Tuesday, February 28, 2012

Rama-rama?Kupu-Kupu?

Assalamualaikum semua

Semoga kita semua diberikan Allah kekuatan fizikal dan mental utk menjalankan tanggungjawab masing2 kerana kelangsungan hidup kita amat bergantung kepada izinNya.

Sabtu malam lepas, sewaktu aku dan suami menonton TV1 jam 11 ke 11.30pm mcm tu, ada satu benda yg menarik perhatian kami.  Masa tu dokumentari ttg rama-rama dan kupu-kupu.

Kami perasan, narrator tu refer, yg cantik2 disebut sebagai kupu-kupu instead of rama-rama. Dan yg coklat2 disebut sbg rama-rama.  Uikss?!! ini sudah pelik. Kami dengar lagi..mmg sah.  So, terus capai handphone dan search wikipedia. Baca punya baca, rupanya apa yg narrator tu ckp mmg betul! Dan banyak juga blog yg ada buat entri ttg perbezaan rama-rama dan kupu-kupu ni.

Jadi, kami pon fikir.  Selama ni banyak jugak perkara yg dikaitkan dgn kupu-kupu dan rama-rama ni yg tidak tepat sebenarnya.  Contoh paling senang..

Peribahasa : Kupu-kupu malam
Erti : rasanya tau kan..x payah tulis la ye

Fakta : Kupu-kupu aktif pada waktu siang, rama-rama yg aktif pada waktu malam.

Kesian kupu-kupu..rupamu indah berwarna-warni. Tapi sering dikaitkan dgn subjek yg negatif. Jadi, macam mana? Kena tukar peribahasa ke? Hmmm...

Lagu2 seperti lagu Ella.."...seumpama..rama-rama..terbang bebas di udara.."

Nama tempat seperti Taman Rama-rama. Mungkin sepatutnya Taman Kupu-Kupu.

Jadi pendek kata, selama ini rama-rama dikaitkan dengan keindahan, keriangan manakala kupu-kupu sinonim dgn perkara2 yg tidak elok, sedih dan suram. Sampai peribahasa Melayu kita pon menerapkan konsep yang sama!

Mungkin benda ni benda kecil je..bukannya isu negara ke isu dunia ke.  Sekadar berkongsi pendapat. Dan aku pasti, korang pon ramai yg tak tahu kan? Well, sharing is caring,right?

Ni link wikipedia yg aku baca:

 http://ms.wikipedia.org/wiki/Kupu-kupu

yg ni rama-rama (sumber-wikipedia)



yg ni kupu-kupu (sumber-wikipedia)

Thank you for reading and have a nice day!



2 comments:

  1. sbb tu lah org ckp "kupu-kupu malam".. xsepatutnya kupu2 utk keluar malam..

    ReplyDelete
  2. Same mcm moth and butterfly... Moth sebenarnya rama2... Butterfly sebenarnya kupu2...

    ReplyDelete