Wednesday, January 23, 2013

Hati Seorang Isteri

Assalamualaikum semua,

Haiiii lama tol tak update. Rindu nak membebel kat sini.  Bukan apa, ada masalah peribadi yg tak bole dielakkan. Jadi aku kena setel kan dulu.  Dah dua hari aku tak kerja, amek E/L.  Hari ni baru masuk kerja setelah dapat kekuatan kembali.

Kalau tgk tajuk entry ni, mesti korang ingat ini entry sedih kan? Memang pon..

Apa yang berlaku sebenarnya tak perlu aku cerita kat sini.  Terlalu peribadi. Sangat2 peribadi.  Cukuplah aku katakan ianya asam garam berumahtangga.

Sebagai wanita, isteri dan ibu, apabila diduga dgn ujian2 Allah, apalah yg terdaya dilakukan selain menangis semahunya.  Apalah dayaku, air mata wanita ku adalah cara utk melepaskan tekanan dan ujian yg amat2 besar ini.

Hati seorang isteri, sungguh rapuh, sungguh lemah...
Bila diuji dia menangis semahunya
hatinya begitu pedih bagai disiat2
akalnya tak mampu membendung perasaan yg bertimpa2
akal wanita hanya satu, sedangkan nafsunya sembilan
Jika diikut kata hati, sudah tentu tewas lah akal yang satu itu
Namun. Allah Maha Besar
Isteri itu dikurniakan seorang anak
Anak yang menjadi lambang cinta kasih sayang yang tak bertepi
Antara isteri dan suami
Lantas dia tersedar
Anak itu anugerah Allah, amanah Allah
Yang wajib dijaga dan dibesarkan dgn penuh kasih sayang
Bila melihat wajah anaknya yg suci, tulus, bersih, tiada secalit dosa pun
Bila direnung mata anaknya yg bersinar tenang
Bila dikucup pipinya yang gebu mulus
Bila diusap rambutnya yang ikal lebat
Lalu si isteri pun memeluk anaknya itu erat2 seperti tak mahu dilepaskan sampai bila2
Dan hadirlah satu kekuatan yang luar biasa untuk si isteri
Maka hati si isteri tadi yang rapuh dan lemah itu tiba tiba menjadi sekuat besi waja
Sedarlah si isteri bahawa hidupnya bukan lagi utk dirinya, tetapi diabadikan untuk anaknya itu
Hidup si anak yang masih lagi panjang
Itulah kekuatan si isteri yang diuji

Hati seorang isteri
Betapa teguhnya perasaan cintanya kepada suaminya
Semakin diuji semakin mendalam cintanya itu
Lantaran cinta yang tulus ikhlas
Si isteri pasrah dan redha atas ketentuan Allah Yang Maha Esa
Doanya hanya satu
Agar cintanya itu tidak sia sia...

3 comments:

  1. Sabar lah ye. Setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmahnye.

    ReplyDelete
  2. beb.. banyak istigfar, sabar tu dah tentu2lah.. Adat rumahtangga, ada pasang surutnya.. kena tabah, cekal.. moga segalanya akan kembali seperti sebelumnya k.. panjang kisah ko laki bini..
    selagi mampu ko bertahan ye..

    ReplyDelete