Tuesday, October 30, 2012

Oh my school!!!!!

" Na, kamu dh daftar sekolah aaliyah?'

"ishh lambat lagi la bang...."

" kena daftar dah sekarang, kalau tak penuh nanti. sekarang memang kena daftar 2 tahun sebelum tau. Kalau lambat kena hantar sekolah lain.Baik buat cepat..."

Uishhhh....gitu ke?? Akak tak tau...maklumlah first time anak nak masuk darjah satu tahun 2014.  Sekarang semua kena cepat.  Tapi sebelum pegi ke sekolah pilihan kita, kena buat pendaftaran secara online dulu.  Gitu ghopenyer prosedur sekarang.  Oleh itu akak dgn pantas telah pergi mendaftar sekolah Aaliyah pada Khamis lepas, sebab akak dh cuti sehari sebelum raya haji. Nasib baik pejabat sekolah tu masih dibuka.

Macam mana nak daftar sekolah?

A. Daftar online kat sini   .Ikut negeri masing2 ye...aku negeri Selangor.

Isi borang online tu ikut apa yang diminta. Dah isi siap2, PRINT BORANG TERSEBUT. Simpan. Sebab anda kena bawa print out tu ke sekolah semasa mendaftar.




B. Pergi mendaftar di sekolah pilihan anda.

Sebelum pergi mendaftar tu, pastikan anda bawa :

1) Kad pengenalan ibu DAN bapa  ( salinan )
2) Sijil Nikah ( asal dan salinan)
3) Sijil Kelahiran anak ( asal dan salinan)
4) Print out pendaftaran online (asal)
5) Sampul surat putih 4' x 9' beserta setem 60sen dan ditulis alamat surat menyurat.

Bagi semua2 ni pada pegawai bertugas.  Bulan Ogos 2013 akan dapat jawapannya melalui pos dan boleh semak secara online.  Masukkan nombor pendaftaran sijil kelahiran anak anda utk semak status.  Dapat atau tidak dtg ke sekolah dengan membawa surat jawapan tu nanti.

Haaa...gitu le proses pendaftaran sekolah sekarang ni.  Akak baru tau uollsss..hehe.  Dan akak telah selamat mendaftar anak akak di sekolah lama akak, Sekolah Kebangsaan Taman Sri Gombak yang tercinta.

Masuk je pintu sekolah, lain sangat dah persekitaran sekolah tu sekarang.  Cantik sangat!!! Penuh pokok2 bunga, bersih dan menarik.  Dan sekarang dah ada Sek Keb.Tmn Sri Gombak 2, dibina di atas padang. Jadi sekolah tu skrg dh xde padang....sayang....tapi nk buat mcm mana, permintaan yg amat tinggi kat area Gombak ni.

Daftar kejap je tak sampai 10minit. Yang lama nya, aku bawak Aaliyah pusing2 sekolah tu.

Aku pon amek kesempatan utk amek gambar2 sekitar sekolah tu.

Pemandangan depan sekolah.  Dan kat atas jalan tar ni jugaklah aku penah jatuh tersungkur sebab lumba lari sape sampai dalam kelas dulu.  Amek kau...baik punya tersagat lutut akak tau..aku tak meraung rasanya..nanges jek...hehe...sampai skrg ada 'sticker' lagi kat lutut akak ni...huhu

Cantik. Banyak pokok bunga
Lawa lanskap. Jeles
Surau pon besar,selesa dan bersih

salah satu tempat favourite utk hang out.Hehehe..Teringat suka makan sengkuang putih dgn sos merah tu pastu tabur kacang tanah cincang byk2. 20sen satu...heaven.  Kat sini dulu penah S.A Bakar datang perform tau!! Kenal tak S.A Bakar??!!! Kalau korang yg muda remaja mmg tak kenal dan tak penah dgr nama dia.  Legend tau dia ni!!hahaha...dia pandai silap mata..ada burung kuar dari topi, air susu tetiba kuar dari kertas, haiii....mcm2...bayar tau nak tgk show dia masa tu!!Masa tu kagum habis arr tgk show dia...nganga je!!
Area ni mungkin bebas utk apa2 aktiviti kot. Dulu mmg xde apa kat sini
Dewan Zaaba. Dulu kelas kat sini. Aku penah kelas kat sini kejap, tak ingat la kenapa. Tapi aku ingat lagi ada sorang cikgu ganti masa tu, dia suruh kitorang buat karangan. Tajuk bebas. Masa tu Majalah 3 mcm baru2 glamer gak la dan aku pon mmg minat Majalah 3 masa tu.  So aku pon buat la karangan pasal Majalah 3.  Wahhh...panjang pulak karangan aku masa tu...pastu aku pon x ingat apa jadi dgn karangan aku tu..hehehe
Itulah sedikit sebanyak kenangan aku kat sekolah ni, dari 1985-1990.  Masa aku daftarkan Aaliyah tu, aku ckp kt kakak tu yg aku pon sekolah sini jugak. Dia terkejut bila aku ckp 1985, sebab tahun tu lah sekolah ni mula dibuka. Yeee...akak tau..dh banyak umur ai ni..hhahaha..sekarang nak daftar anak sekolah situ jugak...oh my school!!! How time flies,kan...kejap je..tau2 anak dah nak sekolah...

Kalau korang lom daftar lagi sila cepat ye, sekarang bukan macam dulu, semua mau cepat dan tangkas!!

Pilih-pilih Tadika


Entry ni dh dok dlm draft dekat seminggu. Baru ari ni dpt siapkan. So, layan je la ye..

Ok. Sabtu lepas (20/10/2012) aku dan Faeza dh sepakat nak pergi survey tadika utk anak kami. Anaknye Adib umur 5 tahun, dan Aaliyah 6 tahun (ni ikut umur tahun depan). Faeza kata ada sorang customernya yg ada tadika di Fasa 8, Sri Gombak. Baru nak masuk 2 tahun beroperasi dan yurannya pon agak berpatutan. Tapi apa2 pon elok la survey, tgk sendiri tadika tu kan.

