Friday, December 14, 2012

Setia City Mall-Deliciously Delicious!

Ada lagi??

Suka arr...blog i...hehehe....

Ok, sape dh penah gi Setia City Mall?

Setia City Mall ni terletak di Setia Alam. Berada di antara Shah Alam dan Klang. Kira area baru ni.  Dari Sg Buloh dah tak jauh dlm 30min perjalanan. Masuk Guthrie dan masuk PLUS, ada signboard ke Setia Alam. Nanti ada signboard ke Setia City Mall, follow je signboard tu..senang je...or else..google sajo ye...hehe

Masa ni dah kira kali ketiga aku ke sini.  Tapi baru kali ni aku terasa nk buat entry. Saje je..utk kenangan.

Tujuan ke sini kali ni adalah atas pelawaan Jayjay, adik aku, utk memberi peluang kepada kakaknya ini merasa keenakan pavlova. Barangkali dia simpati kepada ku, kerana tidak pernah sekalipon aku merasa manisan yg amat popular itu.

Maka, sampailah kami ke tempat itu...Delicious nama diberi..

Pintu masuk Delicious

Kaunter minuman. Siap ada sangkar lagi

Kaunter hadapan

Sangkar lagi. Sangkar cinta kot?

Pemandangan dalam restoran. Ada juga ruang makan di bahagian luar

Cam biasa, aktiviti semasa tunggu makanan sampai. Camwhore!

Lagi...

Aliyah and her new Miss Sheep, from Miss T. Best, ada poket, bole masuk tangan dlm poket tu kalau sejuk. Haiii...bawak budak ni tak bole tak bwk duit!!

Happy je sume sebab makanan dah sampai

Apa yg kami nikmati pada hari itu....

Inilah pavlova di Delicious...looks tempting...
Mini pavlova with whipped cream, fresh strawberries and some chocolate sprinkles on top 

Keratan rentas. Ye la, tak penah mkn kan...excited lebey..heee

Menggoda. Paham
Chocolate lava with vanilla icecream

 Keratan rentas.  Meleleh wa cakap luu...

Tall Caffe Latte. Served dgn biscotti. Not bad

Salmon sandwhich served with salad, menu Ein. Perah lemon tu seblm makan. Sedap!!

Portobello mushroom burger. Jayjay punya. Tak rasa pon sebab dh kenyang

Calamari rings. Ni makan ramai2. Memang sedap! sotongnya tak liat dan tepungnya nipis saje, which kind of calamari rings that i love

Chiller yang menayangkan segala kemanisan dan kelazatan manisan nya. terliur weih!!
Kalau korang ada kt Setia City Mall dari kul 9.00 mlm ke atas, sila serbu kaunter ni kat Delicious sbb masa ni sume deserts akan dpt 50% off!!

Komen?

Pavlova - suap yg pertama, memang sedap, suap yg kedua, terasa nikmatnya, suap yg ketiga hmmm sedap..suap yang ke empat, hmmm...suap yg kelima, alamak..dah tak boleh feel.
hahaha...tu aku le, tekak tak brape bandar ni kan...atau mybe aku masih kenyang masa lunch, tu yg x brape feel mkn pavlova ni. Nasib baik Ein ada, dia yg tlg abiskan. Sayang, sebab not cheap ok...RM14.90 satu tu..huuuu...saiznya elok makan berdua, sorang mybe banyak sangat.

Chocolate lava - Sedap!!! Cam biasa, choc lava dihidang warm, bayangkan lavanya yg warm, kena pulak vanilla icecream yg sejuk, lalu kat tekak korang...perghh...syahdu tak?

Aku komen desert ni panjang skit, saje bagi korang leleh skit.

Main course sume sedap. Tekak aku la....

Environment - memang cantik, simple, nice, warm, dan penuh sangkar cinta..hehe..sesuai untuk keluarga, yang baru berkeluarga dan yang akan berkeluarga.

 Delicious, memang sesuai dgn namanya.

2 comments:

  1. hehehe.. meme sedap beb makan kat sini.. tapi kalau pekene hari2 boleh bangkrup!
    paling aku suke lasagna dia beb.. boleh habis makan satu portion tu.. hehe

    ReplyDelete
  2. ya lorrr.....price pon sedap beb! tapi padanlah harganya dengan foods yg sedap, tempat pon cantik
    sedap eh lasagna dia...nnti gi aku nk try gak...yummm..

    ReplyDelete