Friday, July 20, 2012

Ayam Az Zain

Assalamulalaikum semua..

Jumpa lagi kita di entry baru ni.  Kali ni aku nak kongsi tentang ayam.

Sapa suka makan ayam? Aku pasti ramai yg suka kan.

Tapi pernakah kita fikir ayam yg kita beli dari pasar tu, macam mana diproses? Adakah mengikut syariat Islam? Makanan yg mcm mana ayam2 tu makan? Bersih atau tidak? Dan pastinya dicucuk dgn antibiotik supaya cepat membesar dan bole dijual segera.

Aku pon selalu pikirkan benda yg sama.  Mula2 pikir nak beli ayam kampung, tapi ayam kampung ni faham2 jela. Masak rendang je sedap kalau ayam kampung.  Utk masak kari ke goreng berlada ke agak kurang sesuai sebab isinya yg agak liat dan sedikit berbanding ayam daging.  Tiada pilihan, beli juga lah ayam daging.

Masalah yg selalu aku hadapi masa basuh ayam daging yg dibeli di pasar ialah tangan jadi gatal2.  Gatal sangat!  Tak suka betul.  Dah basuh ayam tu kena cepat2 basuh tangan dengan Dettol Handwash. Kena basuh banyak kali baru hilang gatal tu.  Tak tau la apa benda yg buat tangan jadi gatal tu.

Tapi sekarang dah takde masalah mcm tu lagi.  Sebab? Ada pilihan ayam daging yg lebih baik.


Ini lah ayam daging yg aku maksudkan.  Az Zain Halal Chicken.  Kalau korang tak boleh baca description kat atas plastik tu bole baca kat bawah:-

NO STUNNING ATAU KEJUTAN LETRIK SEBELUM PENYEMBELIHAN
USUS DIKELUARKAN SEBELUM MASUK AIR PANAS
AIR PANAS SENTIASA BERSIH DAN BEBAS DARI NAJIS DARAH DAN BULU AYAM
TIDAK DICELUP DALAM AIR KLORIN
KEBERSIHAN DIJAMIN HALALAN TOYIBBA DAN BAIK UNTUK KESIHATAN ANDA

Ayam Az Zain keluaran Mumtaz Meat & Marine Foods Sdn Bhd ada 2 kategori:-

Ayam Daging Organik - Paket merah (ni yg aku beli)
Harga : RM 18.90 seekor (memang siap di pek seekor dan dah siap dipotong)

Ayam Kampung Organik - Paket hijau
Harga : RM 19.90 seekor (juga siap dipotong)

Beza kedua2 jenis ni adalah dari segi isinya.  Ayam kampung organik lebih kenyal dan isinya agak sedikit berbanding dengan ayam daging organik. Logik la kan. 

Alhamdulillah, tangan aku dah tak gatal2 lagi ketika membersihkan ayam sejak bertukar kepada ayam Az Zain ni.  Menurut pemilik kedai yg menjual ayam Az Zain ni, ayam2 ni diternak dan di beri makan herba2.  Salah satu herba tu ialah TONGKAT ALI! Haaa...jgn terkejut ye. Mmg tiada disuntik antibiotik.  Mungkin tongkat ali tu sbg pemangkin tumbesaran ayam2 tu agaknya.  Ayam ni juga rasanya lebih sedap dan manis.  Isinya juga tidak mudah hancur berbanding ayam daging biasa.

Ada juga beberapa kedai yg menjual ayam Az Zain ni yg menjual bahagian ayam sahaja seperti kepak dan peha ayam.  Salah satunya terletak di Saujana Utama, Sg Buloh.  Sebab tu mak aku sekarang pon masak guna ayam Az Zain sahaja.  Ayam BBQ di Merbau Sempak juga menggunakan kepak ayam Az Zain.
Lazattt!!