Aku pulak memang berkira nak tukar tadika Aaliyah tahun depan. Sebab?

1) Tadika tu dah pindah. Dan kawasan baru tu agak sunyi dan agak ke dalam.
2) Tenaga pengajarnya sedikit. 2 orang cikgu je. Student dlm 25 orang. Which is....so so..
3) Aku nak english islamic. Dah sampai masanya Aaliyah boleh belajar lebih sikit bila dh masuk 6 tahun. Umur 5 tahun ni tak banyak sangat yg diajar. Itu biasa.

Lebih kurang 10.30 pagi, destinasi pertama kami ialah Tadika i-Kids.  Pengetuanya Puan Hafizah. Masih muda, dlm lewat 20-an la kot. Beliau amat ramah melayan semua pertanyaan kami.  Tadika ni berkonsepkan islamic english (betul ke..ke english islamic). Memang tadika yg aku nak la kan.

Secara keseluruhan, konsep pembelajaran di situ agak bagus. Setiap hari dimulakan dengan solat dhuha (aku pon jarang2 sgt buat ni...huuu) dan doa.  Lepas tu barulah mula belajar. Solat diajar setiap hari. Di situ juga boleh ambil pakej with tahfiz dan without tahfiz. Tahfiz ni adalah utk murid2 belajar menghafaz surah2 lazim dalam Al-Quran. Ibu bapa boleh pilih, ikut kesesuaian dan keperluan masing2 la ye. Yurannya juga berbeza.

Lepas abis soal jawab, kami minta izin utk lihat2 suasana sekitar tadika itu.  Di tingkat atas ada dua bilik, utk 5 tahun dan 6 tahun. Dan ada beberapa buah PC, sebab disitu juga ada kelas komputer.  Ruang di atas agak sempit, tapi oklah sebab jumlah murid yg diambil pon tak ramai, tak sampai 10 orang.

Makanan pula dimasak sendiri di dapur tadika itu. Pn Hafizah lebih selesa menyediakan makanan sendiri berbanding menempah makanan dari luar, utk menjaga kualiti dan dia tahu apa yg dimasukkan dalam makanan itu.  Bagus tu...

Dari segi yuran juga agak murah, RM170 sebulan.  Pengangkutan ada juga disediakan di sini, dan dikenakan bayaran yg lain. Charge antara RM30-50 ikut kawasan.

Selain itu, tadika ni juga ada pakej utk daycare jugak.  Means, hantar pagi amek petang.  Kalau extra hours, adalah extra charge nye yeee....standard.

Aku agak suka dgn konsep, pendekatan dan sukatan pelajaran kat sini. Cuma yg aku tak berapa suka ialah lokasi tadika tu. Sunyi gak la area tu, pastu tgh ada construction dekat2 situ. Hmmm..

Tadika i-Kids dari luar
Tadika kedua yg kami pergi ialah Little Caliph di Fasa 9, Tmn Sri Gombak, atas sikit daripada Tasik Sri Gombak tu.  Sebenarnya nama tadika ni bukan Little Caliph, nama lain tapi aku lupa..hehe..Little Caliph ni program yg diambil oleh tadika tu.  Bukan francais, tapi program. Kira tadika yg amek program ni akan dipantau oleh syarikat yg buat program tu.  Tapi dengar2 mcm nak difrancaiskan tak lama lagi. Tah le...

Tadika ni aku suka sebab lokasinya yg tak sunyi.  Rumah teres 2 tingkat corner lot. Ruangnya juga luas, selesa dan ceria. Tandas pon bersih. Tenaga pengajar juga agak ramai, 8 orang semuanya. Di sini juga berkonsepkan islamic english. Pembelajaran di sini juga bagus sebab menggunakan program Little Caliph.

Yuran yg dikenakan agak mahal, tapi sesuai dengan program tersebut.  RM230 sebulan. Pengangkutan juga disediakan, antara RM80-90 mengikut kawasan.  Oh...kelas swimming pon ada gak tau tapi bukan di tadika ni, dekat swimming pool la...RM500 utk 6 bulan course, seminggu sekali...wooo...bole tahannn...tapi ni optional la...

Tadika ni juga ada sesi pagi dan petang.  Tapi sayang....utk 6 tahun sesi pagi dah penuh...huuuu..yg ada sesi petang je...adeiii petang ni leceh la sikit. Lagipon Aaliyah ni dah biasa tidur petang dlm kul 2-3 camtu.  Kalau sekolah petang sian dia..mau tertido dlm kelas..hehe..

Tapi aku ckp ngan Pn Fara tu, kalau ada kosong let me know. Sebab kdg2 ada parents yg dh bayar booking fee tp x jadi.  Kalau ada dia akan bgtau. Mudah2an ada la rezeki Aaliyah kat situ....

Pandangan dari luar.
Dah penat survey2, jom makan la..apa lagi. Ke mana? Papparich Prima Sri Gombak

Aku dan Faezah
Faezah ni member dari sekolah menengah lagi. Satu sekolah rendah gak sebenarnya tapi tak penah jumpa dan tak penah kenal..hehe..masa sekolah menengah baru tau.  Karier aku skrg (chewaahhh..cam hebat je kan) diwarisi dari Faezah ni gak. Masa tu dia nak resign dan nak cari replacement.  Kebetulan masa tu aku mmg tgh tak keje dan sdg mencari kerja.  Masa tu hubby pon tgh byk masalah dgn bisnes dia, so aku pon nak cari kerja la.  Bila Faezah ckp nk cari orang aku pon cuba nasib dan alhamdulillah dapat. Kerja la aku di kompeni ni sampai la sekarang.  Bukan senang nk dpt keje sekrg, lebih2 lagi bila umur dah 30an ni.  Dan minah ni jugaklah yg membuatkan aku ada blog skrg...hahahaha..mula2 cam apa aku nk tulis kalu nk blogging ni.  So, aku pon blogwalking la dulu, usha2..dan pelan2 aku pon berblog la sekarang.  Walaupon tak glamer blog ni tapi aku buat ni utk merakamkan kisah2 yg aku rasa bole dikongsi bersama.  Bole gak Aaliyah dan bakal anak2 dan cucu2 aku baca sok kisah2 yg berlaku sepanjang umur aku.Hehehe..ala2 diari la...

