Monday, February 20, 2012

Jom main badminton!!

Assalamualaikum semua..jumpa lagi kita ye. Semoga semua berada dlm keadaan sihat dan terbaik utk melaksanakan tugas, tak kira sama ada anda bos, pekerja mahu pun surirumah. Kerana kita semua saling memerlukan antara satu sama lain dalam hidup ini.

Ok lah tak mo panjang2 bebel ye. Kali ni aku nak kongsikan hobi terbaru familiku..badminton!!! Hobi ni sebenarnya drpd abangku, Khairul Nizam. Dia baru je hantar anak dia yg sulung,Khalis Daniel utk training badminton dekat Taman Sg Buloh atau TSB.TSB ni mmg kawasan baru, pada siapa yg tinggal area sg buloh mesti tau tempat ni.

ni court yg kitorang sewa
Tropicana Badminton Academy nama tempat ni. Berkonsepkan gelanggang dalam bangunan atau ' indoor courts'.  Bertempat di tingkat 7, mempunyai 20 gelanggang badminton dan satu gelanggang futsal. Ni gambar2 yg sempat aku snap ahad lepas (semalam la..hehe)


antara court yg ada

pemandangan kat sini
Tempat ni mmg besarrrr okeyy..Sgt selesa dan sesuai utk aktiviti bersama keluarga di hujung minggu.  selain dapat mengeluarkan peluh, bagus juga utk merapatkan hubungan sesama keluarga ataupon rakan2. Bagi sesiapa yg berminat utk serius dlam sukan badminton juga amat sesuai sbb kat sini boleh enroll utk training. Ada beberapa org coach yg sedia melatih anda atau anak2 anda. Mcm abang aku, dia masukkan anak sulung dia yg berusia 10 tahun utk training. Kata abangku, biar dia ada aktiviti sihat,outdoor sikit. Kalau tak, time cuti kat umah main iPad, tgk tv je. Hehe..ye la budak2 kan. Tapi bagus mcm tu, aktiviti yg sihat kan. Masa Khalis training 2 jam tu, kitorang pon sewa gak la satu court selama sejam. Sapa2 nak test power bole la..hehe..Sejam = RM19.00.  Agak murah jugakla, sbb ada tempat lain yg RM23 per hour, pastu kena booking few days before plak tu sbb tempat kecik.  Mcm kat sini, mmg luas dan gelanggang yg banyak.

Kemudahan lain yg ada, tandas yg bersih, ada shower sekali, surau yg selesa dan kedai kecil menjual raket dan peralatan badminton yg lain. Air minuman pon ada, tp tak byk pilihan. Nak senang dan puas hati, bawalah sendiri dari rumah ye.

aksi para pelapis badminton negara..cewahhh


'..jom main bidmanton!!' (dialog aaliyah)..heheh

Aaliyah suka dpt 'ambik' bulu tangkis!!

Abang aku melatih anak2 dan anak buahnya sekali (anak aku le tu..hehe)
 InsyaAllah, next weekend boleh gi lagi kat sini.  Kali ni aku nk bwk encik suami sekali..*wink wink*

Ok la sekian utk kali ini. Jumpa lagi ye!

No comments:

Post a Comment