Bagi mereka yg tinggal sekitar Taman Sri Gombak boleh lah dapatkan ayam Az Zain ni di Prima Sri Gombak.  Kedainya terletak di sebelah restoran Canton Village.  Kedai tu mmg menjual produk2 keluaran muslim seperti rempah2, makanan sejuk beku dan lain2.  Yg di atas ni adalah karipap sardin Ne'mah.  20pcs RM 9.20.  Aku beli ni nak cuba sedap atau tidak.  Setelah digoreng dan dimakan, ternyata memang sedap! Pastrinya rangup dan intinya sedap.  Tak rugi cuba.  Pasti akan dibeli lagi utk bekalan di bulan Ramadhan nanti.  Bukan apa, susah nak cari karipap yg sedap dan sesuai dgn citarasa kita.  Memang ramai yg jual karipap di bulan puasa ni, tapi nak dpat yg kena dgn anak tekak ni susah..hehe..Dah tau karipap Ne'mah ni sedap, beli je yg frozen ni.  Nak berbuka goreng saja.  Mudah kan? Lagipun, masa ni lah kita nak bantu usahawan2 Muslim kita.  Dan produk2 yg dihasilkan juga berkualiti dan dijamin status halalnya.

Ok lah. Sekian saja entry kali ini.  Aku pon nak beli ayam Az Zain ni 2-3 ekor sekali.  Senang untuk bulan Ramadhan nanti.  Selamat berpuasa semua!

7 comments:

  1. Assalamualaikum, sy just nk bg pendapat tentang ayam organik ni. Memamg benar ayam organik ini bagus dan dari sumber yg halal. Tp bg pendapat sy tidak semua orang mampu membeli ayam organik dgn harga sebegitu kerana harganya yg lebih mahal drpd ayam biasa yg dijual di luar. Bkn berniat utk membanding bandingkan harga, tp kalau kita benar benar nk bantu umat Islam menggunakan makanan dr sumber yg halal, why not kita share and cari satu medium yg dpt menggantikan antibiotik ataupun enzim babi yg pernah sy dgr utk pembesaran ayam daging. Wallahualam

    ReplyDelete
  2. Ayam azzain 16.80 seekor.lbh kurang je,dgn ayam biasa dipasar. Mcm mn nk ganti antibiotik enzim babi kalau majoriti pengusaha ayam adlh kaum itu

    ReplyDelete
  3. harga ayam az zain tu rm18.90 seekor..bukan sekilo..kalau beli ayam daging suntik rm7 sekilo.. seekor ayam suntik berat dlm 2kg lebih..dah rm16-rm19 gak..sama je harga dgn ayam organik/kampung..kira mampu lg..

    ReplyDelete
  4. Maaf yer..fungsi antibiotik bukan mempercepatkan tumbesaran, antibiotik berfungsi mengawal penyakit, mcm manusia lah mkn antibiotik if sakit..kalau kt haiwan pon sama, if ada case infectious disease bru ayam diberi antibiotik..yg mempercepatkan tumbesaran tu hormon namanya..tp malaysia mmg dah mengharamkan penggunaan hormon dlm mana2 industri pengeluaran ternakan..harap maklum

    ReplyDelete
  5. I think it is unethical to market any products by (a) Bad mouthing other people products (b) Using religion as part of marketing. It only shows the weakness in the marketing skills and lack of creativity. I buy ayam kampung on regular basis and i chose not to buy Az Zain even though it shop is located in my taman. I would suggest that u learn from dqchicken which is run by brother wong who for your information is a muslim. he promote his product on the basis of its product strength

    ReplyDelete
    Replies
    1. Its ok Wong. As long as its Halal, clean n with no chemical involved be it antibiotic or hormon etc. As muslim Halalan Toyyiban is a must. If yr brother follow the muslim guideline on slaughtering etc that I am sure many will buy it.

      Delete
    2. so you chose NOT to buy from az zain based on what? this is an honest (whether you believe it or not) review from a CUSTOMER. Did az zain (a) bad mouth other people's products, or (b) used religion as their marketing? BTW, the market demands halal, toyyiban or bumiputra products and that's what Az zain advertised. Do you expect Az zain to just put up a black storefront and expect people to understand what niche the shop is catering to? Feel free to discuss this with your brother wong too.

      Delete