Blog member aku ni kat sini

Ok. makanan dah sampai....

Chicken chop and fried rice pilihan Faezah

Char kuey tiaw aku punya. Aku memang biasa mkn yg ni kalau pegi sini
mocha...apa tah. ada icecream atasnya. ni pilihan kitorang berdua. Sedap!!
Rasanya tak payah aku citer sgt la pasal makanan kat sini.  Sebab ramai dh tau,kan.

Dan biasalah..masa makan tu sembang punya sembang..mcm2 cerita la ari tu.Aku pon dah lama tak jumpa minah ni.  Tgh pregnant lima bulan skrg, anak yg ketiga. Alhamdulillah...aku doakan selamat semuanya. Dah lama sebenarnya nak jumpa tapi ada je hal memasing.  At last, dpt gak jumpa,kan

Lepak2, sampai tak sedar jam dah pukul 2.00pm.  Kami pon baliklah ke rumah...

Tadika oh tadika.... mudah2an ada rezeki kau, Aaliyah...

Wednesday, October 24, 2012

Pertandingan Mewarna dan Nasi Minyak

Assalamualaikum semua,

Ok, hari ni baru ada free skit utk update. Gambar2 pon dh ditransfer. Sooo....lets begin!!

Kalau tgk tajuk entri ni ada dua peristiwa yg berlaku, dan mmg pon. Kenapa aku letak dlm satu entry? sebab ianya berlaku hari sabtu dan ahad.hehe..

Ok, kita start dgn hari sabtu tu ye

Sabtu-13/10/2012

Mcm biasa, aku balik ke rumah parent di Paya Jaras tu. Sabtu pagi tu aku dh sampai. Sembang2 lebih kurang ngan mak aku, keluar citer pasal Jusco Rawang.  Mak aku ckp besarrrr Jusco tu. Aku ckp, ishh jauh tu mak, Rawang. Mak aku balas plak, dekat jeeee...hmmm ok la..since xde apa nk buat pon, aku pon siap lebih kurang, chowww..

Rumah mak aku tu dekat sgt dgn highway Guthrie. Masuk Guthrie, masuk LATAR pastu masuk PLUS.  Ishhh...main cilok2 je highway sekarang ni. Makin mudah dan dekat je sume tempat.  Dengar cam jauh je kan, tapi cilok2 tu kejap je. 20min dh siap parking kat depan Jusco Rawang tu. Tak caya? Betulll.....
Memang klau dengar Rawang, cam jauh je kan. Tapi sekarang tidak lagi. Terima kasih kepada highway2 yg memudahkan hidup kita setelah dibayar dgn tol..hehe. Tol pon tak mahal, Yg bayar cuma masuk Guthrie dan PLUS je, LATAR tu lalu cam bagi salam je..hehe. Dalam RM2 la kot..

Memang besar Jusco Rawang ni tau. And semua ada, ada TGV, restoran mmg banyak, semua restoran di Ground Floor. Kau pilih je nk makan apa, sushi, Pizza Hut, Kenny Rogers, Madam Lim's...mcm2...
Starbucks pon ada. Kedai buku Popular pon ada kat tingkat atas. Utk shopping pon ok gak byk kedai kasut and baju.

Jalan2 masuk ke Jusco department ladies and children.  Saje cuci mata, tak beli pon. Hehehe...Mmg besar dan banyak pilihan utk wanita dan kanak2. Scarlet kat situ pon not bad la design dia, x macam kat Alpha Angle, x best langsung!

Sambil2 jln tu Aaliyah si gobang tu nampak pulak dari kejauhan, Playland and tempat main games. Adesss....hmm takpe la layan la kejap budak ni. Masa nk beli token kat kaunter, ada sorang pompuan dtg tegur Aaliyah...'adik...nak kaler2 tak? nanti dpt hadiah tau..' terus Aaliyah angguk. Aku tak perasan, rupanya depan kaunter tu ada satu meja kecik, dan ada beberapa orang budak2 yg dah start mewarna.  Dan ada satu meja kecik lagi, bersusun hadiah kat atas tu. Ok bagus jugak, selamat duit gua x yah beli token....wehuuu...hahahah

bersungguh2!!

karya yg hampir siap..hehe
Budak2 yg join masa tu umur drpd 5 tahun cam Aaliyah ni hingga 12 tahun. Yg umur 5 tahun ada 2 org je, Aaliyah and boy yg duduk sebelah dia tu. Tapi pemenang tak ikut umur, ikut yg paling cantik, kemas dan kreatif.  Jadi, tibalah saat yg ditunggu2....pemenangnye adalah.......

Tettt.....bukan Aaliyah...hahaha...

Budak pompuan umur 12 tahun menang 1st prize. Memang cantik dan kemas, siap ada lukis bunga2 dan awan lagi.

Aaliyah dpt apa???


Ok la kan....just for fun. And good for her self esteem too.  Suka giler dia dpt hadiah ni.Hehehe..and 1 free token utk main games kat situ. Berbaloi...x yah kuar modal pon leh main game kat situ.  Lagi tambah happy budak ni...hahaha...Next time ada competition leh masuk lagi.

Ahad - 14/10/2012

Semalam dh enjoy2, seronok2 dapat hadiah(hehe..) ari ni mari kita ke dapur.

Menu: Nasi Minyak dan Kurma Daging

Tung tang tung tang tung tang.......lepas dekat 2 jam kat dapur....inilah hasilnya...

