Wednesday, October 3, 2012

Kerja Kerajaan

Karier sebagai penjawat awam. Atau senang citer, keje gomen.

Jika dibandingkan sebelum ini, senario sebagai penjawat awam memang banyak bezanya.  Dulu, tak banyak elaun dan insentif yang diberikan kepada kakitangan awam.  Gaji pokok pon tidak tinggi.  Apatah lagi sebagai guru, macam tak setimpal dengan tanggungjawab yang diberikan. Kalau nak naik pangkat atau gred, memakan masa yang lama.  Silap2 org atas dh pencen barulah dpt merasa kenaikan pangkat. 

Namun sekarang, amat berbeza sekali.  Penjawat awam yang mempunyai ijazah, layak untuk terus duduk selesa dalam gred 41, walaupon tiada atau dengan sedikit pengalaman kerja.  Tiada lagi konsep seniority dalam penjawatan. Ditambah elaun yang pelbagai dan insentif itu ini, gaji pokok yang tinggi, menjadikan karier dalam jabatan kerajaan sebagai pilihan utama graduan2 universiti saban tahun.  Semua pantas mengisi borang permohonan online SPA8. Dan menunggu penuh harapan akan mendapat panggilan temuduga.  Lama pon takpe. Sebab? Berbaloi menunggu walaupon lama. Cari lah kabel paling besar utk dpt keje gomen. Senang skit dapat.

Dalam fikiran dah berkira2 nak beli rumah, beli kereta kalau dapat kerja gomen.  Itu antara kelebihan kerja kerajaan ni. Nak buat personal loan pon amat mudah.  Banyak bank yang tersenyum lebar menawarkan kemudahan ini kepada penjawat awam.  Mesti lulus!! Gaji gomen dah mahal sekarang dowh...

Apakah faktor utama yang membuatkan tempat dalam agensi kerajaan sangat didambakan oleh semua graduan dan pekerja swasta yg tidak puas hati dgn majikan masing2? (termasuk la aku...hehe)

Satu perkataan sahaja. Apa dia? Senang je...aku rasa korang semua tau kan...haaaa...

PENCEN. PENSION

Yesss...inilah yang dikejar sebenarnya. Sebab? Ianya menjamin hari tua kelak apabila sudah bersara pada usia antara 55-60 tahun.  Untuk meneruskan hidup dengan selesa tanpa menyusahkan sesiapa.  Untuk duit makan minum, pakai, dan belanja sedikit.  Ramai juga pesara yang bisnes selepas bersara. Which is good.

Betul ke? 

Laa betul la. Itu janji kerajaan sebagai balasan kepada sumbangan masa dan tenaga yang telah dicurahkan oleh penjawat awam berbakti kepada negara. Sebagai kaki dan tangan kerajaan untuk melaksanakan agenda2 kerajaan. Sebagai mata dan telinga dari rakyat kepada kerajaan untuk mendengar dan memahami apa keperluan dan masalah yang dihadapi oleh rakyat. From public to non-public and vice versus.

Bukan soal pencen yang ingin aku bangkitkan kat sini.

Baru minggu lepas satu Malaya dengar Bajet 2013. Macam biasa, banyak faedah kepada penjawat awam. Yang swasta telan air liur je la. Bonus sampai tiga kali setahun, sapa x nak dowh...

Tak kisah sebenarnya kerajaan nak bagi bonus ke apa ke kat penjawat awam. Takde hal beb. Yang tak bestnya, produktiviti dan prestasi dok tang tuuuu jugak.  Gaji tinggi bonus dapat elaun itu ini, tapi bila kerja..hmmmm..maleh nak cerita beb. Terutama yg kerja sebagai front liner seperti di kaunter2 jabatan kerajaan. Nak senyum pon payah. Apa lagi nak memberi perkhidmatan yg cepat dan efisien.  Bukan semua, tapi kebanyakannya mcm tu la.

Kadang2, satu kerja tu sampai 2-3 pegawai terlibat.
 '.... Kena tunggu sain pegawai A la cik. Dia cuti, minggu depan baru dia masuk...'
Minggu depan
'....Pegawai A dah sain tapi kena tunggu pegawai B proses dulu. Cik datang balik lagi 3 hari ye, dia kursus  sekarang...'
Lepas 3 hari
'....Ok pegawai B dah proses. Sekarang baru pegawai C bole luluskan. Bawak balik dulu dokumen2 ni, bila dah lulus pihak kami akan hubungi cik...'

Tunggu. Seminggu, 2 minggu..eh dah sebulan.  Senyap jek


'....Dah lulus 3 minggu lepas. Takde orang hubungi cik ke?'

....................................................................

Aku rasa ramai, terlalu ramai yang pernah dan masih menghadapi masalah yang sama apabila berurusan dengan jabatan kerajaan. Tapi nasib baik urusan pembayaran tender2 kerajaan dah cepat sekarang. Ambil masa x sampai sebulan dah setel. Bagus. Macam itu yg kita mahu. Bernafas lah kontraktor2 bumiputera ni.

Itu tak kira lagi karenah sesama rakan sekerja di pejabat. Tikam belakang, kaki kipas, talam 2 muka antara spesis2 yang banyak menghuni di pejabat2 kerajaan.  Yang majoritinya Melayu beragama Islam. Letih dowh...ngadap spesis camni tiap2 hari.  Tapi ni bukan kerajaan shj, pejabat swasta pon banyak.Hehe...
Tah la..pelik kan.  Asal keje opis je ada je spesis ni. Tak pupus2 pulak tu.

Baru2 ni ada seakan perang mulut jugak la di facebook. antara cikgu cikgi dan seorang jurutera di mana jurutera tu dengan lantangnya menyuarakan pendapatnya betapa senangnye keje cikgu.  Apa lagi....cikgu2 semua melenting dan keluarlah mcm2 post di facebook membalas, membidas dan membilas(hehe..) kelaseran sang jurutera itu.  Ohhh...jgn melenting cikgu2.  Anda sebagai pendidik anak bangsa seharusnya berfikiran rasional, matang dan bernas dalam melontarkan pendapat anda kepada khalayak.  

' Kalau ada orang membaling batu ke arah anda, balinglah kembali bunga untuknya. Tapi ingat, balinglah dengan pasunya sekali.'

Kata2 ni saya dpt drpd post yang kawan2 saya share di facebook.  Hanya sebagai hiburan, ku kira. Namun amat sinis,kan?

Nampaknya ramai cikgu2 yang baling dengan pasu bunga sekali.

Korang paham ke apa aku ckp ni? Sila buat2 paham ye. Ye la aku ni bukan journalist ke columnist ke, terer susun ayat. 

Ku bukan hendak kondem kerajaan. Tidak.No.Nehi. Cuma melahirkan pendapat semata mata.

Aku pernah berpeluang berkhidmat di sebuah badan berkanun selama setahun secara Sambilan. Gred 27. Masa tu aku mmg amat memerlukan pekerjaan. Entah macam mana aku terjumpa seorang kenalan lama di situ semasa hendak menyerahkan borang permohonan.  Besar sungguh jasa kawanku itu yang sekarang ku anggap sbg adik angkatku. Dia lah yang membantu aku untuk mendapatkan pekerjaan di situ. Alah..senang citer, naik cable car la apa lagi..hahahahha...

Frankly speaking, i really enjoying myself working there.  I felt like i'm in my own skin. Memang itulah jiwaku. Best, memang best. The work itself was great. I was crying inside on the last day of my one year contract.  Despite of some bitterness while i was there, i loved the place so much. And the job of course.  

Sekurang2nya aku berpeluang berkhidmat di jabatan kerajaan, walaupon badan berkanun. Alhamdulillah.

Tapi, mcm biasa. Orang2 yang kerja di situ yang membuatkan suasana jadi tak best. Tapi tak perlulah aku cerita in detail kan. Sebab bukan itu tujuannya.

