Assalamualaikum,
Kali ni entry makan2. Benda yg paling aku minat..hahaha..
Idea nk buat BBQ kat rumah parents aku ni dtgnya dari husband ku yg terchenta. Dan disokong penuh oleh semua ahli jawatankuasa! Takde bantahan langsung!
Kononnya BBQ ni nak meraikan kedatangan Pak Uda dan Mak Uda dari London. Tapi yang tersiratnye, kitorang yg nak makan macam2..hehe
Jadi di satu hari yg indah dan tenang di Kampung Merbau Sempak, acara BBQ pon bermula.
|
Mak Uda dan Pak Uda. Such a loving couple :) |
|
|
|
Start buat bara. Tempat BBQ ni pon baru beli! Punya semangat nak BBQ! ni disediakan oleh tuan rumah |
|
|
Mangsa-mangsa kejadian...
|
Sate Wak, ayam dan daging. Ni dari pihak blogger blog ni..hahaha!! |
|
|
Chicken wings. Aku perap ikut my own style. Senang jek. Nanti aku citer kat bawah yep |
|
Daging ni dari pihak Abang Long. Nampak lada hitam tu, korang dah leh agak rasanya yg mantopp tu kan.. |
|
|
Haaa...ni spesel dari orang Kuala Selangor. Kerang yg besar. Sedap dan manis isinya. Kalau tgk betul2 ada bulu2 di kulitnya |
|
Kerang biasa |
|
Yg ni spesel. Kijing namanya. Rupa seakan kepah atau mussels. Kijing ni lah yg paling sedap antara kerang2 ni! |
|
|
|
kerang2 dibungkus dlm aluminium foil, letak serai, bawang besar, garlic dan halia. Letak atas BBQ place. Haii...kecur liur bila teringatkan rasanya!! |
|
Kijing ni letak je atas bara. Memang manis isinya! |
|
Uncle BRian @ Pak Uda in action |
|
|
Kita bako! Bako! Bako! |
|
|
Jagung sebagai penambah hidangan. Rebus dulu sblm bakar, kalau tak mmg masak la nak tunggu masak! |
|
Memang kenyang dan kenyang sangat hari tu. Seronok sangat. Dapat berkumpul adik beradik dan ipar duai dlm satu masa bukan satu perkara yg sering berlaku. Susah sebenarnya. Hari tu lah dpt kumpul semua. Yang bestnya, adik aku Jayjay yg baru abis kursus di Kemaman tu sanggup balik ptg tu jugak semata2 nk join BBQ ni. Hehehe..sib baik naik Firefly..naik teksi dari airport terus ke Merbau Sempak. Sampai dlm pukul 9.30 malam. Just nice, makanan pon masih ada utk Jayjay.
Tapi ada kisah yg tak best jugak. Kesian husband ku..kena food poisoning! Naik demam panas, muntah, loya, menggigil semua ada. Kesian sangat... dia je yg tak dapat enjoy BBQ. Pelik jugak sebab dia sorang je yg kena. Sebabnya?
Petang sblm BBQ tu, dia dan Pak Uda makan durian. Baru je beli durian tu, masih elok dan mmg sedap. Rupanya lepas husband mkn durian tu, dia minum air soya..hmmm..menggelodak la perut jawabnya. Dari situ lah mulanya naik demam, muntah dan semuanya. Aku pasti tindak balas air soya dan durian tu puncanya. Lembik kena food poisoning ni..sampai 4 hari baru la beransur baik. Kesian tau tgk dia camtu. Alhamdulillah, lepas 4 hari sakit husband pon makin sihat.
Ok. Camne nak perap chicken wings tadi? Senang jek. Garlic, kicap manis dan madu. Itu sahaja. Perap at least 2 jam. Kalau semalaman lagi sedap. Aku buat ayam nasi ayam pon macam ni jugak. Mudah dan insyaAllah sedap. Cubalah!
Esok Ramadhan bermula. Seronok sangat.
Aku mengambil kesempatan di sini memohon maaf atas sebarang kesilapan yg dilakukan secara sedar atau tidak. Aku hanya hamba Allah yg lemah serba-serbi. Pasti ada kesilapan dariku. Semoga kita semua dapat melalui Ramadhan ini dengan tenang, dan mendapat barakah dari Allah Taala.
Jumpa lagi!
No comments:
Post a Comment