Siapa suka makan cendol???
Aku rasa kebanyakan drpd kita sukakan cendol. Rasanya yg lemak drpd santan, manis drpd gula melaka ditambah lagi dengan aksesori2 lain spt kacang merah, cendol, jagung manis dan pulut. Makan waktu tengahari mmg terbaeekk!!
Tapi pernahkah korang makan cendol bakar?
Haaaa....aku baru je makan sabtu lepas.
Gerai Cendol Bakar ni aku ternampak sewaktu dalam perjalanan ke Kuala Selangor. Masa tu nak pegi tgk rumah adik aku yg baru kahwin tu, org baru dpt kunci rumah kann...excited ye tak..hehe..adik aku dah pegi pagi2 lagi dgn kawan dia nak cat rumah. Husband dia dtg ptg skit sebab keja ari sabtu. Jadi aku, mak aku dan aaliyah menyusul lambat sikit. Bukan lambat saja2 yee, siapkan bekal lunch sekali okehh..hehe..saja je terlebih rajin pulak aku ari tu, bukan tak boleh beli je kan. Lauk ala kadar je, sambal sardin dan kicap telur, tapi tetap puas dan kenyang sebab makan ramai2..best!!
Ok la aku bukan nak citer pasal lauk pauk ye dan bukan juga nk tulis resepi. Jangan risau..hehe..
Kalau korang daripada arah KL, Sg Buloh, gerai ni berada di sebelah kanan korang. Sebab tu la masa aku ternampak gerai ni masa nak ke KS aku ckp dgn mak aku....' balik nanti kita singgah ye mak...' mak aku pon ok je.
Ni la pemandangan Gerai Cendol Bakar kalau dari jauh. Siap pasang bendera kaler2 supaya boleh dilihat dari jauh. Tapi rasanya ramai yg dah tahu tempat ni cuma aku je yg baru tahu..hehe. Tak salah kan aku share kat sini? Kat dalam tu ada disediakan tempat parking tapi xde pon yg parking kat dalam. Berderet je keta kat bahu jalan. Termasuk le kitorang!!
Kecik je gerai ni..dah nama pon gerai kan. Waktu kami singgah sini dalam pukul 2.30ptg dan dah tak panas sgt. Just nice.
Kat sini mengamalkan konsep layan diri. Maknanya, kena beratur nak order cendol. (dah siap ada signboard kat situ). Masa tu dah rasa mcm tak best je. Tapi sbb nak rasa jugak, aku pon tggu je la. Tgk brader dlm gambar kat atas, siap cekak pinggang lagi! Hehe..sabar ye bang dah siap tu.
Ni la cendol aku ngan mak aku. Aku order cendol biasa
Sedap gilerrr okeehhh!!! Tak sia2 beratur lama tadi. Berbaloi2!!. Cukup lemak, santan yg segar dan manis yg secukup rasa. Tak lebih tak kurang. Tgk la mangkuk aku tu, licin sampai boleh nampak bayang aku snap gambar!
Dan utk pengetahuan korang, yg ni sebenarnya mangkuk kedua!! Dan the best part is..FREE REFILL!!!
Itulah penarik utama gerai Cendol Bakar ni, selain daripada keenakkan cendolnya. Tapi, aku lupa nk snap bunting yg ada tulis FREE REFILL tu. Korang boleh tambah dengan percuma tau. Bawak je mangkuk cendol yg dah licin tu ke kaunter dan minta utk refill. Itu sahaja.
Sambil2 menikmati cendol tu, aku berborak dgn mak aku, mcm mana tauke gerai ni bole untung dengan konsep sebegini? Ye la, harga semangkuk cendol biasa cuma RM2.00 sahaja. Harga kelapa pon dah mahal sekarang, apa lagi harga santan segar. Tak kira lagi kos utk gula melaka, akesori lain spt cendol, kacang merah, pulut, nata de coco, susu cair dan ais? Sewa tempat mmg takde la sbb gerai ni mmg dibina sendiri. Entahlah...hairan juga kami memikirkannya. Aku percaya, korang semua pon rasa macam tu kan?
Sambil2 berbual tu, aku terpandang signboard kat atas. Baru lah aku faham..tuan punya gerai ni berhati mulia dan pemurah. Alhamdulillah...masih ada manusia yg prihatin dan tidak mengejar keuntungan semata2.
Setelah kenyang menikmati dua mangkuk cendol yg enak tu, kami pon berangkat pulang ke Sg Buloh dengan membawa cerita tentang Cendol Bakar kepada familiku dan ku abadikan dalam blog ini.
Dan sampai sekarang aku masih teringat2 akan keenakannya!!
No comments:
Post a Comment