Friday, July 20, 2012

Ayam Az Zain

Assalamulalaikum semua..

Jumpa lagi kita di entry baru ni.  Kali ni aku nak kongsi tentang ayam.

Sapa suka makan ayam? Aku pasti ramai yg suka kan.

Tapi pernakah kita fikir ayam yg kita beli dari pasar tu, macam mana diproses? Adakah mengikut syariat Islam? Makanan yg mcm mana ayam2 tu makan? Bersih atau tidak? Dan pastinya dicucuk dgn antibiotik supaya cepat membesar dan bole dijual segera.

Aku pon selalu pikirkan benda yg sama.  Mula2 pikir nak beli ayam kampung, tapi ayam kampung ni faham2 jela. Masak rendang je sedap kalau ayam kampung.  Utk masak kari ke goreng berlada ke agak kurang sesuai sebab isinya yg agak liat dan sedikit berbanding ayam daging.  Tiada pilihan, beli juga lah ayam daging.

Masalah yg selalu aku hadapi masa basuh ayam daging yg dibeli di pasar ialah tangan jadi gatal2.  Gatal sangat!  Tak suka betul.  Dah basuh ayam tu kena cepat2 basuh tangan dengan Dettol Handwash. Kena basuh banyak kali baru hilang gatal tu.  Tak tau la apa benda yg buat tangan jadi gatal tu.

Tapi sekarang dah takde masalah mcm tu lagi.  Sebab? Ada pilihan ayam daging yg lebih baik.


Ini lah ayam daging yg aku maksudkan.  Az Zain Halal Chicken.  Kalau korang tak boleh baca description kat atas plastik tu bole baca kat bawah:-

NO STUNNING ATAU KEJUTAN LETRIK SEBELUM PENYEMBELIHAN
USUS DIKELUARKAN SEBELUM MASUK AIR PANAS
AIR PANAS SENTIASA BERSIH DAN BEBAS DARI NAJIS DARAH DAN BULU AYAM
TIDAK DICELUP DALAM AIR KLORIN
KEBERSIHAN DIJAMIN HALALAN TOYIBBA DAN BAIK UNTUK KESIHATAN ANDA

Ayam Az Zain keluaran Mumtaz Meat & Marine Foods Sdn Bhd ada 2 kategori:-

Ayam Daging Organik - Paket merah (ni yg aku beli)
Harga : RM 18.90 seekor (memang siap di pek seekor dan dah siap dipotong)

Ayam Kampung Organik - Paket hijau
Harga : RM 19.90 seekor (juga siap dipotong)

Beza kedua2 jenis ni adalah dari segi isinya.  Ayam kampung organik lebih kenyal dan isinya agak sedikit berbanding dengan ayam daging organik. Logik la kan. 

Alhamdulillah, tangan aku dah tak gatal2 lagi ketika membersihkan ayam sejak bertukar kepada ayam Az Zain ni.  Menurut pemilik kedai yg menjual ayam Az Zain ni, ayam2 ni diternak dan di beri makan herba2.  Salah satu herba tu ialah TONGKAT ALI! Haaa...jgn terkejut ye. Mmg tiada disuntik antibiotik.  Mungkin tongkat ali tu sbg pemangkin tumbesaran ayam2 tu agaknya.  Ayam ni juga rasanya lebih sedap dan manis.  Isinya juga tidak mudah hancur berbanding ayam daging biasa.

Ada juga beberapa kedai yg menjual ayam Az Zain ni yg menjual bahagian ayam sahaja seperti kepak dan peha ayam.  Salah satunya terletak di Saujana Utama, Sg Buloh.  Sebab tu mak aku sekarang pon masak guna ayam Az Zain sahaja.  Ayam BBQ di Merbau Sempak juga menggunakan kepak ayam Az Zain.
Lazattt!!