Nasi Minyak. Resepinya aku olah skit2 ikut tekak aku. Panjang tak beras tu? Haaa...ni pakai beras PUSA Faiza. Beras ni mmg sesuai utk masak nasi minyak, beriani dan nasi ayam pon ok. Yg lom cuba buat nasi lemak. Mungkin sedap gak kot. Masak nasi2 cenggini, yg penting adalah sukatan airnya. Sekarang ni takde nk migrain dh kalau disuruh masak nasi2 pesen ini. Kalau ikut sukatan ni insyaAllah jadik elok nasi tu. Sukatannya ialah 1 pot beras : 1 1/2 pot air.

Kurma daging.  Daging tu mak aku beli di Meatworks, Citta Mall. Memang sedap dagingnya. Lembut dan rasanya pon ada kelainan sikit. Telur rebus tu saje je masukkan, bagi nmpk menarik skit.  Masa ni aku masak 2 kg daging. Maklumlah, hari minggu rumah parent aku biasanya penuh..hehe
Acar rampai air tangan kakak iparku, Kak Bai to complement nasi minyak and kurma daging. Sedap!!

Air bandung sejuk!!! Kalau makan nasi minyak, otomatik je buat bandung. Apsal eh?
Alhamdulillah resezki kami sekeluarga. Kebetulan anak2 abang aku memang suka lauk kurma daging. Hilang penat bila tgk budak2 tu makan. Aaliyah? Ada la 2-3 suap...adeiii...

Setelah hilang penat, aku cam biasa sebelum balik mesti buat acara wajib. Tapau!!! Hahaha...akak yg masak, ada akak kesahhh??!!!hahaha...

Balik bukan bermakna balik ke rumah terus ye. Oh...akak very the busy gitu.  Singgah pula di Coffee Box Prima Sri Gombak, bermesra dgn kawan2 plak.

Dari kir Olie, Ruzi and Kak Nik. Budak tu dh kenal kan...hehe..lepak2 minum2 je, tak makan pon sebab dh santak makan nasi minyak,kan. Budak keteng ni je makan mee ala2 mee sup.
Tak bole lepak lama sebab lepas maghrib nak ke Ikea pulekk...bawa mak mertua usha2 sofa. Nak ganti sofa, dh lama sangat sofa tu. 

Penat mmg penat, tapi apa pon tetap happy. 

Esoknye Isnin...huuuu..keje keje keje... 


















Monday, October 22, 2012

Banyak nak cerita....

Assalamualaikum semua

Haii...banyak yg nak diceritakan dlm blog ni tapi lom ada masa.
Mcm2 nak tulis tapi hajat lom kesampaian.
Pastu aku asek lupa nak amek USB handphone ni bawak ke pejabat.
Gambar2 pon lom dpt ditransfer lagi.
Tak syok kan entry tanpa gambar..hehe

Apapon, kepada semua followers baru, akak ucapkan (rata2 muda remaja lagi...ahakss) terima kasih banyak2 ye sebab sudi follow.  Akak akan cuba complete task utk follow blog uolss plak ye. Maaf la sebab lmbt, sibuk skit mggu lepas.

Thank you again!!!

Selamat berhari Isnin.

Monday, October 15, 2012

Upkan Followers Secara Mendadak

Assalamualaikum

Tgh2 blogwalking terjumpa blog Aida ni. Ada pulak entry UPKAN FOLLOWERS SECARA MENDADAK. Hmmm menarik ni

Kalau tgk followers aku mmg sedey la....6 followers je..hahahaha

Haaa...betul kan??

Tapi aku cam tak amek port sgt la sebab aku blogging ni utk suka2 je. Tapi, apa salahnya cuba kan?

Ye la terliur jugak tgk followers blogger2 lain yg dasaaatttt!! hahaha!! Tak pe,,diorang blogging dh lama dan dah ada pengikut sendiri,kan. Aku ni baru jek setahun jagung.

So tanpa membuang masa aku pon buat entry ni. Sape2 nak cuba jugak silakan!!

 

Cara2: (aku copy jek instruction dr blog Aida):
SYARAT-SYARAT UNTUK JOIN;
-Mesti ada blog
-Malaysian
-Tanpa had umur
-Buat entry yang bertajuk'UPKAN FOLLOWERS SECARA MENDADAK'
-Letak banner diatas kedalam entry tadi*right click dan copy image url
-Letak link entry BLOG di ruangan comment dibawah
-Mesti follow blog Aida ni, sapa tak follow haaaa berdosa. *WAJIB
-Screen capture number followers korang sebelum sertai segmen nih. *WAJIB
-Tag 2 orang atau lebih *WAJIB

Jom kita tgk hasilnye nanti ye.  Tq Aida and adiosss!!!


Friday, October 12, 2012

Aksi URTV dan......?

Assalamualaikum...sekejap je dh hari Jumaat. Tapi esok dh cuti 2 hari!

Takde orang kat opis skrg ni. Geng gosip guy aku pon dh kuar. Yee..gosip guy sbb opis aku ni perempuan adalah rare species.Hehe..

Yang tinggal sama species plak species yg...hmmm..maleh nak cakap.

Ok. Ni kira entry yg saje2 je sebenarnya. Aku pon tgh takde keroje, biarlah aku buat entry walaupon tah apa2..hehe

Oleh kerana ini entry suka2, aku letak gambar banyak2 skit eh. pastu aku citer skit2 pasal gambar tu.






Aksi URTV. Alaa...mcm gambar retis2 dlm URTV tu, bila pose gambar raya kan mesti pose cam kitorang kat atas.Hehehe...sume bajet retis la masa ni. Amacam, jadik tak?Hehehe..

Ni adalah gambar raya pada thn ni. Tahun ini jugalah buat pertama kalinya kami beraya di rumah parents kami di Kg Merbau Sempak, Sg Buloh ni.  Tak balik mana2 kampung pon. Sebab dah tiada siapa2 di kampung. Arwah uci dah meninggal lebih kurang 5 tahun, arwah nenek pula menyusul 3 tahun selepas itu.  Dua2 ni belah mak aku di Bidor, Perak. Dan arwah Atok Puteh (belah abah di JB) baru je meninggal, masa minggu kedua puasa.  Sedih sangat, sebab raya kali ini tanpa mereka semua. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh2 mereke. Al-Fatihah...

