Friday, December 28, 2012

Jumaat terakhir 2012

28 Disember 2012, Jumaat terakhir tahun ini.

Minggu depan akan bermulalah langkah kita di tahun yang baru 2013, in sha Allah.  Sebagai manusia, kita takkan tahu apa yang sudah Allah tentukan untuk kita pada masa akan datang.  Dan sebagai hambaNya yang serba kekurangan, lemah, jahil ini, kita harus melalui hidup ini dengan penuh kesabaran, sentiasa bersyukur, dan redho atas segala ketentuanNya.  Kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.  Jangan sesekali bersangka buruk terhadap Allah, kerana Allah akan memberikan apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu.

Tahun 2012 ini aku telah melalui pelbagai episod hidup. Yang manis, yang pahit, yang masin, yang tawar, yang suam2 kuku, yang hangat..semua deria rasa yang saling melengkapi antara satu sama lain.

Itulah hidup, ianya bak lautan, ada pasang dan surutnya.
Itulah hidup, ada madu ada hempedu.

Ada beberapa orang ahli keluargaku yang telah pergi meninggalkan kami buat selama lamanya.  Yang pergi takkan kembali, yang masih bernafas harus meneruskan kehidupan milik Allah ini.  Al fatihah dan doa sebagai tanda ingatan kasih sayang yang infiniti.  Mati itu pasti.

Yang manisnya, telah hadir dan akan hadir ahli keluarga yang baru dalam keluarga kami.  Syukur Alhamdulillah :)

Entah kenapa, aku amat terkesan sekali dengan pemergian mereka menemui Illahi.  Mungkin kah kerana aku telah menyambut hari lahirku yang ke 34 pada tahun ini? Begitu juga dengan ibu ku, hari lahir yang ke 58 dan ayahku, hari lahir yang ke 64. 

Dan begitu juga dengan kita semua. Saban tahun bertambah usia, bertambah satu angka di belakang. Ada ketikanya, angka yang di hadapan juga bertukar seiring dengan bertambahnya angka di belakang itu.  Tanpa kita sedari, anak2 pon semakin membesar.  Ke tadika, lanjut ke sekolah.  Dan langsung ke institut pengajian tinggi. Kemudian bekerja, memiliki kereta, rumah dan bertemu calon teman hidup.  Dan ketika itu kita pon berkata...'oh cepatnya masa berlalu, anakku akan memulakan hidup baru...bersama pasangan hidupnya. Rasa seperti baru semalam ibu melahirkanmu, anakku..'

Ya. Masa. sebagai umat akhir zaman, masa itu memang berlalu dengan pantasnya tanpa kita sedari.  Justeru, hargailah masa. Masa itu bukan emas. Padaku masa itu tidak boleh dibandingkan dengan apa jua kekayaan di dunia ini.  Masa itu milik Allah, anugerah Allah untuk kita umat manusia.  Terpulanglah pada kita menghargainya dan menggunakannya sebaik mungkin.

Harapanku, agar bisa ku menyayangi ibu bapaku, melayani mereka sebaiknya, membahagiakan mereka selagi hayat dikandung badan. 

Tahun 2013. Tahun Masihi yang baru. Tetap milik Allah. Hanya manusia yang menamakannya.

6 comments:

  1. BERMINAT NAK DAPAT CUTE HANDBAG,SHAWL,SLING BAG DAN 2 CUTE BROOCH FROM CARTIECA CLOSET? Jom join giveaway ni sebelum 30 disember 2012 hari Ahad. Cuma TOP REFERRAL SAHAJA YANG LAYAK DAPAT 3 HADIAH TERSEBUT! :D http://teenagersareawesome.blogspot.com/2012/12/giveaway-by-cartieca.html

    ReplyDelete
  2. Thanks anyway Ayna for inviting me :)

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. zee, thanks for reading ye. Eh mana durian crepe?? heheheh....

      Delete