Assalamualaikum semua,
Pagi Isnin yg lengang di atas jalan raya Kuala Lumpur. Sebab apa? Cuti sekolah dah bermula!!!
Aaliyah pon cuti tadika juga selama seminggu. Pagi ni en suami dan aaliyah hantar mommy ke opis kerna mobilku meragam. Biasa la..kereta dah 10 tahun kan, macam2 la. Harap2 dpt siap cepat itu karita (slang sabah plak tetiba kann..hehe)
Sabtu lepas aku sekeluarga telah melakukan edisi terjah ke rumah adik bongsu ku di Kuala Selangor. Terjah tu dgn 2 tujuan, pertama sebab Abah dan abangku belom pernah menjejakkan kaki mereka ke rumah itu. Kedua, sebab meraikan harijadi abangku yang ke 36 dan putera sulungnya, Khalis Danial yg ke 9 thn. Hehe..otai suda abangku itu. Hisshh..kalau dia dah otai, aku pon apa kurangnya!! wahhh!!
|
Anak2 buahku 4 org lelaki, aaliyah je yg girl (setakat ni ye), kakak iparku, adikku dan emakku. Tunggu abis nyanyi, nak tiup lilin |
|
Nasi minyak, ayam masak merah, daging briyani dan acar. Susah2 je Kak Bai masak, terima kasih ye. Sedapp!! (mcm tuan rumah pulak kan..hehe) |
|
|
|
Birthday boy..dah 9 thn dah dia, kejap je dah beso |
|
yg kenit2 ni sibuk main bola beso tu. Bagi main dlm bilik, takde kacau kat luar |
Lepas celebrate, makan2 dan bergambar, kami pon balik. Sebelum tu dah set, pekena cendol bakar dulu!! Jadi, kami semua pon berangkat beramai2 ke sana utk menambahkan kalori. Hehe..Adik aku Alin pon join gak sebab dia jumpa husbandnya di Sri Gombak, dan bertolak ke Temerloh dari sana.
|
Dialog Alin....' ni boleh panggil Cendol 2.0 ni!' hahaha.. |
|
Kak Bai punya spesel, cendol durian sbb Ikhlas ni suka durian. Sedap gak, mcm rasa bubur kacang pon ada |
|
|
|
|
|
Alhamdulillah, dapat berhari minggu dgn famili mcm ni mmg seronok. Walaupon aktiviti yg simple, tapi tetap bermakna. Ye la, dapat jumpa pon weekend je. Semua dah ada famili sendiri, jadi hari minggu mcm ni digunakan sebaik mungkin dgn diorang, terutama dgn parents. Sekarang parents aku dah takde pening2 kepala dah, semua anak2 dia dah lepas. Dah kerja, dah kahwin dan beranak pinak (aku je lom menambah..huuu..lom ada rezeki..insyaAllah). Kira cucu je la sekarang..heheh..tunggu Alin la pulak kan..takpe, baru lagi, rilekkkss...
Ok la. Nak sambung kerja. Di pagi Isnin...hmmmm..jumpa lagi!!
No comments:
Post a Comment