Wednesday, March 28, 2012

Sebotol Arak...



Lokasi : Di Sebuah Kawasan 'Business Centre' di Sri Gombak

Waktu : Pagi hari yg hujan

Harapan : Semoga ianya bukan bekas daripada seorang muslim.

Maaf, kualiti gambar kurang memuaskan sebab diambil ketika hujan.

Sekadar berkongsi, catatan peribadi di blog yg tak seberapa ini.

Terima kasih kerana membaca. Sekian

Tuesday, March 27, 2012

Jaga Kesihatan

Assalamualaikum semua,

Dah berapa hari tak update. Demam, selsema, batuk kering selama 3 hari sejak hari sabtu. Alhamdulillah, hari ni dah boleh bekerja semula.  Semalam terpaksa MC kerana hilang suara.  Macam mana nak kerja? Satu lagi aku takut gak terjangkit kat officemate lain, sebab batuk2 dan selsema. 

Jadi, selama 3 hari lah aku bertapa dalam rumah saja, kerana tak mau keadaan bertambah teruk.  Maklumlah, sekarang cuaca tak menentu, dan kdg2 jerebu sikit di luar tu. Lagipun bila makan ubat tau2 je la..mmg nk tido je rasa.  Kalau tak mkn, batuk menjadi2 pulak.

Ok la aku pon takde apa nak cerita, cuma saje ngada2 nak mengadu kat korang...hahahaha..sekali sekala nk bermanja kan..heeee..

Nasihat aku, minum air kosong banyak2 ye, skrg musim tak menentu, jagalah kesihatan korang kerana kesihatan itu amanah dan nikmat Allah utk kita.  Jadi, jagalah, sebab kalau nikmat tu ditarik balik, kita akan membayar dgn harga yg mahal sekali.  Semua yg Allah kurniakan kepada kita percuma, tugas kita adalah menjaganya dgn baik agar dpt beribadah dan bekerja dengan sempurna.

Health is Wealth :)

Sekian.

Friday, March 23, 2012

Kawan, Sahabat, Teman




 

Kawan,
Hadirmu menceriakanku
Ketawa bersama bahagia ku rasa
Namun bila duka menyapa
Kau berlalu tanpa kata

Sahabat,
Kau setia mendengar rasaku
Sedihku, gembiraku, sayuku, ketawaku
Terima kasih sahabat
Sabarmu tidak ku ragu

Teman,
Kau satu dalam seribu
Pahit manis kau tetap di sisiku
Berkongsi rasa selami kalbu
Duka ku duka mu
Tawa ku tawa mu
Walau ada kala kita terasa
Namun hati tak pernah sengketa 
Wahai teman, tiada kata mampu ku tutur
Hanya doa, agar kau sejahtera
Kerna ikhlasmu membahagiakan temanmu

 
Terima kasih kerana membaca karya yg x seberapa ini. Sekadar menulis, berdasarkan pengalaman hidup.

Nah bunga ni utk korang, cantik tak?