Entry ni dh dok dlm draft dekat seminggu. Baru ari ni dpt siapkan. So, layan je la ye..
Ok. Sabtu lepas (20/10/2012) aku dan Faeza dh sepakat nak pergi survey tadika utk anak kami. Anaknye Adib umur 5 tahun, dan Aaliyah 6 tahun (ni ikut umur tahun depan). Faeza kata ada sorang customernya yg ada tadika di Fasa 8, Sri Gombak. Baru nak masuk 2 tahun beroperasi dan yurannya pon agak berpatutan. Tapi apa2 pon elok la survey, tgk sendiri tadika tu kan.
Aku pulak memang berkira nak tukar tadika Aaliyah tahun depan. Sebab?
1) Tadika tu dah pindah. Dan kawasan baru tu agak sunyi dan agak ke dalam.
2) Tenaga pengajarnya sedikit. 2 orang cikgu je. Student dlm 25 orang. Which is....so so..
3) Aku nak english islamic. Dah sampai masanya Aaliyah boleh belajar lebih sikit bila dh masuk 6 tahun. Umur 5 tahun ni tak banyak sangat yg diajar. Itu biasa.
Lebih kurang 10.30 pagi, destinasi pertama kami ialah Tadika i-Kids. Pengetuanya Puan Hafizah. Masih muda, dlm lewat 20-an la kot. Beliau amat ramah melayan semua pertanyaan kami. Tadika ni berkonsepkan islamic english (betul ke..ke english islamic). Memang tadika yg aku nak la kan.
Secara keseluruhan, konsep pembelajaran di situ agak bagus. Setiap hari dimulakan dengan solat dhuha (aku pon jarang2 sgt buat ni...huuu) dan doa. Lepas tu barulah mula belajar. Solat diajar setiap hari. Di situ juga boleh ambil pakej with tahfiz dan without tahfiz. Tahfiz ni adalah utk murid2 belajar menghafaz surah2 lazim dalam Al-Quran. Ibu bapa boleh pilih, ikut kesesuaian dan keperluan masing2 la ye. Yurannya juga berbeza.
Lepas abis soal jawab, kami minta izin utk lihat2 suasana sekitar tadika itu. Di tingkat atas ada dua bilik, utk 5 tahun dan 6 tahun. Dan ada beberapa buah PC, sebab disitu juga ada kelas komputer. Ruang di atas agak sempit, tapi oklah sebab jumlah murid yg diambil pon tak ramai, tak sampai 10 orang.
Makanan pula dimasak sendiri di dapur tadika itu. Pn Hafizah lebih selesa menyediakan makanan sendiri berbanding menempah makanan dari luar, utk menjaga kualiti dan dia tahu apa yg dimasukkan dalam makanan itu. Bagus tu...
Dari segi yuran juga agak murah, RM170 sebulan. Pengangkutan ada juga disediakan di sini, dan dikenakan bayaran yg lain. Charge antara RM30-50 ikut kawasan.
Selain itu, tadika ni juga ada pakej utk daycare jugak. Means, hantar pagi amek petang. Kalau extra hours, adalah extra charge nye yeee....standard.
Aku agak suka dgn konsep, pendekatan dan sukatan pelajaran kat sini. Cuma yg aku tak berapa suka ialah lokasi tadika tu. Sunyi gak la area tu, pastu tgh ada construction dekat2 situ. Hmmm..
Tadika i-Kids dari luar |
Tadika ni aku suka sebab lokasinya yg tak sunyi. Rumah teres 2 tingkat corner lot. Ruangnya juga luas, selesa dan ceria. Tandas pon bersih. Tenaga pengajar juga agak ramai, 8 orang semuanya. Di sini juga berkonsepkan islamic english. Pembelajaran di sini juga bagus sebab menggunakan program Little Caliph.
Yuran yg dikenakan agak mahal, tapi sesuai dengan program tersebut. RM230 sebulan. Pengangkutan juga disediakan, antara RM80-90 mengikut kawasan. Oh...kelas swimming pon ada gak tau tapi bukan di tadika ni, dekat swimming pool la...RM500 utk 6 bulan course, seminggu sekali...wooo...bole tahannn...tapi ni optional la...
Tadika ni juga ada sesi pagi dan petang. Tapi sayang....utk 6 tahun sesi pagi dah penuh...huuuu..yg ada sesi petang je...adeiii petang ni leceh la sikit. Lagipon Aaliyah ni dah biasa tidur petang dlm kul 2-3 camtu. Kalau sekolah petang sian dia..mau tertido dlm kelas..hehe..
Tapi aku ckp ngan Pn Fara tu, kalau ada kosong let me know. Sebab kdg2 ada parents yg dh bayar booking fee tp x jadi. Kalau ada dia akan bgtau. Mudah2an ada la rezeki Aaliyah kat situ....
Pandangan dari luar. |
Aku dan Faezah |
Blog member aku ni kat sini
Ok. makanan dah sampai....
Chicken chop and fried rice pilihan Faezah |
Char kuey tiaw aku punya. Aku memang biasa mkn yg ni kalau pegi sini |
mocha...apa tah. ada icecream atasnya. ni pilihan kitorang berdua. Sedap!! |
Dan biasalah..masa makan tu sembang punya sembang..mcm2 cerita la ari tu.Aku pon dah lama tak jumpa minah ni. Tgh pregnant lima bulan skrg, anak yg ketiga. Alhamdulillah...aku doakan selamat semuanya. Dah lama sebenarnya nak jumpa tapi ada je hal memasing. At last, dpt gak jumpa,kan
Lepak2, sampai tak sedar jam dah pukul 2.00pm. Kami pon baliklah ke rumah...
Tadika oh tadika.... mudah2an ada rezeki kau, Aaliyah...
hye salam kenal. tinggal kat mana. anak ai dulu pun tadika kat situ jugak..
ReplyDeletesalam saya pun sekarang tengah mencari tadika area sri gombak... suggest mana yg ok?
ReplyDeleteAnak saya di tadika ikids juga. dah 2 tahun di situ. recommended..alhamdulillah sgt berpuas hati dengan didikan yg cikgu beri, pekerja2 kat situ very friendly dan sopan2 belaka.. confident nak tinggalkan anak2 kat sana..location dia taklah sunyi, cuma ke dalam sikit.. good for safety juga sebab kereta x laju dan bukan jalan besar.. senang jg nak drop anak, tak halang lalulintas... bole search facebook diorang tadika i-kids kalau x silap. diorang baru buka satu playschool di fasa 2 taman sri gombak juga..
ReplyDeleteBoleh tahu playschool di fasa 2 tu dah dibuka atau belum? Banyak kali juga dengar orang rekomen tadika ikids ni. Cemerlang2 student dia bila masuk darjah satu
DeleteSalam, kami ada membekalkan set memanah pada tadika-tadika seluruh Malaysia, boleh view detail di fb: jom ajar anak memanah
ReplyDeleteSalam.....msj sy no0122875563....
ReplyDeleteSalam.....msj sy no0122875563....
ReplyDeleteade kerjakosong sebagai guru tak?
ReplyDelete