Berbalik pada gambar kat atas, waktu ni pagi raya lepas solat aidilfitri. Lepas bermaaf2an dan babak air mata (aku le yg teremo lebey...nak2 bila cium tangan laki...uwaaaaa). Dan tak disangka2 Aaliyah pon meraung jugak!! hahaha...hadoiiii...ratu air mata sungguh la....

Isk takmo la sedey2 sgt kan. Ok jom amek gambar!! Tu la dia hasilnya...aksi URTV..layan je la ye..hehe


Haa...ini gambar keluarga 'kecil' kami..hehe..Kecik la sangaaatt...kecik dr bilangan ahli keluarga, bukan saiz ahli keluarga ye..harap maklum.  Teringin sgt nk menambah ahli, tapi lom ada rezeki. Sian Aaliyah takde geng..hehe..

Aaliyah pon dah 5 tahun. Kejap je masa berlalu. Banyak yg dah berubah. Meh tgk skit gambar2 budak ni

Fresh from the oven!!! Baru sehari masa ni, mata pon tak bukak lagi. Kalau ingat balik saat nk beranakkan budak ni, mmg serik! Labour pain dekat 14 jam...phewwww...dh buat mcm2, last2 belah jugak..takpelah asalkan baby selamat. keluar 3.75kg. Semangat!!dlm bilik baby tu dia ni je yg besau selambak!!hahaha..

Masa ni rasanya dah 4-5 bulan kot. ish...rindu nak ada baby lagi!

Masa ni dalam 6-7 bulan, duduk dalam walker lagi. 

Haiiii...puting tak hisap, getah rambut yg diisapnye

Diva malatoppss!!

Kalau dh ngantuk, celah bantal pon jalan!!

Umur setahun nk masuk dua kot masa ni. Gambar ni dr FB kazen laki aku, Hanie. Ni nak jadik giraffe ke nak jadi butterfly?konpius momy..

Tak ingat umur brape..hehe

Umur 3 tahun lebih. Masa ni menyewa kat Bdr Menjalara. Gambar ni Alin yg amek, dr FB dia jugak. Baru2 ni aku share gambar ni kat FB aku sebab ni salah satu fav pic aku. Baru prasan bedak kat leher terlebey suda..hehe

Rambut basah baru pas mandi. Pastu buat muka kontrol ayu. Mentang2 lah pakai baju kurung, bajet sopan ayu la tu!

Dah sampai kt kenduri orang, br prasan lom pakai 'lipstip'..hehe

Ni gambar tahun lepas, gambar yg di tagged di FB. Masa wedding Alin last year, dia jadi flower girl. Baju tu di sponsor oleh Opah. Beli masa Lovely Lace buat sale 50%. Tak tau pon baju ni silk, masa hantar dobi baru tau setelah diberitahu oleh adik tu. Kena dry clean. Kelasss uuu...momy pon pakai washable silk je aaliyah! Sekarang still dlm plastic cover tergantung je dlm gobok baju tu.Tah muat lagi ke idak.

Ni gambar masa raya tahun ni. Yang dikekoh tu pon ada citer gak.  Aku pon x tau dr mana dtgnya anak patung tu, alih2 je ada. Aku tnya nama dia sape? dia ckp nama dia Oren, sbb muka dia oren. Siapa punya ni? Aliyah amek kat mana? Aliyah punya la...hmm. Rupa2nya Oren ni Alin punya. Masa gambar ni kuar kat FB baru Alin tau misteri kehilangan Oren ni..hehe

Heee...tak bole blah kan? Momy nk gi salun dia pon nak ikut, alang2 soh je amoi salun tu ejas rambut dia skali. Tgk2, ni le hasilnya. Sungguh nyonya sekali!! Konon2 rambut raya la ni. Tahan la lurus tu dalam sejam, pastu bergulung balik..hmmm..Aku gi salun lepas dh berhempas pulas menyiapkan oder tart nenas utk raya. Rambut pon dh tak terurus, dh tak rupa orang. Kira cam reward diri sendiri la lepas susah payah siapkan beribu2 tart. Alhamdulillah, rezeki Ramadhan

Masa tgk2 album sendiri kat FB, jumpa gambar ni. Sukee..sbb happy je semua.
Dari kiri tu Kak Bai, SIL dgn Zahir, Ein my SIL jugak, Alin, Umi dan Aku
Umi ni dah mcm sedara dah dgn kami sekeluarga, kdg2 rasa lebih 'sedara' lagi. Dia ni adik angkat mak aku, kami dah kenal dan rapat sejak Alin tu pakai pampers lagi tau. Kebetulan Umi pon ada sorang anak bujang sebaya dgn Alin. Kira Umi pon mcm berhajat jugaklah dgn Alin tu..hahaha..tapi dh jodoh ngan org Mentakab,kan..apa2 pon Umi tetap happening!

Posing dalam bilik pengantin la plak!

Saya sayang mak saya!!!

Dan saya sayang kawan2 saya!! 
Ada 2 org dlm gambar ni kawan sejak sekolah menengah lagi.
Aku memang tak ramai kawan sebenarnye. Biarlah tak ramai janji satu kepala!

Eh? Dah pukul 5 dah? Wahhh suke!!!

Ok lah nk siap2 nk balik. Maceh ye sudi baca smp abis. Panjang gak jadiknye kan entry ni..hehe

Enjoy your weekend, peeps!!!

Monday, October 8, 2012

Kerana Diriku Begitu Berharga...Ahaksss

Tetiba nak feeling diva plak. Ahakksss..

Sabtu lepas. Hanya berdua bersama adik ku Alin.

Destinasi : Yoyoy Kamphora Spa

Tujuan :  Memanjakan diri, girls day out dan celebrate birthday masing2 in advance.

