Wednesday, July 17, 2013

Hidup Baru

Assalamualaikum....

Ya Allah....x dpt diungkapkan dgn kata2 betapa rindunyeeeeee nk blogging!!!!!

Hari ni barulah berkesempatan sbb terpaksa ke cyber cafe kerana ada kerja utk email kepada customer.  Dh cuba hntar guna mobile data tetapi tersangatlahhh lemss!!! Mybe sbb file besar, so kena la berkunjung ke CC..hehe...terasa cam budak2 je masuk sini sbb semua yg ada dlm CC ni bebudak sekolah je..hmm..

Dah terlanjur mengadap pc ni mulalah gatal bukak blog yg dh bersawang ni..mula2 amek sejam je tp dek kerinduan yg melampau kpd blog kesayangan ni sanggup tmbh lagi sejam uolss!! Hehe..sementara tggu Aaliyah balik sekolah, CC ni pon sederet je ngan GA. 

Okeh..memula nk tnya..apa kabar semua? Beribu2 maaf sbb dh terlalu lama menyepi.  Terlalu banyak perkara yg berlaku sejak beberapa bulan yg lepas. 

Kalau tgk tajuk entry, korang bole agak kot..kalau x bole jugak, sudi sudikanlah membaca entry yg lepas2.  Jadi, setelah mengharungi pelbagai dugaan, aku mengambil keputusan muktamad dan juga ianya juga atas persetujuan bersama.  Walaupon belom rasmi, tapi aku sudahpon berpindah ke rumah ibu bapaku di Sg Buloh. Memang perit, sedih..tapi itulah yg terbaik utk semua orang. Aku pon kesian dgn diriku sendiri, buat apa aku terus menyeksa diri sendiri. Tak ada sudahnya kalau aku saja yg berusaha utk menyelamatkan rumahtangga.  Sebab, at the end of the day, aku jugak yg akan terseksa.  Aku sudah berusaha dan mencuba, tetapi nampaknya aku seorang saja yg berusaha.  Penat ooo....sgt2 penat.

Jadi, Hidup Baru.  Yes.

Aku sedang merancang apa yg akan ku lakukan selepas ini. Aku akan buat yg terbaik utk Aaliyah dan diriku sendiri.  Biar pun aku harus melakukannya seorang diri, aku redha.  Malah, aku berasa lebih tenang dan ceria sejak aku berpindah ke rumah ibu bapaku.  Suasana kampung yg nyaman juga byk membantu aku berasa tenang.  Sudah lama aku tidak menangis, cukuplah..aku sudah terlalu penat untuk memerah air mata utk org yg tidak tahu menghargaiku. 

Ramadhan ini tiada bezanya dari tahun2 lepas.  Tetap ku lalui dgn tenang.  Malah aku tidak berasa kekurangan apa2 pon kerana keluarga terutama mak abah yg sentiasa berada di sisiku saat ku memerlukan.  Mereka tahu, aku tidak bersalah dlm hal ini.  Apa yg telah terjadi adalah di luar kuasa ku, Allah Maha Mengetahui. 

Cukuplah. Aku tidak mahu mengenang lagi apa yg telah terjadi.  Biarlah..kalau itu pilihannya. 

Yang penting, hidupku selepas ini.  Terutama sekali utk Aaliyah.  Sayu aku mengenangkan Aaliyah, kerana dia tidak tahu apa2, tidak bersalah secalit pon. Terlalu sayu, sehingga aku terlupa akan kepedihan hatiku sendiri. 

Ku serahkan jiwa dan ragaku kepada Allah Yang Maha Berkuasa.  Sesungguhnya, cinta kepada Allah cinta yg hakiki. Tidak akan disakiti, tidak akan dikecewakan.  Cinta sesama manusia ada pasang surutnya. Boleh berubah, bisa pudar dihakis masa.  Bisa menjauh pabila usia meningkat, pabila kecantikan semakin susut, pabila banyak 'pilihan' lain di luar sana, tatkala wang mulai membanyak.  Ternyata wang itu luar biasa kuasanya.  Bisa menaikkan manusia dan juga menjatuhkan manusia, tergantung kepada kebijaksanaan manusia itu menguruskannya.  Ketika ini, cinta tidak lagi bernilai, pengorbanan sbg seorg isteri dan ibu kepada anak tidak bermakna lagi.  Nafsu sudah menguasai iman. 

Cukuplah.  Aku sudah letih.

Ku harapkan hidup baru ini membawa ketenangan kepada ku.  InshaAllah..


No comments:

Post a Comment