Tuesday, March 27, 2012

Jaga Kesihatan

Assalamualaikum semua,

Dah berapa hari tak update. Demam, selsema, batuk kering selama 3 hari sejak hari sabtu. Alhamdulillah, hari ni dah boleh bekerja semula.  Semalam terpaksa MC kerana hilang suara.  Macam mana nak kerja? Satu lagi aku takut gak terjangkit kat officemate lain, sebab batuk2 dan selsema. 

Jadi, selama 3 hari lah aku bertapa dalam rumah saja, kerana tak mau keadaan bertambah teruk.  Maklumlah, sekarang cuaca tak menentu, dan kdg2 jerebu sikit di luar tu. Lagipun bila makan ubat tau2 je la..mmg nk tido je rasa.  Kalau tak mkn, batuk menjadi2 pulak.

Ok la aku pon takde apa nak cerita, cuma saje ngada2 nak mengadu kat korang...hahahaha..sekali sekala nk bermanja kan..heeee..

Nasihat aku, minum air kosong banyak2 ye, skrg musim tak menentu, jagalah kesihatan korang kerana kesihatan itu amanah dan nikmat Allah utk kita.  Jadi, jagalah, sebab kalau nikmat tu ditarik balik, kita akan membayar dgn harga yg mahal sekali.  Semua yg Allah kurniakan kepada kita percuma, tugas kita adalah menjaganya dgn baik agar dpt beribadah dan bekerja dengan sempurna.

Health is Wealth :)

Sekian.

No comments:

Post a Comment