Temujanji yang dah dibuat beberapa hari sebelum itu pada pukul 11.00pagi. Kami diberitahu pakej yang kami ambil itu mengambil masa antara 2-3 jam. Tak kisah lah....ku rela....demi memanjakan diriku ini.

Sesi Pertama : Sauna

Wooooo...best gilerrr okeh sauna. Tahap kepanasan sauna tu pon ok just nice. Kalau x panas takde maknanye sauna itu,kan...kalau panas sangat, masak la akak dlm sauna tu..heee

Sauna tu selama setengah jam. Staff situ selalu jengok aku dlm bilik spa tu, tanya...'ok ke...?'

Akak ok dik....steady..

Sauna ni aku buat sorang sebab Alin tak bole sauna sebab preggy. Hehe...Jadi, Alin pon terus masuk sesi urut. Urut pon khas utk org preggy, tak meniarap. Hanya perlu mengiring sahaja. Bagus.

Lepas setengah jam, aku pon keluar dari kebuk wasap tu (peti sauna tu le..hehe). Siyes...ringan giler badan aku. Pastu wangi je. Sebab sauna tu ada sedikit herba2 dan akar kayu. Memang menyegarkan.

Aku diberi minum segelas air suam.  Dan bersedia utk sesi seterusnya.

Sesi Kedua : Urutan Badan

Lepas sauna tu, aku mcm kena rehat sekejap. Bukan terus urut. Mungkin bagi otot2 rileks sebentar sebelum diurut. Agaknye laaa...hehe...

Sebelum urut, adik tu tanya, nak tambah Aura Seri tak? dengan minyak halia. Kalau Aura Seri RM10 minyak halia RM5. Aku pon amek le dua2...kata nak cantik kan.....

Oh my.......sangat BEST okehh...walaupon adik tu comey je tapi bila urut hamek ko...mmg best.  Masa ni kalau ko rasa urutan tu agak menyakitkan kau bole ckp ngan adik utk kurangkan skit. Macam aku, memang ada certain part yg sakit bila diurut but i dont mind. Sebab mmg dah sakit, itu tujuannya aku gi urut. So, aku layan je. Sikit2 hilang sakit tu bila diurut.

Masa aku tgh diurut ni, Alin dah start buat facial. Tetiba dengar dengkuran halus. Chett...bole tido minah ni..dasattt...punya la layan, sampai tetido...

Rasanya inilah urutan badan yang sebenar.  Satu badan kau diurut, termasuklah kepala dan muka. Kira macam anti stress la. Kening, mata, dahi...semua lah. Telinga pon diurutnya!! Part yang paling aku suka urut bahu, kepala dan muka.  Very relaxing gituu....

Aku rasa urut badan ni ambil masa dalam sejam jugak la.  Mungkin sebab akak ni plus size kot, amek masa la kan...hehe..Akak respect kat kau dik, walaupon ko kecik je orangnye, kau berjaya urut akak dengan jayanya..hehe

Sesi Ketiga : Facial-Face Lifting

Dah urut. Sekarang utk facial.

To be honest, inilah first time in my life buat facial, ever...dah nak masuk 34 dah akak ni, baru le pandai nak facial2 bagai. Ye la..tetiba rasa perlu plak buat. Sindrom apakah ini? Ahakksss...takmo jawab...hahaha

Memula muka dicuci dulu. Sepanjang sesi urut dan facial ni ko tak perlu bangun langsung. Cuma baring je, semua orang buatkan utk kau. Memang betul2 manja!!

Dah cuci, sapu itu sapu ini..mcm2 disapunya sampai aku pon dh tak tau apa yang disapu tu. Aku layan je, maleh nak tanya, nanti stress...hahaha

Pastu disapu masker. Masa ni aku ditinggalkan sebentar sebab tggu mask kering. Sejuk je mask tu, aku pon tertido kejap.  Alin plak dah nak abis dah facial dia. Dia cakap dia tggu kat luar.

Pastu adik tu dtg balik. Dah cuci mask tu, disapu mcm2 lagi. Dan muka ku diwapkan sekejap, bagi pori2 tu terbuka. Pastu dia amek satu tool tu ditekan2 nya muka akak. Ouchhh!! pedih kejap. Aku tanya apa tu, rupanya dia buang blackheads and whitehead yg besepah kat muka aku ni. ooo..akak tak tau dik..ingat ko buat apa..hehe..berair gak la mata aku menahan pedih tu..hahahahhaa..betul la kata pepatah Jawa, '...NO PAIN NO GAIN...' Nak cantik? tahan kejap ye...sikit je.

Ok. dah picit2 black and white heads tu, sesi diteruskan lagi dengan face lifting. Muka diurut2 dibelai2...bgi peredaran darah ke muka lancar dan menaikkan seri wajah. Kalau dibuat selalu, boleh mencantikkan bentuk wajah.  Takde cucuk apa2 pon, hanya urut dan krim sahaja digunakan. Best....sangat BEST.

Selesai. 3 jam untuk memanjakan diri. Sangat berbaloi.

Rasa cam tak nak bangun.Hehe..

Pada aku, urutan badan situ adalah yang paling best pernah aku try.  Sebelum ni ada jugak urut tapi urut lepas bersalin je dan pernah try urut badan di satu pusat refleksologi. best, tapi bila dah try di Yoyoy ni, terus aku jatuh cinta.  Memang highly recommended!!! Cuba la...Spa ni ada dua cawangan. Satu di Taman Melawati dan yang aku pergi ni di Pinggiran Batu Caves.  Ada page di facebook, taip Yoyoy Kamphora Spa.

Aku dpt snap dua gambar je sebab lighting dlm spa ni ala2 romatik gitu so gambar tak cantik, handphone aku pon xde flash.



Sebahagian interior kat situ. Ini di bahagian kaunter dan ruang menunggu. Sori ye sebab gambar tidak memuaskan.

