Thursday, April 25, 2013

Assalamualaikum...

Assalamualaikum semua...

Tak tau nk ckp mcm mana rindunye aku nk menulis di blog yg biasa2 je ni.  Or should i say..


RINDU GILERRRRR WEIIIII!!!!!

Hahaha....

Ok. Korang mesti nk tau kemana aku menghilang, kan?

Aku ok je..takde hilang mana pon..cuma hilang dlm diri sendiri. Itu saja.

Kalau tgk entry terakhir aku, rasanya korang bole agak kan, kenapa aku hilang. 

So, aku mcm mana skrg? Well... there's nothing much i can do, actually.  I'll do whatever i have to do and leave the rest to Allah because Allah knows what's best for us.  I have to be strong for the sake of my beloved daughter.  She is my all...I'll do everything for her.

Jadi, aku rasa selama 4 bulan lebih aku menyepi ni sudah cukup utk mengumpul kembali kekuatan untuk bangkit kembali dari kesedihan.  Aku tak berdaya utk mengubah ketentuan Allah, namun pilihan sentiasa ada utk kita.  Oleh itu, aku memilih utk teruskan hidup ini, live my life to the fullest because life is too short.  Tiada gunanya memendam rasa, menumpahkan air mata dan menyesali apa yg telah terjadi.  Ku anggap semua ini ujian dari Allah.  Aku bersyukur atas ujianNya ini, kerana itulah tanda kasih sayang Allah pada hambaNya.  Allah tidak pernah melupakan hambaNya, namun hambaNya la yg sering melupakaNya.

Ok..cukuplah ye..tak mo layan syahdu dah. 

Aku baru je tender resignation letter hari ni...hehe...lama dah aku pikir sblm buat keputusan ni. Aku pon dh bincang ngan mr hubby.  Dia ok je, cuma dia kata tak bosan ke nnti.  Aku ckp..aku plan utk fokus ngan bisnes kek aku tu..dan ada a few plan lagi tp yg first is baking.  And, hari Ahad ni pulak kami akan berpindah rumah...Alhamdulillah..biar pon rumah sewa, aku berdoa agar kehidupan baru kami nnti akan berubah menjadi lebih bahagia, inshaAllah...

Dan aku berdoa agar keputusan aku untuk menjadi suri sepenuh masa menjaga rumahtangga, dan paling penting aku dpt menjaga, mendidik dan mencurahkan sepenuh kasih sayang pada anak ku, Nur Aaliyah Najwa.  Dia berumur 6 thn dan thn depan akan masuk darjah 1.  Aku sedar, masa utk aku bermain, bergurau, menggigit, menggomol, menggeletek dan kejar2 dgn nya tidak lah panjang.  Kerana dia semakin membesar, akan meningkat remaja.  Dan ketika itulah dia akan mula menjauh dariku, dan lebih dekat dgn kawan2nya pula.  Jadi, sblm itu, aku ingin menikmati setiap detik yg ada bersama anak ku.  Masa kini terlalu pantas berlalu, dan tidak akan kembali lagi.  Aku tak mahu kerugian masa itu.  Aku sayangkan masa yg ada ini.  Biarlah suamiku keluar mencari rezeki...itu sudah menjadi kewajipannya. 

Ok, thats all for now.  Dh siap2 nak balik..mlm ni hendak frosting red velvet cake dgn cream cheese..hmmm..ada customer nk pick up esok pagi.  Jumpa lagi uolss!!!

No comments:

Post a Comment