Friday, March 16, 2012

Roselle oh Roselle

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah. Cantik cuaca pagi ini.  Tidak mendung, matahari bersinar dgn girangnya, awan dan langit kelihatan amat harmoni sekali.

Ok la aku bukan nak jadi penyampai berita keadaan cuaca hari ini ye..Sekadar melahirkan rasa syukur dan kagum terhadap ciptaan Allah Taala utk kita semua umat manusia.

Korang pernah minum air roselle tak? Yg pernah minum mesti tau camne rasanya.  Ala2 Ribena gitu.

Sebenarnya air roselle ni dah lama aku buat. Saje aku masuk dlm entri kali ni sebab dah takde idea nak update..heheh bolee..Walaupon idea dah basi, tapi tak kira, nak letak jugak2!

Sebelum aku minum yg dibuat sendiri, ada beberapa kali dah cuba kordial roselle. Sedap..sampailah aku cuba buat sendiri. Lagi sedap beb!!! Dan lebih bagus kerana tiada bhn pengawet.  Apa yg perlu ada cuma bunga roselle, gula dan air.  Itu sahaja.

rupa paras bunga roselle yg dah layak utk dibuat air.

Aku terjumpa bunga roselle ni kat kedai runcit area rumah aku. Wahhh dgn girangnya aku terus membeli sebanyak RM4.  Sampai rumah terus mula memproses bunga2 itu.  Ceraikan kelopaknya, buang yg bulat di tengahnya. Basuh bersih2 sebelum direbus.

Proses merebus





Masa ni aku letak dlm 2 liter air. Rebus selama 10minit. Masa ni boleh tambahkan gula, ikut citarasa masing. Tutup api dan biar sejuk.  Dah sejuk, tapis.


Nyaman kan?




Kalau rasa agak pekat, boleh ditambah air. Tambahkan kiub ais dan sedia utk dinikmati.  Memang sedap, menyegarkan. Kalah Ribena beb!

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment