"ishh lambat lagi la bang...."
" kena daftar dah sekarang, kalau tak penuh nanti. sekarang memang kena daftar 2 tahun sebelum tau. Kalau lambat kena hantar sekolah lain.Baik buat cepat..."
Uishhhh....gitu ke?? Akak tak tau...maklumlah first time anak nak masuk darjah satu tahun 2014. Sekarang semua kena cepat. Tapi sebelum pegi ke sekolah pilihan kita, kena buat pendaftaran secara online dulu. Gitu ghopenyer prosedur sekarang. Oleh itu akak dgn pantas telah pergi mendaftar sekolah Aaliyah pada Khamis lepas, sebab akak dh cuti sehari sebelum raya haji. Nasib baik pejabat sekolah tu masih dibuka.
Macam mana nak daftar sekolah?
A. Daftar online kat sini .Ikut negeri masing2 ye...aku negeri Selangor.
Isi borang online tu ikut apa yang diminta. Dah isi siap2, PRINT BORANG TERSEBUT. Simpan. Sebab anda kena bawa print out tu ke sekolah semasa mendaftar.
B. Pergi mendaftar di sekolah pilihan anda.
Sebelum pergi mendaftar tu, pastikan anda bawa :
1) Kad pengenalan ibu DAN bapa ( salinan )
2) Sijil Nikah ( asal dan salinan)
3) Sijil Kelahiran anak ( asal dan salinan)
4) Print out pendaftaran online (asal)
5) Sampul surat putih 4' x 9' beserta setem 60sen dan ditulis alamat surat menyurat.
Bagi semua2 ni pada pegawai bertugas. Bulan Ogos 2013 akan dapat jawapannya melalui pos dan boleh semak secara online. Masukkan nombor pendaftaran sijil kelahiran anak anda utk semak status. Dapat atau tidak dtg ke sekolah dengan membawa surat jawapan tu nanti.
Haaa...gitu le proses pendaftaran sekolah sekarang ni. Akak baru tau uollsss..hehe. Dan akak telah selamat mendaftar anak akak di sekolah lama akak, Sekolah Kebangsaan Taman Sri Gombak yang tercinta.
Masuk je pintu sekolah, lain sangat dah persekitaran sekolah tu sekarang. Cantik sangat!!! Penuh pokok2 bunga, bersih dan menarik. Dan sekarang dah ada Sek Keb.Tmn Sri Gombak 2, dibina di atas padang. Jadi sekolah tu skrg dh xde padang....sayang....tapi nk buat mcm mana, permintaan yg amat tinggi kat area Gombak ni.
Daftar kejap je tak sampai 10minit. Yang lama nya, aku bawak Aaliyah pusing2 sekolah tu.
Aku pon amek kesempatan utk amek gambar2 sekitar sekolah tu.
Cantik. Banyak pokok bunga |
Lawa lanskap. Jeles |
Surau pon besar,selesa dan bersih |
Area ni mungkin bebas utk apa2 aktiviti kot. Dulu mmg xde apa kat sini |
Kalau korang lom daftar lagi sila cepat ye, sekarang bukan macam dulu, semua mau cepat dan tangkas!!
No comments:
Post a Comment