Bagi mereka yg tinggal sekitar Taman Sri Gombak boleh lah dapatkan ayam Az Zain ni di Prima Sri Gombak.  Kedainya terletak di sebelah restoran Canton Village.  Kedai tu mmg menjual produk2 keluaran muslim seperti rempah2, makanan sejuk beku dan lain2.  Yg di atas ni adalah karipap sardin Ne'mah.  20pcs RM 9.20.  Aku beli ni nak cuba sedap atau tidak.  Setelah digoreng dan dimakan, ternyata memang sedap! Pastrinya rangup dan intinya sedap.  Tak rugi cuba.  Pasti akan dibeli lagi utk bekalan di bulan Ramadhan nanti.  Bukan apa, susah nak cari karipap yg sedap dan sesuai dgn citarasa kita.  Memang ramai yg jual karipap di bulan puasa ni, tapi nak dpat yg kena dgn anak tekak ni susah..hehe..Dah tau karipap Ne'mah ni sedap, beli je yg frozen ni.  Nak berbuka goreng saja.  Mudah kan? Lagipun, masa ni lah kita nak bantu usahawan2 Muslim kita.  Dan produk2 yg dihasilkan juga berkualiti dan dijamin status halalnya.

Ok lah. Sekian saja entry kali ini.  Aku pon nak beli ayam Az Zain ni 2-3 ekor sekali.  Senang untuk bulan Ramadhan nanti.  Selamat berpuasa semua!

BBQ @ Kampung Merbau Sempak

Assalamualaikum,

Kali ni entry makan2. Benda yg paling aku minat..hahaha..

Idea nk buat BBQ kat rumah parents aku ni dtgnya dari husband ku yg terchenta.  Dan disokong penuh oleh semua ahli jawatankuasa! Takde bantahan langsung!

Kononnya BBQ ni nak meraikan kedatangan Pak Uda dan Mak Uda dari London.  Tapi yang tersiratnye, kitorang yg nak makan macam2..hehe

Jadi di satu hari yg indah dan tenang di Kampung Merbau Sempak, acara BBQ pon bermula.

Mak Uda dan Pak Uda. Such a loving couple :)

Start buat bara.  Tempat BBQ ni pon baru beli! Punya semangat nak BBQ! ni disediakan oleh tuan rumah


Mangsa-mangsa kejadian...

Sate Wak, ayam dan daging. Ni dari pihak blogger blog ni..hahaha!!
Chicken wings. Aku perap ikut my own style. Senang jek.  Nanti aku citer kat bawah yep
Daging ni dari pihak Abang Long. Nampak lada hitam tu, korang dah leh agak rasanya yg mantopp tu kan..
Haaa...ni spesel dari orang Kuala Selangor. Kerang yg besar. Sedap dan manis isinya.  Kalau tgk betul2 ada bulu2 di kulitnya
Kerang biasa
Yg ni spesel.  Kijing namanya. Rupa seakan kepah atau mussels. Kijing ni lah yg paling sedap antara kerang2 ni!

kerang2 dibungkus dlm aluminium foil, letak serai, bawang besar, garlic dan halia. Letak atas BBQ place.  Haii...kecur liur bila teringatkan rasanya!!
Kijing ni letak je atas bara.  Memang manis isinya!
Uncle BRian @ Pak Uda in action
Kita bako! Bako! Bako!
Jagung sebagai penambah hidangan.  Rebus dulu sblm bakar, kalau tak mmg masak la nak tunggu masak!
Memang kenyang dan kenyang sangat hari tu.  Seronok sangat. Dapat berkumpul adik beradik dan ipar duai dlm satu masa bukan satu perkara yg sering berlaku.  Susah sebenarnya.  Hari tu lah dpt kumpul semua. Yang bestnya, adik aku Jayjay yg baru abis kursus di Kemaman tu sanggup balik ptg tu jugak semata2 nk join BBQ ni. Hehehe..sib baik naik Firefly..naik teksi dari airport terus ke Merbau Sempak. Sampai dlm pukul 9.30 malam. Just nice, makanan pon masih ada utk Jayjay.

Tapi ada kisah yg tak best jugak.  Kesian husband ku..kena food poisoning!  Naik demam panas, muntah, loya, menggigil semua ada.  Kesian sangat... dia je yg tak dapat enjoy BBQ.  Pelik jugak sebab dia sorang je yg kena.  Sebabnya?

