Tetiba nak feeling diva plak. Ahakksss..
Sabtu lepas. Hanya berdua bersama adik ku Alin.
Destinasi : Yoyoy Kamphora Spa
Tujuan : Memanjakan diri, girls day out dan celebrate birthday masing2 in advance.
Temujanji yang dah dibuat beberapa hari sebelum itu pada pukul 11.00pagi. Kami diberitahu pakej yang kami ambil itu mengambil masa antara 2-3 jam. Tak kisah lah....ku rela....demi memanjakan diriku ini.
Sesi Pertama : Sauna
Wooooo...best gilerrr okeh sauna. Tahap kepanasan sauna tu pon ok just nice. Kalau x panas takde maknanye sauna itu,kan...kalau panas sangat, masak la akak dlm sauna tu..heee
Sauna tu selama setengah jam. Staff situ selalu jengok aku dlm bilik spa tu, tanya...'ok ke...?'
Akak ok dik....steady..
Sauna ni aku buat sorang sebab Alin tak bole sauna sebab preggy. Hehe...Jadi, Alin pon terus masuk sesi urut. Urut pon khas utk org preggy, tak meniarap. Hanya perlu mengiring sahaja. Bagus.
Lepas setengah jam, aku pon keluar dari kebuk wasap tu (peti sauna tu le..hehe). Siyes...ringan giler badan aku. Pastu wangi je. Sebab sauna tu ada sedikit herba2 dan akar kayu. Memang menyegarkan.
Aku diberi minum segelas air suam. Dan bersedia utk sesi seterusnya.
Sesi Kedua : Urutan Badan
Lepas sauna tu, aku mcm kena rehat sekejap. Bukan terus urut. Mungkin bagi otot2 rileks sebentar sebelum diurut. Agaknye laaa...hehe...
Sebelum urut, adik tu tanya, nak tambah Aura Seri tak? dengan minyak halia. Kalau Aura Seri RM10 minyak halia RM5. Aku pon amek le dua2...kata nak cantik kan.....
Oh my.......sangat BEST okehh...walaupon adik tu comey je tapi bila urut hamek ko...mmg best. Masa ni kalau ko rasa urutan tu agak menyakitkan kau bole ckp ngan adik utk kurangkan skit. Macam aku, memang ada certain part yg sakit bila diurut but i dont mind. Sebab mmg dah sakit, itu tujuannya aku gi urut. So, aku layan je. Sikit2 hilang sakit tu bila diurut.
Masa aku tgh diurut ni, Alin dah start buat facial. Tetiba dengar dengkuran halus. Chett...bole tido minah ni..dasattt...punya la layan, sampai tetido...
Rasanya inilah urutan badan yang sebenar. Satu badan kau diurut, termasuklah kepala dan muka. Kira macam anti stress la. Kening, mata, dahi...semua lah. Telinga pon diurutnya!! Part yang paling aku suka urut bahu, kepala dan muka. Very relaxing gituu....
Aku rasa urut badan ni ambil masa dalam sejam jugak la. Mungkin sebab akak ni plus size kot, amek masa la kan...hehe..Akak respect kat kau dik, walaupon ko kecik je orangnye, kau berjaya urut akak dengan jayanya..hehe
Sesi Ketiga : Facial-Face Lifting
Dah urut. Sekarang utk facial.
To be honest, inilah first time in my life buat facial, ever...dah nak masuk 34 dah akak ni, baru le pandai nak facial2 bagai. Ye la..tetiba rasa perlu plak buat. Sindrom apakah ini? Ahakksss...takmo jawab...hahaha
Memula muka dicuci dulu. Sepanjang sesi urut dan facial ni ko tak perlu bangun langsung. Cuma baring je, semua orang buatkan utk kau. Memang betul2 manja!!
Dah cuci, sapu itu sapu ini..mcm2 disapunya sampai aku pon dh tak tau apa yang disapu tu. Aku layan je, maleh nak tanya, nanti stress...hahaha
Pastu disapu masker. Masa ni aku ditinggalkan sebentar sebab tggu mask kering. Sejuk je mask tu, aku pon tertido kejap. Alin plak dah nak abis dah facial dia. Dia cakap dia tggu kat luar.
Pastu adik tu dtg balik. Dah cuci mask tu, disapu mcm2 lagi. Dan muka ku diwapkan sekejap, bagi pori2 tu terbuka. Pastu dia amek satu tool tu ditekan2 nya muka akak. Ouchhh!! pedih kejap. Aku tanya apa tu, rupanya dia buang blackheads and whitehead yg besepah kat muka aku ni. ooo..akak tak tau dik..ingat ko buat apa..hehe..berair gak la mata aku menahan pedih tu..hahahahhaa..betul la kata pepatah Jawa, '...NO PAIN NO GAIN...' Nak cantik? tahan kejap ye...sikit je.
Ok. dah picit2 black and white heads tu, sesi diteruskan lagi dengan face lifting. Muka diurut2 dibelai2...bgi peredaran darah ke muka lancar dan menaikkan seri wajah. Kalau dibuat selalu, boleh mencantikkan bentuk wajah. Takde cucuk apa2 pon, hanya urut dan krim sahaja digunakan. Best....sangat BEST.
Selesai. 3 jam untuk memanjakan diri. Sangat berbaloi.
Rasa cam tak nak bangun.Hehe..
Pada aku, urutan badan situ adalah yang paling best pernah aku try. Sebelum ni ada jugak urut tapi urut lepas bersalin je dan pernah try urut badan di satu pusat refleksologi. best, tapi bila dah try di Yoyoy ni, terus aku jatuh cinta. Memang highly recommended!!! Cuba la...Spa ni ada dua cawangan. Satu di Taman Melawati dan yang aku pergi ni di Pinggiran Batu Caves. Ada page di facebook, taip Yoyoy Kamphora Spa.
Aku dpt snap dua gambar je sebab lighting dlm spa ni ala2 romatik gitu so gambar tak cantik, handphone aku pon xde flash.
Sebahagian interior kat situ. Ini di bahagian kaunter dan ruang menunggu. Sori ye sebab gambar tidak memuaskan.
Oh ye. Sebenarnya pakej yg kami ambil ni RM250.00 utk dua orang. Kalau seorang RM130.00. Tapi disebabkan Alin pregnant, tak bole buat sauna, kami terpaksa ambil pakej berasingan. Aku ambil pakej RM130 dan Alin ambil urut dan facial secara berasingan. Jadi, pakej aku RM130.00 Tambah Aura Seri 1 botol dan minyak halia, dan span baru, RM155.00 semua sekali. Span utk facial tu terpulang pada kita nak guna yg dah ada atau nak beli baru. Satu span RM10. Baiklah beli baru, aku tak mo tanggung risiko. Muka aku ada satu je. Kalau jadi apa2, camno? Bila dah beli span tu, diorang akan simpankan utk kita dan letak nama kita. Kalau dtg lagi, dia akan guna span tu balik. Kalau next session nak beli span baru pon bole, terpulang lah masing2.
Mahal? Pada aku berpatutan la..sebab urut dia best. Satu badan okeh, bukan senang. Facial pon best. Sesekali...bukan selalu. Siapa lagi yang nak memanjakan kita kalau tak kita sendiri?
Kenapa? Kerana diriku begitu berharga!!!
Choww!!!
No comments:
Post a Comment