Baru la plan nak menyimpan lebih sedikit drpd biasa, kereta gabanku pulak ingin 'bermanja' denganku dengan permintaan untuk sesi spa ekslusif di bengkel berhampiran selama 2 hari 2 malam. Hmmm...
Nak buat mcm mana, kereta tu penting utk bergerak. Pegi mencari rezeki, pergi hantar aaliyah ke tadika, pergi ke pasar, pergi ke bakeri, pergi ke aerobik dan mcm2 tempat lagi. Bila pikir semua tu, terus ku turutkan permintaanmu wahai sang kereta. Apa sangat lah RM sebanyak 3 angka tu kan, kalau nk dibandingkan dengan jasa dan kepentinganmu dalam hidupku.Wahhh...(ayat memujuk poket sendiri)..nasib baiklah suamiku memahami isterinya. Dengan senang hatinya beliau telah sponsor separuh drpd kos sesi 'spa' di bengkel itu. Alhamdulillah....thank you Daddy :)
senyum je ye..lepas spa..tuan mu je yg tak berapa nak senyum bulan ni tau..huu |
Dengan ini ku isytiharkan bulan ini sebagai bulan berjimat cermat.
Sekian.
No comments:
Post a Comment