Oh ye. Sebenarnya pakej yg kami ambil ni RM250.00 utk dua orang. Kalau seorang RM130.00. Tapi disebabkan Alin pregnant, tak bole buat sauna, kami terpaksa ambil pakej berasingan. Aku ambil pakej RM130 dan Alin ambil urut dan facial secara berasingan. Jadi, pakej aku RM130.00 Tambah Aura Seri 1 botol dan minyak halia, dan span baru, RM155.00 semua sekali. Span utk facial tu terpulang pada kita nak guna yg dah ada atau nak beli baru. Satu span RM10. Baiklah beli baru, aku tak mo tanggung risiko. Muka aku ada satu je. Kalau jadi apa2, camno? Bila dah beli span tu, diorang akan simpankan utk kita dan letak nama kita. Kalau dtg lagi, dia akan guna span tu balik. Kalau next session nak beli span baru pon bole, terpulang lah masing2.

Mahal? Pada aku berpatutan la..sebab urut dia best. Satu badan okeh, bukan senang. Facial pon best. Sesekali...bukan selalu. Siapa lagi yang nak memanjakan kita kalau tak kita sendiri?

Kenapa? Kerana diriku begitu berharga!!!

Choww!!!


Wednesday, October 3, 2012

Kerja Kerajaan

Karier sebagai penjawat awam. Atau senang citer, keje gomen.

Jika dibandingkan sebelum ini, senario sebagai penjawat awam memang banyak bezanya.  Dulu, tak banyak elaun dan insentif yang diberikan kepada kakitangan awam.  Gaji pokok pon tidak tinggi.  Apatah lagi sebagai guru, macam tak setimpal dengan tanggungjawab yang diberikan. Kalau nak naik pangkat atau gred, memakan masa yang lama.  Silap2 org atas dh pencen barulah dpt merasa kenaikan pangkat. 

Namun sekarang, amat berbeza sekali.  Penjawat awam yang mempunyai ijazah, layak untuk terus duduk selesa dalam gred 41, walaupon tiada atau dengan sedikit pengalaman kerja.  Tiada lagi konsep seniority dalam penjawatan. Ditambah elaun yang pelbagai dan insentif itu ini, gaji pokok yang tinggi, menjadikan karier dalam jabatan kerajaan sebagai pilihan utama graduan2 universiti saban tahun.  Semua pantas mengisi borang permohonan online SPA8. Dan menunggu penuh harapan akan mendapat panggilan temuduga.  Lama pon takpe. Sebab? Berbaloi menunggu walaupon lama. Cari lah kabel paling besar utk dpt keje gomen. Senang skit dapat.

Dalam fikiran dah berkira2 nak beli rumah, beli kereta kalau dapat kerja gomen.  Itu antara kelebihan kerja kerajaan ni. Nak buat personal loan pon amat mudah.  Banyak bank yang tersenyum lebar menawarkan kemudahan ini kepada penjawat awam.  Mesti lulus!! Gaji gomen dah mahal sekarang dowh...

Apakah faktor utama yang membuatkan tempat dalam agensi kerajaan sangat didambakan oleh semua graduan dan pekerja swasta yg tidak puas hati dgn majikan masing2? (termasuk la aku...hehe)

Satu perkataan sahaja. Apa dia? Senang je...aku rasa korang semua tau kan...haaaa...

PENCEN. PENSION

Yesss...inilah yang dikejar sebenarnya. Sebab? Ianya menjamin hari tua kelak apabila sudah bersara pada usia antara 55-60 tahun.  Untuk meneruskan hidup dengan selesa tanpa menyusahkan sesiapa.  Untuk duit makan minum, pakai, dan belanja sedikit.  Ramai juga pesara yang bisnes selepas bersara. Which is good.

Betul ke? 

Laa betul la. Itu janji kerajaan sebagai balasan kepada sumbangan masa dan tenaga yang telah dicurahkan oleh penjawat awam berbakti kepada negara. Sebagai kaki dan tangan kerajaan untuk melaksanakan agenda2 kerajaan. Sebagai mata dan telinga dari rakyat kepada kerajaan untuk mendengar dan memahami apa keperluan dan masalah yang dihadapi oleh rakyat. From public to non-public and vice versus.

Bukan soal pencen yang ingin aku bangkitkan kat sini.

Baru minggu lepas satu Malaya dengar Bajet 2013. Macam biasa, banyak faedah kepada penjawat awam. Yang swasta telan air liur je la. Bonus sampai tiga kali setahun, sapa x nak dowh...

Tak kisah sebenarnya kerajaan nak bagi bonus ke apa ke kat penjawat awam. Takde hal beb. Yang tak bestnya, produktiviti dan prestasi dok tang tuuuu jugak.  Gaji tinggi bonus dapat elaun itu ini, tapi bila kerja..hmmmm..maleh nak cerita beb. Terutama yg kerja sebagai front liner seperti di kaunter2 jabatan kerajaan. Nak senyum pon payah. Apa lagi nak memberi perkhidmatan yg cepat dan efisien.  Bukan semua, tapi kebanyakannya mcm tu la.

Kadang2, satu kerja tu sampai 2-3 pegawai terlibat.
 '.... Kena tunggu sain pegawai A la cik. Dia cuti, minggu depan baru dia masuk...'
Minggu depan
'....Pegawai A dah sain tapi kena tunggu pegawai B proses dulu. Cik datang balik lagi 3 hari ye, dia kursus  sekarang...'
Lepas 3 hari
'....Ok pegawai B dah proses. Sekarang baru pegawai C bole luluskan. Bawak balik dulu dokumen2 ni, bila dah lulus pihak kami akan hubungi cik...'

Tunggu. Seminggu, 2 minggu..eh dah sebulan.  Senyap jek


'....Dah lulus 3 minggu lepas. Takde orang hubungi cik ke?'

....................................................................

Aku rasa ramai, terlalu ramai yang pernah dan masih menghadapi masalah yang sama apabila berurusan dengan jabatan kerajaan. Tapi nasib baik urusan pembayaran tender2 kerajaan dah cepat sekarang. Ambil masa x sampai sebulan dah setel. Bagus. Macam itu yg kita mahu. Bernafas lah kontraktor2 bumiputera ni.

