Kalau boleh ku bergulung dalam selimut, baring di atas bantal yg empuk..hmmmmm alangkah nikmatnya...
Kenapa aku mengantuk sgt2 hari ni? haaaa jgn fikir bukan2 ye. Mentang2 lah smlm malam jumaat kan..heheheh..pastu apa kena mengena dgn cupcakes pulak?
Malam tadi aku buat cupcakes sebenarnya. Buat cupcakes tu takde la lama sgt, sbb simple je pon deconya. Bab mengemas segala kitchen utensils yg telah aku pakai utk merealisasikan cupcakes iteww la yg lama nye. huhuhu...
Kenapa aku rajin bebeno buat cupcakes di malam hari?
Hari ini Tadika Nanie ada buat birthday party utk budak2 yg lahir pada bulan Januari, Februari dan March. Isnin depan kan dah cuti sekolah seminggu, jadi cikgunya buatlah party tu hari ni. Kalau nak bagi kuih ke, kek ke atau goodies bag ke dialu-alukan oleh pihak tadika tapi bukanlah paksaan. Sebab tu lah aku buat cupcakes yg comey itu kerana aku tak rasa ianya satu paksaan...boleee..hahaha..Aku buat sebab aku minat membuatnya. Boleh la aku 'berkarya' dan bermain dgn buttercream atas muka kek cawan itu dgn lakaran2 yg sesuai dgn birthday party. Ibarat cupcake tu kanvas dan buttercream tu oil painting..waaahh!!
Hari ni murid2 semua boleh pakai pakaian bebas (bukan uniform). Jadi aaliyah pon ku pakaikan gaun labuh. (lupa lagi amek gambar!!!).
Aku letak gambar cupcakes yg aku buat je dulu ye. Kalau aku dpt gambar2 masa birthday party tu aku masukkan dlm entri lain ye.
Chocolate almond cupcakes with buttercream |
Jaga diri dan jumpa lagi!!
No comments:
Post a Comment