Apa yang aku harapkan, agar prestasi penjawat awam biarlah seiring dengan kemudahan2 yang diberikan kepada anda.  Duit kerajaan adalah duit rakyat juga. Itu amanah kepada anda semua.  Kepada guru2 usah mengeluh dgn bebanan guru kerana anda sudah membuat akujanji apabila menjawat jawatan itu.  Usah melenting jika dicuit oleh suara2 nakal, yang mempersoalkan kewibawaan anda sebagai pendidik. Balaslah dengan berhemah, kerana itu tanda orang berilmu.

Kepada penjawat awam, berikanlah perkhidmatan yang terbaik utk rakyat.  Itu sahaja yg kami minta. Kalau anda bagus, kami takkan pertikaikan kalau kerajaan nk bagi bonus byk mana pon. Kalau anda efisien, servis tip top... kami x kisah kalau anda nak meniaga kain ke tudung ke brooch ke mekap ke..dalam waktu pejabat.  Kami tutup mata je. Kalau ada yg berkenan boleh jugak beli dari anda...hehehe

Adakah SEMUA penjawat awam akan kerja sampai pencen?

Rupanya, jawapannya adalah tidak semuanya.

Ramai juga sanggup yang melepaskan jawatan dlm jabatan kerajaan kerana tidak tahan dengan permainan kotor yang dilihat saban hari.   Bila di tanya, tak menyesal ke? Tidak. Malah hidupnya lebih tenang dan rezeki juga makin murah.  

Tak kurang juga sedang berkira2 untuk keluar, daripada non-public to public. Well, the choice is yours.

Aku? 

InsyaAllah. Lagi setahun aku akan bersara awal. Eh? Pelik ke? 

Ok la...nk resign.  Ooo mentang2 aku ni keje swasta tak bole ckp bersara eh.  kuikuikui....

Menteri di Kementerian Rumah Tangga. Full time. Buat bisnes dari rumah dan online. Hantar dan ambil anak dari sekolah.  Masak. Jaga rumah tangga. Elaun? Kepuasan menguruskan keluarga. Pencen? Cinta dan kasih sayang dari keluarga.

And BE YOUR OWN BOSS. 

InsyaAllah, bumi Allah ini luas. Rezeki, bukankah dari Allah?

How cool is that, huh?

6 comments:

  1. best baca..dan semua yg diterangkan adalah benar belaka dan terjadi kt tempat saya. skrg dk pikir2 nak resign, bkn sbb org lain tp diri sndiri x tenang dan rasa gaji x berkat sbb slalu mrungut pasal keja sndiri. so ingat nak buat bisnes sendiri. saya tersentuh bila tipah ckp sggp berhenti keja utk jaga urusan rumah, tahniah..itulah pekerjaan pling mulia.

    ReplyDelete
  2. tabikkk kat tipah.sy slh sorg nak kua dr gomen.dah penat jd 'saya yang menurut perintah'.

    ReplyDelete
  3. Salam..saya pun sama. Nk.tggu umur pencen tak tentu .. anak dan suami kurg dpt ksh syg. Hnya hari mggu shja masak..biarla mnyesal.skrg dr mnyesal kmudian.. mak abah memg marah katanya rzki nak dibuang tapo dr batin terseksa..hidup pun bukan selamanya..baik hbis bersama keluarga dan belajar agama..insyaAllah..ini dri sy ye.. bukn org lain..

    ReplyDelete
  4. Salam..saya pun sama. Nk.tggu umur pencen tak tentu .. anak dan suami kurg dpt ksh syg. Hnya hari mggu shja masak..biarla mnyesal.skrg dr mnyesal kmudian.. mak abah memg marah katanya rzki nak dibuang tapo dr batin terseksa..hidup pun bukan selamanya..baik hbis bersama keluarga dan belajar agama..insyaAllah..ini dri sy ye.. bukn org lain..

    ReplyDelete
  5. Nk tanya..kerja kerajaan memg pengalaman kerja swasta yg lalu dia tak ambil kira ke?

    ReplyDelete
  6. Sy Masih dlm dilema,mau berhenti atau terus bekerja...atau tukar bidang

    ReplyDelete