Petang sblm BBQ tu, dia dan Pak Uda makan durian. Baru je beli durian tu, masih elok dan mmg sedap.  Rupanya lepas husband mkn durian tu, dia minum air soya..hmmm..menggelodak la perut jawabnya.  Dari situ lah mulanya naik demam, muntah dan semuanya.  Aku pasti tindak balas air soya dan durian tu puncanya.  Lembik kena food poisoning ni..sampai 4 hari baru la beransur baik.  Kesian tau tgk dia camtu. Alhamdulillah, lepas 4 hari sakit husband pon makin sihat.

Ok. Camne nak perap chicken wings tadi? Senang jek.  Garlic, kicap manis dan madu.  Itu sahaja.  Perap at least 2 jam. Kalau semalaman lagi sedap.  Aku buat ayam nasi ayam pon macam ni jugak. Mudah dan insyaAllah sedap. Cubalah!

Esok Ramadhan bermula.  Seronok sangat.

Aku mengambil kesempatan di sini memohon maaf atas sebarang kesilapan yg dilakukan secara sedar atau tidak.  Aku hanya hamba Allah yg lemah serba-serbi.  Pasti ada kesilapan dariku.  Semoga kita semua dapat melalui Ramadhan ini dengan tenang, dan mendapat barakah dari Allah Taala.

Jumpa lagi!


Thursday, July 19, 2012

Sports Day!!

Assalamualaikum,

Lama betul tak update blog ni.  Banyak urusan...dah lama sgt berehat dari blogging ni mood nak 'mari' pon liat..hehehehe.. Dan akhirnya hari ini berjaya jugak update blog. Yess!!

Banyak yg ingin diabadikan dalam blog ni, sebagai catatan kenangan.  Kira mcm diari jugaklah content blog aku ni.  Dulu masa sekolah diari asyik tulis cintan cintun je kannn...hahaha..skrg dah bekeluarga ni cerita aktiviti bersama keluarga.  Kalau umur panjang boleh tunjuk blog ni kat anak2, mesti best, baca mak dia ni membebel dlm blog. Hehe..

Ok lah. Hari Sabtu 14 Julai 2012. Hari Sukan Tadika Nanie.  Wahhh!! Excited!! First time pegi hari sukan anak sendiri..hahaha!!  Pagi2 lagi Aaliyah dah bersiap, semangat berkobar2 beb!!  Dah siap, aku pon bertolak ke Padang Taman Melewar. Mak mertuaku pon ikut sekali.  Sokongan moral tu!

Sampai di sana masih agak awal.  Cikgu2 sedang sibuk menyiapkan apa yg perlu utk acara2 sukan tu.

Trek utk acara sukan
Cikgu Ros dan Cikgu Mus. Yg baju putih tu pembantu utk Hari Sukan
Piala dan Pingat menanti pemenangnya
Makanan dan minuman juga disediakan
Sempat main buai dulu..hehe
Ok. Warming up dulu!




Sekarang beratur dalam rumah sukan masing!! Rumah Kuning, Merah dan Biru!
Perbarisan dulu..hehe
Aaliyah Rumah Biru




Wawa pon datang bagi sokongan moral
Belum apa2 dah mintak air
Kaunter sirap paling laris!
Hmm...best!
Lepas dah abis warming up, menyanyi, perbarisan semua, barulah acara sukan bermula.  Kebanyakannya aku rekod video. Tak boleh masuk plak video kat sini. Puas cuba, tak boleh jugak. Hmm..kalu dah boleh aku update je entry ni ye.  Sorry....

Sayang, masa penyampaian hadiah bateri handphone pon abis.  Tak dpt amek gambar masa tu, rugi betul! Aku harap Tadika Nanie ada gambar masa penyampaian hadiah. Tunggu cikgu2 upload kat facebook. Aaliyah dapat Johan utk acara perseorangan, lumba lari! Tak percaya je rasanya..hahaha..Dan Rumah Biru dpt tempat ke3..takpe..yang penting semua enjoy! 

Memang seronok! Walaupun acara2 sukan yg simple tapi amat menyeronokkan kanak2 dan parents jugak! 

InsyaAllah, tahun depan dapat pegi Hari Sukan lagi!!