Itu tak kira lagi karenah sesama rakan sekerja di pejabat. Tikam belakang, kaki kipas, talam 2 muka antara spesis2 yang banyak menghuni di pejabat2 kerajaan.  Yang majoritinya Melayu beragama Islam. Letih dowh...ngadap spesis camni tiap2 hari.  Tapi ni bukan kerajaan shj, pejabat swasta pon banyak.Hehe...
Tah la..pelik kan.  Asal keje opis je ada je spesis ni. Tak pupus2 pulak tu.

Baru2 ni ada seakan perang mulut jugak la di facebook. antara cikgu cikgi dan seorang jurutera di mana jurutera tu dengan lantangnya menyuarakan pendapatnya betapa senangnye keje cikgu.  Apa lagi....cikgu2 semua melenting dan keluarlah mcm2 post di facebook membalas, membidas dan membilas(hehe..) kelaseran sang jurutera itu.  Ohhh...jgn melenting cikgu2.  Anda sebagai pendidik anak bangsa seharusnya berfikiran rasional, matang dan bernas dalam melontarkan pendapat anda kepada khalayak.  

' Kalau ada orang membaling batu ke arah anda, balinglah kembali bunga untuknya. Tapi ingat, balinglah dengan pasunya sekali.'

Kata2 ni saya dpt drpd post yang kawan2 saya share di facebook.  Hanya sebagai hiburan, ku kira. Namun amat sinis,kan?

Nampaknya ramai cikgu2 yang baling dengan pasu bunga sekali.

Korang paham ke apa aku ckp ni? Sila buat2 paham ye. Ye la aku ni bukan journalist ke columnist ke, terer susun ayat. 

Ku bukan hendak kondem kerajaan. Tidak.No.Nehi. Cuma melahirkan pendapat semata mata.

Aku pernah berpeluang berkhidmat di sebuah badan berkanun selama setahun secara Sambilan. Gred 27. Masa tu aku mmg amat memerlukan pekerjaan. Entah macam mana aku terjumpa seorang kenalan lama di situ semasa hendak menyerahkan borang permohonan.  Besar sungguh jasa kawanku itu yang sekarang ku anggap sbg adik angkatku. Dia lah yang membantu aku untuk mendapatkan pekerjaan di situ. Alah..senang citer, naik cable car la apa lagi..hahahahha...

Frankly speaking, i really enjoying myself working there.  I felt like i'm in my own skin. Memang itulah jiwaku. Best, memang best. The work itself was great. I was crying inside on the last day of my one year contract.  Despite of some bitterness while i was there, i loved the place so much. And the job of course.  

Sekurang2nya aku berpeluang berkhidmat di jabatan kerajaan, walaupon badan berkanun. Alhamdulillah.

Tapi, mcm biasa. Orang2 yang kerja di situ yang membuatkan suasana jadi tak best. Tapi tak perlulah aku cerita in detail kan. Sebab bukan itu tujuannya.

Apa yang aku harapkan, agar prestasi penjawat awam biarlah seiring dengan kemudahan2 yang diberikan kepada anda.  Duit kerajaan adalah duit rakyat juga. Itu amanah kepada anda semua.  Kepada guru2 usah mengeluh dgn bebanan guru kerana anda sudah membuat akujanji apabila menjawat jawatan itu.  Usah melenting jika dicuit oleh suara2 nakal, yang mempersoalkan kewibawaan anda sebagai pendidik. Balaslah dengan berhemah, kerana itu tanda orang berilmu.

Kepada penjawat awam, berikanlah perkhidmatan yang terbaik utk rakyat.  Itu sahaja yg kami minta. Kalau anda bagus, kami takkan pertikaikan kalau kerajaan nk bagi bonus byk mana pon. Kalau anda efisien, servis tip top... kami x kisah kalau anda nak meniaga kain ke tudung ke brooch ke mekap ke..dalam waktu pejabat.  Kami tutup mata je. Kalau ada yg berkenan boleh jugak beli dari anda...hehehe

Adakah SEMUA penjawat awam akan kerja sampai pencen?

Rupanya, jawapannya adalah tidak semuanya.

Ramai juga sanggup yang melepaskan jawatan dlm jabatan kerajaan kerana tidak tahan dengan permainan kotor yang dilihat saban hari.   Bila di tanya, tak menyesal ke? Tidak. Malah hidupnya lebih tenang dan rezeki juga makin murah.  

Tak kurang juga sedang berkira2 untuk keluar, daripada non-public to public. Well, the choice is yours.

Aku? 

InsyaAllah. Lagi setahun aku akan bersara awal. Eh? Pelik ke? 

Ok la...nk resign.  Ooo mentang2 aku ni keje swasta tak bole ckp bersara eh.  kuikuikui....

Menteri di Kementerian Rumah Tangga. Full time. Buat bisnes dari rumah dan online. Hantar dan ambil anak dari sekolah.  Masak. Jaga rumah tangga. Elaun? Kepuasan menguruskan keluarga. Pencen? Cinta dan kasih sayang dari keluarga.

And BE YOUR OWN BOSS. 

InsyaAllah, bumi Allah ini luas. Rezeki, bukankah dari Allah?

How cool is that, huh?

Rezeki di hari Rabu


Tesco voucher!!

Terima kasih Abang Zan sbb bagi voucher ni.  Kena cepat guna sebab valid until 5th October 2012 only!

RM25.00 voucher. Nak beli apa ye? Dalam kepala dah terbayang cream cheese dan butter. Dapat la dalam 2 packs of cream cheese and 2 ketui butter. Ohhh sungguh selfish!!!!

Takpe, kalau aku jadi guna voucher ni utk memenuhi cita2ku membeli brg2 tadi insyaAllah akan ku kongsi bersama2 hasilnya nanti. 

Tapi, tak janji tauuu....hahahaha

Walaupun tak banyak mana tapi seronok dapat voucher free camni. Tq again to Bro Zan!