gambar ehsan Harian Metro |
Bila baca mcm mana semua tu berlaku, bermula dari ibunya menyuruhnya ke kedai membeli maggie kerana sedang asyik bermain Facebook, sehinggalah penemuan rangka rentung yg disahkan Dirang...perasaanku bercampur baur. Pelbagai persoalan menerjah ke benak ku.
Patutkah anak yg berusia 5 tahun, tak kiralah boy or girl, disuruh ke kedai seorang diri, walaupun dalam jarak yg dekat?
Mengapa ibunya sanggup bertindak demikian kerana tidak sanggup meninggalkan rakan2 di alam maya?
Tidakkah ibunya mengambil iktibar daripada begitu banyak kes2 culik, rogol dan bunuh kanak2? Dirang adalah budak perempuan yg comel!
Kalau kes Dirang bukan kes culik menurut pihak polis, mengapa Dirang dibunuh dan dibakar? Apa salah dan dosanya? Sungguh Kejam!!!!
Bagaimanakah perasaan ibunya bila mendapat berita sebegini dan melihat rangka rentung anak yang dikandung selama 9 bulan, yang dilahirkannya, dibesarkan dengan penuh kasih sayang selama ini?
Adakah ibunya merasa menyesal tak sudah, mengenangkan tindakannya tempoh hari....?
Sebagai seorang ibu, aku boleh gila kalau perkara begini terjadi pada diriku!!! Tiada guna menyesali salah sendiri, nasi sudah menjadi bubur.
Ternyata pisang sering berbuah dua kali lewat zaman ini.
Aku bukan hendak mengutuk tindakan sang ibu, kerana tiada gunanya lagi utk berbuat demikian. Ini adalah peringatan utk diriku dan kita semua. Simpatiku tetap ada...
Terlalu ramai orang yg berniat jahat di sekeliling kita sekarang ini. Dalam rumah sendiri pon belum tentu selamat. Apatah lagi di luar rumah. Orang kaya atau miskin, semuanya menjadi sasaran. Status bukan lagi kayu pengukur tahap keselamatan kita dan keluarga.
Jadi, apa yg boleh kita lakukan?
Pada pendapat ku, usaha, berdoa dan tawakal. Hanya pada Allah kita memohon dan berlindung.
Utk berita penuh, sila baca sini ,
Juga sini
Al Fatihah untuk adik Nurul Nadirah...
Al-Fatihah utk arwah Dirang & aku mengajar pakciknya (form 2 skrg).
ReplyDeleteO ye ke..tak sangka ye..kesian kan arwah tu. Aku tak leh thn baca kes2 melibatkan budak2 ni...sayu beb.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete