Monday, February 27, 2012

Gadget..Gajet..Inspector Gadget


Assalamualaikum pembuka kata, salam dihulur pemula bicara. (..saje nak test power..)

Setiap pagi di dalam kereta, dlm perjalanan menghantar aaliyah ke tadika, kemudian meneruskan perjalanan lagi ke tempat kerja yg hanya memerlukan 10-15 minit utk sampai.  Dan setiap pagi jugalah aku mendengar radio. Mcm2 topik yg dibualkan oleh DJ Light n Easy 105.7FM setiap pagi. Dan topik yg menarik perhatian ku pagi ini ialah 'Gadget'.

Tidak dinafikan sekrg ni terdapat pelbagai gajet yg canggih2 semua. iPhone, iPad, Samsung Galaxy S, S2, Tab dan mcm2 lagi. Aku pon takde la tau sgt gajet2 ni since i'm not a big fan at all.  Aku tau melalui iklan, kawan2, husband.  Gajet2 ni mmg bagus, canggih, gambar cantik (Amoled Technology by Samsung..aku tau sbb aku pakai..hehe), Android, Smartphone, dan memudahkan kerja.  Tapi kesan daripada gajet2 ni juga ada pro and con apabila penggunaan tidak dikawal.


Itulah topik yg dibincangkan. 

Bapa pakai Tab, si ibu asyik dgn BB, si kakak mengadap laptop bermain game online, si abang leka bermain PSP dan si adik menonton kartun di tv.  

Mcm ni la lebih kurang maksud ku - gambar ehsan google




No eye contact, less conversations. Itulah senario yg biasa kita lihat sekarang ini dalam keluarga yg menetap di bandar2 besar. Dan rasanya dah menular di kalangan penduduk luar bandar pon. Tak mustahil kan?  Topik ni juga membuatkan aku berfikir tentang keluarga kecilku sendiri yg sebenarnya melalui situasi yg sama!!

Faktor2? Senang je..nak bagi anak2 diam dan mak ayahnya bole enjoy doing their own thing. Tak bising, rileks dan tak payah nak tinggi2 suara marahkan anak2 yg tak boleh duduk diam without their gadgets!  Mmg senang dan berkesan..sampai la jadi mcm kartun kat atas...huhuhu..

Dan kesan untuk jangka masa panjang memang tidak elok.  Dikhuatiri hubungan kekeluargaan terutamanya akan renggang, di mana setiap ahli keluarga lebih cenderung utk menghabiskan masa bersama kawan2 sendiri, bukan bersama2 keluarga lagi,  Utk kesihatan juga tidak bagus kalau kita mengadap gajet utk masa yg lama dan menyumbang kpd masalah obesiti, jantung, mata dan mungkin juga peredaran darah.

antara aktiviti berfaedah bersama keluarga - ehsan google


bergurau senda sama2..nnti anak2 dah besar mesti rindu saat2 mcm ni

aktiviti mcm ni pon ok..hehe
  Jadi apa kata kita penuhi waktu hujung minggu dgn aktiviti bersama keluarga? Tak perlu keluar rumah pon boleh,..basuh kereta, kemas rumah, masak2 atau buat kek bersama2 (mana tahu anak2 akan minat pulak nnti kan).  Dan bagi yg suka outdoor lagi bagus.  Malaysia ni negara yg indah.  Ada air terjun, tanah tinggi, pulau2 dan banyak tempat2 bersejarah utk dilawati. Kat KL je dah ada berapa tempat termasuk muzium, galeri dan sebagainya.  Pendek kata..apa sahaja other than playing with your gadgets for the whole day!

Apa pon, tepuk dada tanya selera. Ini sekadar berkongsi pendapat sahaja, tiada apa2 niat lain pon. No heart feelings, ok!

Terima kasih sbb sudi baca coretan aku kali ini.  Harap anda semua dpt melihat dari sudut yg positif,ok. Sekian.

Adios!!

No comments:

Post a Comment