Monday, December 17, 2012

Happy 64th Birthday Abah!!

Majlis ni sebenarnya utk belated birthday Abah kami yg jatuh pada 11.12.2011, sama plak dgn bday Sultan Selangor. At first, nk buat on the day itself tapi tak semua available. Jadi, atas cadangan Jayjay, kita buat Jumaat malam. Jayjay pon dah nak balik ke Kemaman pada esoknya. Kira family gathering gak la ni..

Ok, layan gambar plak ye...

Tiramisu Cake for birthday boy. Akak beli je kek ini karena tidak sempat nak buat...huuu
From Bakers Cottage. Beli yg kecik je sebab takmo membazir. Memula nak beli Secret Recipe, tapi kek nya semua yg besar. Takut tak habis plak kan.  Jadi, Bakers Cottage la kali ni.  Alhamdulillah sedap kek ni :)

Potong kek sambil dikelilingi cucu2

Apsal eh? berebut pisau nak potong kek kot..hahaha

Abah kata nak makan chinese muslim foods. Jadi, semua makanan ni dari Adam Lai, Prima Sri Gombak  Jayjay yg arrange utk makanan.

Baby kailan

Butter prawn. Terbaekk!!

Kam Heong Chicken

 Lat Chi Crab.  Rasanya ala-ala sweet and sour

 Sayur Campur. Yang ni bukan from Adam Lai ye...ni Mak beli tempat lain

 Shark Fin Soup. Paling sedap!!

 Salted egg squid.  Rasanya ok, cuma maybe sedap makan panas2

Siakap 3 rasa. Yang ni pon Mak beli

Sekian sudah.  Secara keseluruhan, makanan sedap2 belaka.  

Dah 64 umur Abah.  semua adik beradik pon semakin dewasa, dah berkeluarga,  masing2 sedang membina keluarga.  Dan dalam pada itu, Mak dan Abah pon semakin meningkat usia, seiring dengan kita juga.  Tahun demi tahun, umur semakin bertambah, setiap tahun juga kita meraikan hari lahir, menghitung berapa banyak lilin yg akan kita tiup, sambil merenung sejenak apa yg telah kita lalui sepanjang hidup kita, dan apa yang telah ada di depan mata kita. 

Hargailah ibu bapa selagi mereka masih ada, kerana itu sahajalah caranya utk kita mebalas segala pengorbanan mereka dalam membesarkan kita.  

Selamat Hari Lahir Abah....kami sayang Abah!

No comments:

Post a Comment