Saturday, January 19, 2013

Maharaja Lawak Mega 2012

Baru je abis tgk MLM 2012 tadi. Kita pon dah tau sape yang menang 500K tu. And for me they are a sure winner from the very beginning.

Secara peribadi, aku lebih minat Jambu sebenarnya.  Sebabnya, idea2 yang dilontarkan pada setiap persembahan mereka amat menarik, segar dan sentiasa menjadi walaupon kelihatan agak bersahaja.  Mereka juga sering membuat sesuatu yang lain daripada yang lain.  Gabungan dan 'chemistry' antara Yus dan Tauke amat mantap. 

Kalau dilihat kembali bagaimana perjalanan Yus setelah muncul sbg Juara musim pertama Raja Lawak, tetapi menyepikan diri utk beberapa ketika, sehinggalah muncul kembali dan bergabung dgn Tauke membentuk Jambu.  Tauke juga merupakan peserta Raja Lawak musim pertama.  Jambu pun mula mengorak langkah dan berjaya mendapat tempat di hati peminat dengan komedi yg tersendiri.  Sejak itu langkah mereka tidak berhenti lagi dan meneruskan perjuangan di gelanggang MLM 2012.  Dan, walaupon hanya mendapat naib juara, aku masih percaya Jambu tetap juara pada malam ini.

Jozan, Johan dan Zizan, tidak dpt dinafikan, mempunyai ramai peminat setia yang tak putus2 menyokong Jozan walau apa terjadi. Walaupon Johan tidak dapt bersama utk 2 minggu disebabkan perlu menjalani pembedahan di kaki, Zizan tetap gigih membuat persembahan secara solo atas nama Jozan.  Dan terbukti usaha Zizan berhasil membawa Jozan ke peringkat akhir dan seterusnya menang juara RM500k.  Johan pula membuktikan komitmennya kepada Jozan dgn hadir membuat persembahan walaupon masih belum pulih sepenuhnya. 

Dan kemenangan kali ini juga menyaksikan Zizan menangis kegembiraan sekali lagi, sama seperti ketika beliau menang Super Spontan sebelum ini.

Melihat Zizan mengalirkan air mata, membuatkan aku teringat kembali ketika beliau menjadi peserta Raja Lawak musim pertama.  Teringat aku, semasa ditemuramah ketika itu, apa pekerjaan beliau, di mana rumah beliau.  Katanya, semua kerja dia buat.  Yang aku ingat, despatch dan tebar roti canai.  Ada beberapa kerja lagi tapi aku tak ingat.  Siapa sangka, budak kampung asal Terengganu ini mampu mengorak langkah dgn berbekalkan bakat dan kesungguhan, menjadi terkenal seperti sekarang.

Barangkali Zizan sendiri tak pernah sangka dia mampu pergi sejauh ini.  Itulah yang tersirat di sebalik air mata jantannya itu.

Shiro, tempat ketiga dgn wang RM150K.  Sebagai orang baru, Shiro boleh berbangga dgn pencapaiannya malam ini.  Seperti kata Najip Ali, Shiro is the most improved contestant dalam MLM 2012 ini.  Syabas kepada Shiro, teruskan usaha anda dan kukuhkan kedudukan anda di hati peminat.

Boboi, tempat ke4 dgn wang RM50k.  Secara peribadinya, aku rasa kehadiran Nabil dalam Boboi kelihatan agak canggung.  Mungkin disebabkan Nabil sudah biasa bergerak solo, dan ambil masa untuk menyesuaikan diri membuat persembahan secara berkumpulan.  Walaubagaimanapon, persembahan Boboi pd malam ini tidak mengecewakan kerana mereka telah all out segala jiwa raga untuk peminat semua.

Saywho tempat ke5 dgn wang RM15k.  Sebagai peserta tunggal dari Indonesia, wajar diberikan pujian atas usaha gigih mereka untuk sampai ke final, kerana bukan sesuatu yg mudah untuk memenangi hati peminat di Malaysia ini atas faktor bahasa dan budaya.  Satu yang aku kagum dgn Saywho, mereka sentiasa membuat 'homework' untuk setiap tugasan yang diberikan.  Bak kata Wulan Guritno, itulah yang membawa anda ke final.

Well, semua dah menang hadiah masing2.  Pada aku, keputusannya mmg telah dijangkakan.  Tahniah Jozan!

Buat Jambu, stay Jambu, ok.  Aku tetap sayang Jambu! You have my respect, bro!

No comments:

Post a Comment