Friday, December 14, 2012

Majlis Tahlil di Kampung Sulaiman Menteri, JB

Assalamualaikum....

Majlis ni berlangsung pada Sabtu lepas, 8 December 2012, bertempat di Kampung Sulaiman Menteri, JB.  Kampung ni sebelah Kampung Melayu Majidee yg femes tu.

Majlis ni dibuat utk ahli2 keluarga sebelah Abah yg telah pergi buat selama2nya.  Arwah Atuk, Pak Ngah, Pak Anjang, abang sulung kepada Abah, Ain sepupu kami, dan beberapa orang lagi.

Bila direnung kembali, seorang demi seorang pergi meninggalkan kami buat selama lamnya.  Dan tahun demi tahun, usia semakin meningkat.  Dan bila melihat wajah ibu bapa, terasa sayu tiba tiba.  Dan bertanya kepada diri sendiri....mampukah aku menghadapi saat2 itu nanti? bersediakah aku? Terasa sebak sendiri....lantaran tiada jawapan yang pasti...namun mati itu pasti..semuanya di tangan Allah s.w.t. Aku sbg hambaMu yang jahil, hina, kerdil disisiMu ya Allah...berikanlah aku kekuatan utk menghadapinya nanti...aamiinn...

Berbalik pada majlis tadi, ni antara gambar yg sempat aku snap..

Sepupu2 belah Abah. Yg pakai tudung tu Ucu Mai, adik Abah yg bongsu

Masak2 di belakang rumah Atok

Menjamu selera selepas tamat tahlil
Pemandangan di laman rumah. Rumah Atok ni betul2 tgh town JB, sebelah showroom Honda. Sape org JB mesti tau tmpat ni

Cantik kan rumah Atok ni? Separuh batu separuh papan.  Kebanyakan rumah2 kat sini masih dalam bentuk asal, cuma dah di ubahsuai sikit


Sepupu2 ku. Yg tgh tu husband Nana, kazenku

Peace yo!!

Umar Riffhan

Uncle yang diapit oleh nieces..uncle tu sepupu aku, Daniel, anak Ucu Mai yg bongsu. Yg pakai baju kurung tu, Myra,  anak buah aku, anak Nana, Yg baju pepel tu korang kenal dah kan...hehe

Dalam rumah Atok. Abaikan yg tgh gusti tu ye...hehe

Mana gambar masa tahlil? Aku segan nak amek...hehe..sebab kena pasang flash, kang org tgh tahlil sume terkezut flash tu...hehe..

Kami balik hari masa tu. Bertolak dari Merbau Sempak sebelum Subuh, sampai dlm 10.30 pagi.  Balik KL kul 3.00 petang..sampai rumah kul 8.30 malam..sebab berhenti beberapa kali utk solat, gi toilet dan mkn2.

Sekian.

P/S: baru aku perasan...aku suka update hari Jumaat...napa eh??

No comments:

Post a Comment