'Rasa u punya skit...'
Tu dia,,,,abah dah tersandar kekenyangan. Abah punya food aku lupa nk snap. Abah macam biasa, grilled salmon. First time aku dgr abah kata salmon yg dimakan kali ni sedap. Susah nk dgr tu. Sebab mmg susah nk dpt makan salmon yg dimasak sempurna.  Suka aku dengar :)

Alhamdulillah...kenyang sungguh. Kami pon solat zuhur dulu sebelum jalan2 lagi di The Curve.

Masa jalan2 tu Aaliyah bersuara, 'nak aiskrim....' aku tak perasan rupanya kami lalu di depan Baskin Robbins. Lantas atoknya pantas bersuara..' haa jom kita makan aiskrim!' 

banana split. ini kombinasi my hubby. ada perisa coklat and peanut butter. topping chocolate syrup, peanut and whipped cream. Of coz sedap. kongsi berdua pon payah nak habis sebab dh kenyang makan di Bubba Gump tadi
Aaliyah punya. Vanilla and cookies and cream
Banana split dikongsi mak dan abah
 Dah abis mkn aiskrim, kami pon balik terus sebab dh tak larat nk berjalan2. Dah nampak bantal ngan tilam je masa tu...hehehehe

Alhamdulillah....3 hari berturut2 makan sedap2. Dapurku pon mmg berehat selama tiga hari tu.

Alhamdulillah, rezeki yg ada dikongsi bersama keluarga tercinta, sgt bermakna. Apalah sangat belanja makan sesekali jika nak dibandingkan pengorbanan mereka semasa membesarkan kita.  Org tua, bukan mengharapkan wang ringgit dari kita. Yg penting kita dpt membahagiakan mereka sementara mereka masih ada.  Tq my hubby, sebab blanje mak ngan abah jugak.

Selamat Hari Jadi yang ke 58 untuk Mak (belated birthday celebration sebenarnye..hehe). Oh my...dah warga emas mak aku.

No comments:

Post a Comment