Wednesday, February 1, 2012

Merenung dan Termenung Di Tengah Malam


gambar dari google

Bila tgh2 malam macam ni saat semua penghuni rumah dah tido dan aku pulak belum tido, selalu aku berfikir,merenung perjalanan hidupku yg sudah mencecah 3 dekad lebih ini. Pahit,manis, maung, payau, masam manis. Itu yg boleh aku ringkaskan. Namun, aku berasa amat bersyukur kepada Allah s.w.t kerana selepas pahit maung kehidupan yang berpunca daripada aku sendiri, Allah telah memberikan aku kehidupan yang ada sekarang. Dikurniakan suami yg telah kukenali dari zaman persekolahan, anak yg sihat, ceria dan membahagiakan keluarga kecil kami. Ada kerja walaupon tidak segah mana, ada rumah tempat berteduh, ada kereta untuk bergerak. Syukur ya Allah, atas kurniaMu ini.

Sebenarnya kalau boleh aku tak mahu menoleh ke belakang lagi. Tapi pengalaman selama 2 thn dlm hidupku itu kdg2 menerjah tiba2 di kotak fikiranku. Kalau boleh ku delete 2 thn itu dlm hard drive dlm processor otakku akan ku buat, buang jauh2 ke angkasa lepas!! Biar kena langgar dgn asteroid ke apa. Bukan senang utk aku dan keluarga sebenarnya utk melupakan semua itu, aku tahu. walaupun mereka cuba utk melupakan, tapi jauh di sudut hati mereka, tetap ingat semua itu. Aku amat sedar semua itu. Sebab itu, aku amat bersyukur atas sgala yg Allah s.w.t kurniakan kepadaku sekarang. Kerana aku dpt merangkak dan bangun perlahan2 utk sebuah kehidupan baru yg amat bermakna. Syukur...yang tak terhingga ya Allah. Sering ku ucapkan dalam diam, from the deepest point of my heart. Kerana bagiku ianya adalah kurnianNya yg tidak ternilai kepadaku. Tanda Allah masih menyayangiku, mengingatiku. Aku saja yg sering terlalai, melupakanNya. Sesungguhnya semua ujian juga itu tanda Allah menyayangiku, tidak mahu aku dan keluarga menderita selamanya.

Tak perlulah aku ceritakan di sini apa sebenarnya pengalaman itu. cukup Allah, aku dan keluarga yg tahu. Akan ku cuba lempar jauh2 semua itu. Kerana aku ada kehidupan dan keluarga yg merupakan amanah kepadaku. Akan ku jaga sebaik mungkin.

Kehidupan mesti diteruskan.itu pasti. Jadi aku mesti melihat di mana aku akan berada 5-10 tahun akan dtg, bukan lagi di mana aku dahulu. Menoleh sebentar ke belakang untuk mendapat kekuatan dan semangat supaya tidak akan berulang kembali. InsyaAllah dengan izinNya, semua yg ku rancang akan berjaya. Semoga hari ini lebih baik dari semalam.

Terima kasih krn sudi membaca coretanku di tgh2 mlm ni. Take care!!

No comments:

Post a Comment