Thursday, July 19, 2012

Sports Day!!

Assalamualaikum,

Lama betul tak update blog ni.  Banyak urusan...dah lama sgt berehat dari blogging ni mood nak 'mari' pon liat..hehehehe.. Dan akhirnya hari ini berjaya jugak update blog. Yess!!

Banyak yg ingin diabadikan dalam blog ni, sebagai catatan kenangan.  Kira mcm diari jugaklah content blog aku ni.  Dulu masa sekolah diari asyik tulis cintan cintun je kannn...hahaha..skrg dah bekeluarga ni cerita aktiviti bersama keluarga.  Kalau umur panjang boleh tunjuk blog ni kat anak2, mesti best, baca mak dia ni membebel dlm blog. Hehe..

Ok lah. Hari Sabtu 14 Julai 2012. Hari Sukan Tadika Nanie.  Wahhh!! Excited!! First time pegi hari sukan anak sendiri..hahaha!!  Pagi2 lagi Aaliyah dah bersiap, semangat berkobar2 beb!!  Dah siap, aku pon bertolak ke Padang Taman Melewar. Mak mertuaku pon ikut sekali.  Sokongan moral tu!

Sampai di sana masih agak awal.  Cikgu2 sedang sibuk menyiapkan apa yg perlu utk acara2 sukan tu.

Trek utk acara sukan
Cikgu Ros dan Cikgu Mus. Yg baju putih tu pembantu utk Hari Sukan
Piala dan Pingat menanti pemenangnya
Makanan dan minuman juga disediakan
Sempat main buai dulu..hehe
Ok. Warming up dulu!




Sekarang beratur dalam rumah sukan masing!! Rumah Kuning, Merah dan Biru!
Perbarisan dulu..hehe
Aaliyah Rumah Biru




Wawa pon datang bagi sokongan moral
Belum apa2 dah mintak air
Kaunter sirap paling laris!
Hmm...best!
Lepas dah abis warming up, menyanyi, perbarisan semua, barulah acara sukan bermula.  Kebanyakannya aku rekod video. Tak boleh masuk plak video kat sini. Puas cuba, tak boleh jugak. Hmm..kalu dah boleh aku update je entry ni ye.  Sorry....

Sayang, masa penyampaian hadiah bateri handphone pon abis.  Tak dpt amek gambar masa tu, rugi betul! Aku harap Tadika Nanie ada gambar masa penyampaian hadiah. Tunggu cikgu2 upload kat facebook. Aaliyah dapat Johan utk acara perseorangan, lumba lari! Tak percaya je rasanya..hahaha..Dan Rumah Biru dpt tempat ke3..takpe..yang penting semua enjoy! 

Memang seronok! Walaupun acara2 sukan yg simple tapi amat menyeronokkan kanak2 dan parents jugak! 

InsyaAllah, tahun depan dapat pegi Hari Sukan lagi!!

No comments:

Post a Comment